Friday 29 May 2009

Meneruskan Perjalanan

Dan keretapi itu semakin hampir dan semakin perlahan pergerakkannya. Aku menanti dengan sabar di tepian landasan. Ia semakin perlahan petanda ia akan berhenti. Aku dapat lihat dengan jelas pemandunya saat kepala keretapi melewati hadapanku. Dia menghadiahkan senyuman menggamit kemesraan. Ketenangan yang aku harapkan dalam perjalanan yang seterusnya ini. Lalu aku pun membalas senyumannya sambil menunduk sedikit kepalaku tanda hormat.

"It's the time son. You miss this, you gonna miss your chance, and trust me, you gonna regret that. The price's too high to be paid for another chance."

"Ok"

"Hop on son!"

Fikiranku masih bercampur-campur. Hanya kakiku melangkah sendiri masuk dan mencari tempat duduk. Aku kira, tempat duduk di tepi tingkap itu yang aku inginkan. Lalu aku pun menghempaskan diri tersandar dan menghela nafas panjang.

Aku memandang ke luar jendela. Keretapi semakin pantas memecut. Kenangan yang aku kutip di daerah persinggahan ini mulai menerpa satu persatu. Berbaur-baur. Seakan enggan melepaskan aku pergi dalam ketenangan. Dan aku memandang lurus kehadapan, mengatur-merancang perjalanan di depan. Sambil ingatan lalu menyusup mendatang dan menghilang.

Wednesday 27 May 2009

Dikir (Cebisan Memori)

Dulu, masa berada tahun 2 di USM aku pernah mempunyai rumet (roomate) bernama Nasran. Dia berasal dari Kelantan. Dia juga ambil kursus fizik, tetapi bukan fizik tulen sepertiku. Dia ambil jurusan fizik perubatan.

Dia sangat meminati tentang satu perkara. Dia sangat minat dengan dikir barat. Hari-hari dia akan pasang lagu dikir. Asal 'on' komputer, dia akan pasang lagu dalam playlist dia. Dia juga ada video klip macam-macam tentang dikir. Dari Zaidi Buluh Perindu, Cikgu Sulizi, Cikgu Naim, Jen Endoro, Halim Yazid, sampailah ke Munirah (Anak Tokde Besar) dan Kajol(Malaysia).

Tapi dalam banyak-banyak lagu yang pernah dia mainkan, aku rasa aku pernah dengar lagu ni sekali sahaja sebab dia guna CD yang dipinjam dari orang lain. Masa tu aku baru terjaga dari tidur petang yang agak panjang dan belum bersedia bangun sepenuhnya...


Lagu penuh klik segitiga kecik (jika ada) kat bawah ni
(",)

Saturday 23 May 2009

Suram... Pindah


Suram...






Hari ini hari yang suram. Matahari seakan-akan segan menunjukkan diri. Semalam pulak matahari sangat tidak malu dan menunjukkan diri hampir sepanjang hari.

Aktiviti KMD minggu ni adalah mengangkut barang-barang Encik Zahir berpindah ke rumah baru. Lebih kurang pukul 10 start. Makanan disediakan sebelum tugas dimulakan, dan menu kali ni adalah nasi lemak. (lama jugak kempunan ni). Keluarga Encik Zahir-Kak Ina berpindah dari Abbotsford Street ke (em...) rumah tak jauh dengan Perth Road. Kat situ agak best, ada padang luas dan mengadap pemmandangan Sungai Tay. Cantik!

Ingatkan barang banyak sebab dianggarkan akan melibatkan dua trip. Rupanya tidaklah seperti yang di sangka, satu trip sahaja sudah mencukupi. Ditambah pula kekuatan jejaka-jejaka hero bangsawan yang terlibat, maka kerja yang berat menjadi ringan, banyak menjadi sedikit. Tidak sampai sejam kerja-kerja pemindahan ke van-bawa ke rumah baru-angkut keluar dari van berjalan dengan sempurna tanpa ada cacat celanya.

Macam biasala, sekali-sekala berjumpa, masa yang terlebih banyak dihabiskan adalah ketika sesi makan-makan sambil berbual-bual dan bercerita. Tambahan pula, parent Kak Ina ada datang sekali, banyak juga cerita yang dibawa dari tanah air. Hai... macam-macam.



Ahli-ahli mesyuarat luar tingkap





Remover Team





Heroes at work





Aksi Abang Taufik berceritera


Wednesday 20 May 2009

Piece

Mau ku berlari
Biar semua tertinggalkan
Apakan daya
Sang makhluk bayang itam
Jua punya kekuatan
Bisa kejaran
Bisa mencakar
Bisa menerkam
Arah dari belakang
Lalu aku telusuri arus kehadapan
Dalam pengharapan
Aku 'kan hanyut dan trus menghilang

...I looked at him, controlled my voice and said softly, "you need to be strong. Otherwise at any time, they'll come and hunt you down"
(April 2009)
...

Sunday 17 May 2009

Cerah





Hari ini cuaca sangat cerah.

Biarpun pada awalnya, ramalan mengatakan akan hujan sepanjang hari.

Hari ini tidak pergi ke carboot.

Cuma berehat-rehat dirumah, tonton cerita, goreng ayam kentaki.

Petang keluar ambil-ambil gambar.

Che An ajak dinner di rumahnya lewat petang. Alhamdulillah, rezeki hari ni.

Ustaz Nizam-Zayd-Kak Shiqin, serta Ustaz Roslan ada sekali.







Thursday 14 May 2009

Layan




Sengaja mencuba style yang biasanya bloggers lain buat. Embed lagu dan letak lirik.
Hm... layan.

Watch more YouTube videos on AOL Video



ku menatap langit yang tenang
dan takkan menangisi malam
tuk tetap berdiri ku melawan hari
ku akan berarti, ku takkan mati

mungkin masaku tlah berlalu
mungkin hatiku tak berbentuk lagi
rasa ini takkan terobati
tetapi mati takkan mengobati

(sumber-http://liriklaguindonesia.net/p/peter-pan/bintang-di-surga/peter-pan-2dsd/

Tuesday 12 May 2009


...dan agar orang-orang yang telah diberi ilmu meyakini bahawa (al-Qur'an) itu benar dari Tuhanmu lalu mereka beriman dan hati mereka tunduk kepadaNya. Dan sungguh, Allah pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus. (Al-Hajj: 54)

Monday 11 May 2009

Pertembungan Cahaya Merah dan Sang Fajar

Malam Sabtu hari tu aku dengan Zaquan naik puncak Dundee Law. Asalnya Amal, Nizam dan kawannya lagi sorang nak ikut. Tapi ada permasalahan kecik dan salah konsep (betul ke ni?) jadi aku dengan Zaquan sahaja yang pergi.

Kebiasaanya suhu sekarang agak ok. Sebab dah mula nak masuk musim panas. Tapi entah kenapa malam itu dingin semacam. Dan aku terpaksa pakai jaket tebal dan belit muffler kat leher.

Takde tujuan ape pun, cumanya nak tengok pertembungan antara waktu maghrib dan subuh yakni kewujudan cahaya merah sebelah barat dan munculnya fajar di sebelah timur serentak. Kami gerak lepas solat subuh, lebih kurang pukul 2 pagi camtu.


Cahaya merah bertemankan bulan mengambang penuh di sebelah barat





Kedamaian, dan Ketenangan





Fajar muncul di sebelah timur





Pukul 3++ pagi time ni. Berdiri tercegat 20 saat tunggu shutter tutup



Sambut Menantu

Hari Sabtu aritu ada majlis sambut menantu dan program usram gabungan KMD. Pengantinnya adalah Hasan dan Hajar. Diorang kahwin kat MSD London dengan berwalikan Ustaz Erfino. Aku kenal Hasan masa kami sama-sama keja kat kedai Abu Ziyad. Then, dia pernah duk dengan aku beberapa minggu sebelum menikah aritu.

Hasan tengah nak abiskan ijazah syariah kat el-Azhar, si Hajar pulak tengah buat master kat maktom (al-Makhtoum Institute, Dundee). Tengah bulan ni diorang akan berangkat ke Mesir. Hasan ada final exam. Dan diorang amik peluang honeymoon sama kot, barangkali. Moga ikatan suci murni perkahwinan diorang berkekalan hingga akhir hayat, insya'Allah.


Hasan tengah minta nasihat dari Mr Mahzan yang banyak pengalaman rumahtangga (kot)




Sesi berkenalan dengan pengantin




Muslimin KMD bergambar kenang-kenangan dengan pengantin




Muslimat KMD bergambar kenang-kenangan dengan pengantin




Forum nikah-kahwin




Keluarga contoh KMD (Bapa-Abe Mahzan, Ibu-Kak Ana, Anak-Azim)




p/s: ada unsur-unsur serangan balas sebab entri ini

Thursday 7 May 2009

Yang Berserakan



Andai mawar setaman berduri

Kuntumnya semerbak harum mewangi
Usahlah di damba pawana kasturi
Kan menghilang ia dengan sendiri
Biar kaca berderai seribu
Biar awan larat mendung kelabu

Bila esok menjelang
Bisakah ditempuh lembah berulang
Di saat jelas ingatan semalam
Dan puspa kemboja masih berserakan...

Saturday 2 May 2009

Meninggalkan USM

Aku masih ingat dengan jelas. Hari terakhirku meninggalkan USM dengan rasminya sebagai pelajar. Kebetulan, sekarang juga adalah masanya pelajar-pelajar tahun akhir USM sedang dalam proses yang sama. Membuatkan kenangan ini tiba-tiba meruntun datang.

Hari itu adalah hari Jumaat. Aku ada paper exam yang terakhir, Display and Storage System (tak ingat kod kursus). Paper ini sebenarnya dikhususkan kepada pelajar Fizik Kejuruteraan. Sengaja aku ambil sebagai elektif dengan tujuan ingin menambah ilmu.

Exam mula pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 11 pagi. Aku dan member-member sekelas sempat membuat sesi foto buat kali terakhir bersama pensyarah kursus, Dr Magdy Mourad Hussein.



Aku kemudiannya pulang ke bilik untuk mempersiapkan diri meninggalkan USM. Tidak berapa banyak barang yang tertinggal kerana aku telah hantarkan sebahagian besarnya pulang lebih awal dengan bantuan Upi yang datang bawak kereta dengan Khairul beberapa minggu sebelum itu.

Aku melangkah pergi menaiki motosikal meninggalkan menara ilmu yang aku diami selama empat tahun. Dan masih jelas dalam ingatanku tatkala melewati pintu utama USM di Sungai Dua. Tika itu, lagu Kehilangan bermain di minda. Aku tidak tahu apa akan berlaku selepas ini. Aku bukan lah lagi mahasiswa.

Destinasiku yang pertama adalah ke rumah Cikgu Sabhi. Petang ini juga program Baktisiswa yang diberi nama Kelana Masuk Kampung akan bermula. Seperti biasa, aku menjadi pembantu utama dalam menyediakan beberapa kerat tenaga bagi menjayakan program pengakap USM kali ini.

'

  ©Kehidupan: Catatan Kembara. Template by Dicas Blogger.

TOPO