Sunday, 15 February 2009

Di Pagi Ahad


Pagi Ahad.

Rasa tenang dengar kicauan pelbagai burung diluar.

Hujung minggu ini tiada apa-apa aktiviti.


Semalam sudah ke Pekan Dundee dengan Sandi. Ber'shopping' serba sedikit. Sandi ajak jenguk sekejap Alona yang tengah bekerja di gedung PRIMARK.


Juga lalu masuk zavvy sekejap yang tengah clearance nak tutup. DVD dan Blu-ray sangat murah, tapi tersangat murah kalau donlod sendiri di rumah guna broadband 10Mb.


Kemudian macam biasa, singgah Poundland dan kali ini sempat angkut 8 item.

Akhir sekali masuk Tesco dan merembat gateau perisa strawberry+cream

***

Terasa nak ke sekolah hari ini.

Sebab esok akan ke Glasgow, extend visa.

Lusa pula ada appoinment dengan GP(doktor). Nak dapatkan nasihat vaksinasi yang sangat berkait dengan panggilan itu.


Friday, 13 February 2009

Peribahasa Matematik




Tahukah anda bahawa peribahasa yang berunsurkan matematik telah lama wujud sejak zaman sebelum merdeka. Walaupun bunyinnya agak saintifik tetapi rata-rata penggunanya adalah terdiri dari segenap lapisan masyarakat termasuklah warga kota, pakcik dan makcik di kampung, tokwan dan atuk di kedai kopi serta tok imam, pak lebai dan juga tok siak yang tidak ketinggalan.

Contoh yang paling klasik adalah peribahasa yang berbunyi; 2x5, 5x2-dua kali lima, lima kali dua (atau singkatannya dua kali lima). Peribahasa ini digunakan dengan meluas untuk menggambarkan dan juga sebagai bandingan kepada dua unsur atau perkara yang sama atau setara.
Contoh ayat;

"Laki aku kalau hujung minggu kejenya gi mancing smpai ke pulau, sampai ke tengah laut sampai tak ingat nak balik", kata Makcik Jenab.

"Oh... dua kali lima la dengan laki si Munah. Tiap-tiap minggu pegi tasik itu, masuk tasik ini, mancing", balas Kak Temah semasa sesi mensyuarat tingkap pagi Selasa yang lalu.

Namun begitu, terdapat juga contoh peribahasa yang lain yang wujud secara terpencil. Barangkali, contoh peribahasa yang akan diberikan langsung tidak pernah didengari atau digunakan dari mana-mana sumber.



1) Persamaan serentak (English-Simultaneous equation)


Maksud; senang, mudah, simple juga setara dengan peribahasa 'kacang je'


Contoh ayat;
“Bumbung Minangkabau tak semestinya melambangkan ciri-ciri kebangsaan. Ia hanya berfungsi untuk mengalirkan air keluar. Ciri-ciri kebangsaan boleh didapati dari perspektif dan ruang. Kalau bangunan tinggi, letak bumbung minangkabau, tak sesuai, tak seimbang. Macam koboi pakai songkok. Apela, korang, simultaneous equation je tu...”, jelas Ali pada kawan-kawannya yang kekeliruan, sebelum ponteng kuliah petang itu untuk berjumpa dengan Asmidar.



2) Cinta trigonometri, Singkatan- Cinta trigo (English-Trigo love)


Maksud/keterangan; Permasalahan cinta yang melibatkan 3 pihak yang utama, serta turut melibatkan aspek kecelaruan identiti ditengahnya yang bersangkut paut dengan keluarga. Menjadi semakin rumit dengan terbitan-terbitan sampingan. Akan menyebabkan pakar motivasi, kaunselor dan pakar psikologi angkat kedua tangan tanda 'surrender'. Lebih sesuai diajukan kepada cikgu add math, pensyarah atau pakar matematik yang berdekatan.

Contoh ayat;
"Setelah kecewa dan putus asa dengan keributan menghadapi cinta trigo antara saya, Julita dan Zali@Sally, saya memutuskan untuk menumpukan perhatian sungguh-sungguh dalam matapelajaran 'add math' terutama topik yang ada sin, kos dan tan. Akhirnya saya berjaya mendapat kredit dalam SPM setelah 'score' soalan-soalan tersebut", ujar Kamal di sebuah seminar di sekolah lamanya.



3) Fungsi kosinus (English-Cosine function)


Maksud/keterangan; Terumbang-ambing, naik dan turun, seakan-akan berada hanyut di lautan gelora yang tak bertepi

Contoh ayat;
Setelah lari dari hutan dan tinggal di pinggiran kota sejak tiga tahun dahulu, hidup Tipah seakan fungsi kosinus. Makan dan minum tidak tentu, nak bergayut dan bermain pun susah. Dek kerana tidak sanggup lagi hidup sebegitu, dia pulang ke pangkuan keluarga di hutan rimba Belum lima hari lepas. (Nota; Tipah adalah spesis monyet ekor panjang)



4) Guna matematik, tapi tak kira/hisab (English-Do mathematics without calculation)

Maksud/keterangan; Buat sesuatu tanpa berfikir kesan/akibat perbuatan


Contoh ayat;
“Itula... you do mathematics without calculation lah hubby. Kan I dah cakap jangan join skim Great-pyramid Co tu. Tak pasal-pasal je kereta Persona yang takde sayap tu terbang ke finance. Tujuh bulan sangkut. Nasib baik Viva I ade lagi. Lain kali you join jual produk kecantikan Ovan macam I. Bla... bla...", leter Linda pada suaminya yang memekakkan diri dengan menonton perlawanan bola sepak.



5) Fungsi matematik pun ada had (English-Even mathematical function has the limit)

Maksud/keterangan; Cukuplah... Sudah-sudahlah

Contoh ayat;
"Tak perlulah kau masuk lagi audition Idola Malaya tu Ajis. Masuk tahun ni dah sepuluh kali dah. Memang confirm suara kau tak sedap. Bukan takat juri dan jiran-jiran kata, komen kat YouTube semua mampersendakan kau. Aku dah tengok, setiap audition ada. Aku pun tak tahan nak gelak. Cukupla..., even mathematical function has the limit Ajis", beritahu Raslan pada Ajis petang itu.



6) Cuba menyelesaikan masalah Rieman (English-Try to solve Riemann’s problem)

Maksud/keterangan; Menyusahkan diri dengan melakukan sesuatu yang menambah masalah, cari penyakit, cari masalah

Contoh ayat;
"Rita dah dengar dari semua kawan-kawan Abang. Jangan pernah mimpi Rita akan setuju Abang kahwin dua. Don't try to solve Riemann's problem. Rita tak sudi dimadukan. Terimalah hikmat serangan pinggan dan mangkuk terbang ini," Kata Rita sebelum mangkuk yang pertama meluncur laju dan sipi-sipi mengenai pipi Zack.



Diharapkan penulisan ini dapat membantu dalam meningkatkan penguasaan bahasa. Tetapi diingatkan supaya tidak menggunakan istilah-istilah diatas ketika berucap untuk majlis rasmi, juga dalam penulisan ilmiah, serta dilarang keras dalam setiap peperiksaan Bahasa Melayu kertas penulisan. Sekian...



Thursday, 12 February 2009

Bright Shadow




I knocked up the door
Thought that you were there

Ever since last time we met

Bet you doing great

All of the silent
Left part of me alone

Nothing was wrong

Everything's just gone

I'm dispersed when the wind blows
And there was no sorrow

Caused when I glimpsed through the window
I saw a bright shadow








Tuesday, 10 February 2009

Lagu Kehilangan dan Getaran

Tiba-tiba, alunan lagu Kehilangan mendayu-dayu dan megusik jiwaku yang baru selesai makan malam. Aku dapat juga rasakan ada getaran kecil melanda. Apakah makna semua ini?

Aku mendekati jendela yang menghadap ke luar rumah. Handphone Nokia 6210 yang letaknya di atas rak di tepi jendela segera ku capai. Dengan cermat, aku tekan butang 'answer'.

Dan serentak dengan itu, alunan lagu tiba-tiba hilang. Getaran tadi juga begitu. Keduanya hilang bersama, entah kemana.

Dan aku pun mulakan perbualan bersama pemanggil dihujung talian...






Sunday, 8 February 2009

Pantai










Aku mau ke pantai
Di mana pun tiada masalah

Yang pasirnya putih bersih
Atau kuning keemasan
Yang mana satu pun tidak apa
Asal boleh bina istana
Atau kambus siapa saja

Aku mau bermain dengan ombak
Main acah-acah
Berdiri dekat gigi air
Tunggu ombak mari
Bila sudah dekat kena lari
Kalau tidak, nanti ombak sambar kaki
Kalau selamat, ulang acah lagi

Aku mau lambai pada sang suria
Bila waktu menginjak senja
Kasihan perhati ia tenggelam perlahan di ufuk sana
Sampaikan langit pun bertukar jingga
Walaupun tahu, esok ia kembali juga
Kasihan itu acah-acah saja

Aku mau ke pantai
Di mana tempat pun tidak apa




Sudah lama tidak mendengar perkhabaran dari Pantai Merdeka, Pantai-pantai di Pulau Pinang (Batu Feringghi, Teluk Bahang, Robina, Muka Head, Monkey Beach), Pantai Cenang dan Burau Bay di Langkawi. Juga pantai-pantai di timur sana, Pantai Merang, Pantai Air Tawar dan akhir sekali Pantai Bukit Keluang yang tak sempat dijejaki. Bagaimanakah sekarang ya?

Friday, 6 February 2009

Pembinaan

Harap maaf. Anda berada dalam kawasan pembinaan. Keselamatan adalah tanggungjawab sendiri. Pengunjung diminta berhati-hati dan berjaga-jaga serta sentiasa menurut peraturan yang telah ditetapkan. Sekian.

Thursday, 5 February 2009

Percubaan

Cubaan, cubaan. Ehem... ehem...
Ada clear?
Cubaan satu, cubaan dua, cubaan tiga....

Wednesday, 4 February 2009

Bisikan

Ada bisikan.
Ya, ada terdengar bisikan, berdesir bagai angin lalu.
Seakan, ia satu seruan.
Satu panggilan.
Dari satu tempat yang jauh.
Tempat yang kering.
Tempat yang gersang.
Apakah ia dari tempat itu?
Dari bumi tempat para anbiya' berjuang itu kah?

'

Tuesday, 3 February 2009

Menatang

Aku ada seorang kawan di sekolah menengah. Namanya panggilannya, Mie.

Ada satu hari. Aku ada satu 'menatang' ni. Tak silap, aku dapat dari kedai 'maknya' (kedai cina) pekan Merbok. Ia model ikan diperbuat dari getah. Panjang, bentuk macam belut. Kecil, dekat-dekat saiz seekor cicak dewasa.

Mie tengah rajin buat latihan masa itu. Badan menunduk ke meja. Dua-dua tangan sampai paras siku dia letak atas meja. Tangan kanan pegang pen, tulis. Tangan kiri atas buku, tahan supaya buku tak gerak-gerak jadi tulisan tak buruk sangat. Sangat khusyuk.

Cikgu baru keluar. Aku hampiri dari belakang senyap-senyap. Aku julang menatang tinggi-tinggi, betul-betul atas kepala Mie. Gayanya, menatang itu seakan jatuh dari langit siling. Aku tetapkan sasarannya pada lokasi dalam lingkungan kawasan buku latihan yang terbuka luas.

Aku bukakan sepitan antara ibu jari dan jari telunjuk yang sebelum ini tega mengetip bahagian ekor menatang.

Tup... Menatang jatuh. Jatuh betul-betul di kawasan sasaran. Atas buku latihan yang Mie tengah khusyuk menulis. Menatang diperbuat dari getah. Masa mula-mula mendarat, nampak ia melibas sedikit ekornya.

Mie berhenti menulis. Dia jenguk dan perhati menatang dari arah kanan. Lepas tu arah kiri. Akhir sekali, dia perhati dari depan. Aku hampir berputus asa. 'Budak ini bukan jenis terkejut dengan menatang gamaknya', teka aku.

Dan tiba-tiba. Mie angkat kedua-dua tangan dengan pantasnya. Posisi dia macam orang tengah 'surrender'. Tapi tangan kanan masih pegang pen.

Aku gelak terkekeh. Aku ambil balik menatang atas buku. Nampak Mie bernafas turun naik seperti orang kepenatan. 'Ceh, aku ingat cicak tadi', katanya.

Dalam masa itu, seingat aku, dia satu-satunya manusia yang ambil masa paling lama untuk respon terperanjat kat menatang. Dia ambil masa beberapa saat. Tapi orang lain biasanya tidak sampai satu saat untuk terperanjat, atau kalau budak pompuan perempuan terus menjerit lalu tinggalkan meja.

Kadang-kadang dari masa ke masa, aku akan teringat balik kisah Mie tadi. Dan serentak juga aku tergelak terkekeh. Ataupun, paling minima, aku tetap akan tersenyum bersahaja.

[caption id="attachment_382" align="aligncenter" width="300" caption="Bentuk menatang tu lebih kurang macam ni la"][/caption]




Monday, 2 February 2009

Sedari

Tiba-tiba penulis teringat lagu ini. Counting Crows-Big Yellow Taxi. Lagu lama, tapi dinyanyikan semula. Banyak pengertian terdapat dalam liriknya, terutama pada bait-bait berikut.

Don't it always seem to go
That you don't know what you got till it's gone...




'

Bahagian Trivial
Bila mendengarkan lagu ini, penulis pasti terbayang kehidupan kampus di USM ketika itu. Lagu ini mengingatkan zaman dimana penulis masih lagi tahun satu dan mengambil jurusan sains dengan pendidikan (ketika itu). Walaupun lagu ini sering berkumandang dari segala macam sumber media hiburan, tetapi keseluruhan rangkap liriknya diketahui penulis setelah diperkenalkan oleh Lutfi. Masa itu juga kami ada mengambil kursus yang sama yakni ZCA101 (Fizik Mekanik). Dan masa itu juga penulis akan pergi ke bilik Lutfi untuk sama-sama menuggu beberapa ketika dia bersiap dan bergerak ke kuliah. Memang masa itu.

'

Bahagian Sebenar
Sedar atau tidak, ia sering terjadi dalam kehidupan kita. Adakala kita terlupa akan perkara-perkara yang menyumbang dan menyempurnakan hari demi hari yang kita lewati. "Take it for granted" mungkin sangat sesuai untuk menggambarkan keadaan ini.

Kita gembira bersama teman-teman disisi, aktiviti-aktiviti yang kita lakukan, ataupun mungkin barangkali barang-barang kepunyaan kita. Dan kita sering terlupa, semua itu tidak akan kekal selamanya. Gembira atas segala nikmat hidup ini tidak salah. Tetapi awas jika kita terleka dan terlupa untuk mensyukuri ke hadrat Illahi atas segala nikmat ini. Cuba kita bayangkan, nikmat yang membahagiakan kita itu ditarik balik oleh penciptaNya. Adakah kita berputus asa terhadap Tuhan dan semakin menjauhiNya kerana menghilangkan kebahagiaaan 'milik' kita (wa'iyazubiLlah). Atau kita sekadar akan meratapi kehilangannya sehari-hari. Ataupun, kita redhai pemergian yang berlaku kerana sudah tiba masanya pemilikNya menuntut kembali pemberianNya dan seterusnya menilai kembali keimanan kita.

Dimana jua pendirian dan pendapat pembaca sekalian, penulis percaya dan berpegang bahawa selagi kita menyedari yang semua ini hanya pemberian buat sementara waktu oleh Al-Khalik bagi menguji keimanan hamba-hambanya, selagi itu kita pasti selamat dan bersedia menghadapi apa jua kemungkinan yang telah/sedang/akan berlaku.

Dan kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkah kamu mengerti? (Surah Al-An'am; ayat 32)

'

  ©Kehidupan: Catatan Kembara. Template by Dicas Blogger.

TOPO