Showing posts with label Science. Show all posts
Showing posts with label Science. Show all posts

Wednesday, 4 March 2009

Overdose dan Hari Ini

Terasa berat kepala ini. Mungkin disebabkan kisah semalam.

Huargh...


























Semalam buat banyak kerja yang menggunakan otak. Bila guna otak, kena ambil bahan sampingan sebagai peneman dan penyegar mata. Apa lagi kalau bukan kafein. Sehingga tak tersedar, sudah tiga jenis variasi sudah tertelan. Dari Nescafe Gold, bawa ke latte hingga ke cappucino. Oh ya, kadar biasa pengambilan kafein (berasaskan kopi) bagi penulis adalah secawan (mug) sehari. Tetapi pengambilan adakala dibenarkan sehingga takat maksimum yakni 2 cawan. Manakala, jika telah mencapai sehingga 3 cawan, klasifikasi overdose akan digunapakai.

Dan bila overdose, penulis tidak akan dapat tidur dengan mudah diwaktu malam. Jika dapat tidur pun nanti akan terjaga dengan mudah sekitar 3 pagi lalu kepeningan. Kemudian terpaksa bangun awal. Berlaku distortion waktu tidur disebabkan perturbation kandungan kafein dalam tubuh.

Waktu siangnya pula dihimpit oleh ketidakcukupan tidur malam tadi. Sudah lali-lali dan berat kepala. Tapi tidak boleh ambil kafein lagi. Keseimbangan normal belum tercapai.

Lepas ini ada sessi perbincangan dengan Dr Amin Abdolvand dari Photonics and Nanoscience Group. Jenuh nak memerah otak lagi.

Tapi ternanti juga malam ini. Dr Saydulla Persheyev jemput untuk sessi makan malam bersama geng-geng Material Research Group. Hidangan masakan Uzbekistan katanya. Lihat saja nanti.

Tuesday, 3 March 2009

Makmal Pelajar Tahun Satu

Sekarang, dalam setiap minggu, hari Isnin dan hari Jumaat adalah hari yang sibuk. Petang dari pukul 2 hingga 5 ada sesi bersama pelajar yang ambil kursus makmal tahun pertama. Kebetulan ada hari itu terbawa kamera, jadi ambil peluang snap beberapa scene.




Rajin partner ni




Geek ada, control macho ada




Yang suka main-main pun ada, serius pun ada




Kasih terjalin oleh penjana Van der Graaf dengan percikan cahaya keatas kubah logam yang dibumikan






































































Sessi kali ni adalah bersama pelajar jurusan Product Design dari Pusat Pengajian Seni. Aik? Budak seni pun amik lab fizik? Entahla... Itu admin punya hal. Tapi agak teruja bila dapat kesungguhan budak-budak ini berusaha sedaya upaya habiskan keseluruhan sessi eksperimen dengan jayanya walaupun dalam salah satu eksperimen tu, mereka tak tau pun Hukum Kirchoff itu apa. Buat sahaja dan dapat results. Jika tidak pasti, mereka tidak segan silu bertanya kepada encik demonstrator yang sedia membantu.



"... If we take your eraser as an example, ummp, I mean ruler..."

Dan sempat pulak encik demonstrator tersasul, ruler disebutnya eraser. Hehe...


Monday, 2 March 2009

Manfaat

Kejap tadi penulis ada memeriksa daftar masuk-keluar pengunjung laman blog ini. Terkejut juga bila dapati ada seorang pengunjung menyinggah kerana mencari "persamaan serentak in english" melalui enjin carian google.



Dan keputusannya, entri Peribahasa Matematik termasuk dalam senarai carian (seperti dalam gambar). Lalu penulis terfikir sendiri. "Dalam duk merapu-merapu, tulis benda-benda yang takdak pekdah, ada juga yang beroleh manfaat rupanya..."

Friday, 13 February 2009

Peribahasa Matematik




Tahukah anda bahawa peribahasa yang berunsurkan matematik telah lama wujud sejak zaman sebelum merdeka. Walaupun bunyinnya agak saintifik tetapi rata-rata penggunanya adalah terdiri dari segenap lapisan masyarakat termasuklah warga kota, pakcik dan makcik di kampung, tokwan dan atuk di kedai kopi serta tok imam, pak lebai dan juga tok siak yang tidak ketinggalan.

Contoh yang paling klasik adalah peribahasa yang berbunyi; 2x5, 5x2-dua kali lima, lima kali dua (atau singkatannya dua kali lima). Peribahasa ini digunakan dengan meluas untuk menggambarkan dan juga sebagai bandingan kepada dua unsur atau perkara yang sama atau setara.
Contoh ayat;

"Laki aku kalau hujung minggu kejenya gi mancing smpai ke pulau, sampai ke tengah laut sampai tak ingat nak balik", kata Makcik Jenab.

"Oh... dua kali lima la dengan laki si Munah. Tiap-tiap minggu pegi tasik itu, masuk tasik ini, mancing", balas Kak Temah semasa sesi mensyuarat tingkap pagi Selasa yang lalu.

Namun begitu, terdapat juga contoh peribahasa yang lain yang wujud secara terpencil. Barangkali, contoh peribahasa yang akan diberikan langsung tidak pernah didengari atau digunakan dari mana-mana sumber.



1) Persamaan serentak (English-Simultaneous equation)


Maksud; senang, mudah, simple juga setara dengan peribahasa 'kacang je'


Contoh ayat;
“Bumbung Minangkabau tak semestinya melambangkan ciri-ciri kebangsaan. Ia hanya berfungsi untuk mengalirkan air keluar. Ciri-ciri kebangsaan boleh didapati dari perspektif dan ruang. Kalau bangunan tinggi, letak bumbung minangkabau, tak sesuai, tak seimbang. Macam koboi pakai songkok. Apela, korang, simultaneous equation je tu...”, jelas Ali pada kawan-kawannya yang kekeliruan, sebelum ponteng kuliah petang itu untuk berjumpa dengan Asmidar.



2) Cinta trigonometri, Singkatan- Cinta trigo (English-Trigo love)


Maksud/keterangan; Permasalahan cinta yang melibatkan 3 pihak yang utama, serta turut melibatkan aspek kecelaruan identiti ditengahnya yang bersangkut paut dengan keluarga. Menjadi semakin rumit dengan terbitan-terbitan sampingan. Akan menyebabkan pakar motivasi, kaunselor dan pakar psikologi angkat kedua tangan tanda 'surrender'. Lebih sesuai diajukan kepada cikgu add math, pensyarah atau pakar matematik yang berdekatan.

Contoh ayat;
"Setelah kecewa dan putus asa dengan keributan menghadapi cinta trigo antara saya, Julita dan Zali@Sally, saya memutuskan untuk menumpukan perhatian sungguh-sungguh dalam matapelajaran 'add math' terutama topik yang ada sin, kos dan tan. Akhirnya saya berjaya mendapat kredit dalam SPM setelah 'score' soalan-soalan tersebut", ujar Kamal di sebuah seminar di sekolah lamanya.



3) Fungsi kosinus (English-Cosine function)


Maksud/keterangan; Terumbang-ambing, naik dan turun, seakan-akan berada hanyut di lautan gelora yang tak bertepi

Contoh ayat;
Setelah lari dari hutan dan tinggal di pinggiran kota sejak tiga tahun dahulu, hidup Tipah seakan fungsi kosinus. Makan dan minum tidak tentu, nak bergayut dan bermain pun susah. Dek kerana tidak sanggup lagi hidup sebegitu, dia pulang ke pangkuan keluarga di hutan rimba Belum lima hari lepas. (Nota; Tipah adalah spesis monyet ekor panjang)



4) Guna matematik, tapi tak kira/hisab (English-Do mathematics without calculation)

Maksud/keterangan; Buat sesuatu tanpa berfikir kesan/akibat perbuatan


Contoh ayat;
“Itula... you do mathematics without calculation lah hubby. Kan I dah cakap jangan join skim Great-pyramid Co tu. Tak pasal-pasal je kereta Persona yang takde sayap tu terbang ke finance. Tujuh bulan sangkut. Nasib baik Viva I ade lagi. Lain kali you join jual produk kecantikan Ovan macam I. Bla... bla...", leter Linda pada suaminya yang memekakkan diri dengan menonton perlawanan bola sepak.



5) Fungsi matematik pun ada had (English-Even mathematical function has the limit)

Maksud/keterangan; Cukuplah... Sudah-sudahlah

Contoh ayat;
"Tak perlulah kau masuk lagi audition Idola Malaya tu Ajis. Masuk tahun ni dah sepuluh kali dah. Memang confirm suara kau tak sedap. Bukan takat juri dan jiran-jiran kata, komen kat YouTube semua mampersendakan kau. Aku dah tengok, setiap audition ada. Aku pun tak tahan nak gelak. Cukupla..., even mathematical function has the limit Ajis", beritahu Raslan pada Ajis petang itu.



6) Cuba menyelesaikan masalah Rieman (English-Try to solve Riemann’s problem)

Maksud/keterangan; Menyusahkan diri dengan melakukan sesuatu yang menambah masalah, cari penyakit, cari masalah

Contoh ayat;
"Rita dah dengar dari semua kawan-kawan Abang. Jangan pernah mimpi Rita akan setuju Abang kahwin dua. Don't try to solve Riemann's problem. Rita tak sudi dimadukan. Terimalah hikmat serangan pinggan dan mangkuk terbang ini," Kata Rita sebelum mangkuk yang pertama meluncur laju dan sipi-sipi mengenai pipi Zack.



Diharapkan penulisan ini dapat membantu dalam meningkatkan penguasaan bahasa. Tetapi diingatkan supaya tidak menggunakan istilah-istilah diatas ketika berucap untuk majlis rasmi, juga dalam penulisan ilmiah, serta dilarang keras dalam setiap peperiksaan Bahasa Melayu kertas penulisan. Sekian...



Thursday, 1 January 2009

Penjaga

Petang itu, aku melewati denai-denai menuju satu perbatasan yang cukup aku kenali. Perbatasan yang memisahkan sempadan. Aku ingin cuba untuk masuk kedaerah didalam. Namun di luar pagar, aku temui seseorang. Yang pasti dia bukan penjaga taman. Perwatakannya agak serius, dalam erti kata tegas, namun bersahaja.

Aku: Salam buat saudara

Dia: Salam kembali kepada saudara. Siapakah gerangan saudara? Boleh saya bantu?

Aku: Saya ini pengembara yang lalu lalang. Kalau tidak silap, taman didalam pagar ini pernah saya singgah suatu ketika dulu. Indahnya bukan sebarang. Pengunjungnya juga bukan sebarang orang. Tapi anehnya, kelihatan pagarnya ditutup rapi. Mengapa ya begitu?

Dia: Oh ya. Mungkin ada yang sedar dan ada yang tidak. Taman itu punya penjaga yang diamanahkan mentadbir hal ehwal penghuni dan hidupan-hidupan taman. Dia juga pengawal-selia kepada segala macam perihal pengunjung-pungunjung yang lalu-lalang dan menumpang singgah di pohon-pohon taman. Kiranya pada masa ini, penjaga itu diserang demam. Maka, setakat ini, taman ini tiada penjaganya dan maka dengan itu juga ia tidak dibuka.

Aku: Oh, begitu. Harapnya penjaga taman itu cepat sembuh dari demam. Pasti ramai pengunjung-pengunjung taman, jua seperti saya ini ingin dan mau bebas menelusuri isi-isi taman yang indah dan mengasyikkan itu.

Dia: Ya. Itulah harapan kita, jua yang lain-lainnya.

***

Selepas mengucapkan kata perpisahan, aku memulakan langkah meninggalkan jejak menuju kehadapan dengan harapan yang pasti, aku akan kembali lagi.

Thursday, 20 March 2008

Nobel Lectures

I felt very gratitude. Living on this piece of
land far far away from my home always offers me chances that I wouldn’t found
somewhere else. There are two public lectures addressed by Professor Zhores
Alferov, a Nobel Prize laureate, back in year 2000.

It is not easy to have the
chance to hear a speech, or even to see alive and move in front of you. However,
still, I went there not because he’s the Nobel laureate, indeed he’s physicist.
I might think twice or even thrice if his background is in chemistry or biology.
And might not consider at all if the prize is in economy or peace.

The first
lecture yesterday is about Albert Einstein and the Development of Quantum
Electronics
while the second lecture today is about Is Solar Energy
Conversion an Option to Solve Energy Problem in the Future
. On my point of
view, the first lecture is much more interesting although I’m facing a problem
to control myself from ‘terlentok’.

Both of the lecture last only an
hour, which I found time effective management is applied here, where the message
is delivered, short and simple.

Img_6254







Img_6261

Wednesday, 31 January 2007

How E=mc2 comes out!

Oleh kerana ruangan ini kekurangan dari segi ilmiahnya, penulis berhasrat menjelmakan idea bagaimana persamaan yang paling terkenal di dunia ini diterbitkan dari teori kerelatifan (relativity).
Dokumen asal yang dihasilkan adalah dari fail Mathematica maka, oleh kerana hanya format JPEG dapat di pamerkan disini, terpaksalah melalui beberapa proses penukaran format yang akhirnya menjejaskan sedikit kualiti paparan yang terhasil.





Untitled3_2

Untitled4











































































Untitled5





































Untitled6




















































Kepada yang tak berapa rajin nak lihat secara detail, boleh scroll down je.
Last skali bleh nampak tiba-tiba keluar E=mc2 tu.

'

  ©Kehidupan: Catatan Kembara. Template by Dicas Blogger.

TOPO