Friday, 13 February 2009

Peribahasa Matematik




Tahukah anda bahawa peribahasa yang berunsurkan matematik telah lama wujud sejak zaman sebelum merdeka. Walaupun bunyinnya agak saintifik tetapi rata-rata penggunanya adalah terdiri dari segenap lapisan masyarakat termasuklah warga kota, pakcik dan makcik di kampung, tokwan dan atuk di kedai kopi serta tok imam, pak lebai dan juga tok siak yang tidak ketinggalan.

Contoh yang paling klasik adalah peribahasa yang berbunyi; 2x5, 5x2-dua kali lima, lima kali dua (atau singkatannya dua kali lima). Peribahasa ini digunakan dengan meluas untuk menggambarkan dan juga sebagai bandingan kepada dua unsur atau perkara yang sama atau setara.
Contoh ayat;

"Laki aku kalau hujung minggu kejenya gi mancing smpai ke pulau, sampai ke tengah laut sampai tak ingat nak balik", kata Makcik Jenab.

"Oh... dua kali lima la dengan laki si Munah. Tiap-tiap minggu pegi tasik itu, masuk tasik ini, mancing", balas Kak Temah semasa sesi mensyuarat tingkap pagi Selasa yang lalu.

Namun begitu, terdapat juga contoh peribahasa yang lain yang wujud secara terpencil. Barangkali, contoh peribahasa yang akan diberikan langsung tidak pernah didengari atau digunakan dari mana-mana sumber.



1) Persamaan serentak (English-Simultaneous equation)


Maksud; senang, mudah, simple juga setara dengan peribahasa 'kacang je'


Contoh ayat;
“Bumbung Minangkabau tak semestinya melambangkan ciri-ciri kebangsaan. Ia hanya berfungsi untuk mengalirkan air keluar. Ciri-ciri kebangsaan boleh didapati dari perspektif dan ruang. Kalau bangunan tinggi, letak bumbung minangkabau, tak sesuai, tak seimbang. Macam koboi pakai songkok. Apela, korang, simultaneous equation je tu...”, jelas Ali pada kawan-kawannya yang kekeliruan, sebelum ponteng kuliah petang itu untuk berjumpa dengan Asmidar.



2) Cinta trigonometri, Singkatan- Cinta trigo (English-Trigo love)


Maksud/keterangan; Permasalahan cinta yang melibatkan 3 pihak yang utama, serta turut melibatkan aspek kecelaruan identiti ditengahnya yang bersangkut paut dengan keluarga. Menjadi semakin rumit dengan terbitan-terbitan sampingan. Akan menyebabkan pakar motivasi, kaunselor dan pakar psikologi angkat kedua tangan tanda 'surrender'. Lebih sesuai diajukan kepada cikgu add math, pensyarah atau pakar matematik yang berdekatan.

Contoh ayat;
"Setelah kecewa dan putus asa dengan keributan menghadapi cinta trigo antara saya, Julita dan Zali@Sally, saya memutuskan untuk menumpukan perhatian sungguh-sungguh dalam matapelajaran 'add math' terutama topik yang ada sin, kos dan tan. Akhirnya saya berjaya mendapat kredit dalam SPM setelah 'score' soalan-soalan tersebut", ujar Kamal di sebuah seminar di sekolah lamanya.



3) Fungsi kosinus (English-Cosine function)


Maksud/keterangan; Terumbang-ambing, naik dan turun, seakan-akan berada hanyut di lautan gelora yang tak bertepi

Contoh ayat;
Setelah lari dari hutan dan tinggal di pinggiran kota sejak tiga tahun dahulu, hidup Tipah seakan fungsi kosinus. Makan dan minum tidak tentu, nak bergayut dan bermain pun susah. Dek kerana tidak sanggup lagi hidup sebegitu, dia pulang ke pangkuan keluarga di hutan rimba Belum lima hari lepas. (Nota; Tipah adalah spesis monyet ekor panjang)



4) Guna matematik, tapi tak kira/hisab (English-Do mathematics without calculation)

Maksud/keterangan; Buat sesuatu tanpa berfikir kesan/akibat perbuatan


Contoh ayat;
“Itula... you do mathematics without calculation lah hubby. Kan I dah cakap jangan join skim Great-pyramid Co tu. Tak pasal-pasal je kereta Persona yang takde sayap tu terbang ke finance. Tujuh bulan sangkut. Nasib baik Viva I ade lagi. Lain kali you join jual produk kecantikan Ovan macam I. Bla... bla...", leter Linda pada suaminya yang memekakkan diri dengan menonton perlawanan bola sepak.



5) Fungsi matematik pun ada had (English-Even mathematical function has the limit)

Maksud/keterangan; Cukuplah... Sudah-sudahlah

Contoh ayat;
"Tak perlulah kau masuk lagi audition Idola Malaya tu Ajis. Masuk tahun ni dah sepuluh kali dah. Memang confirm suara kau tak sedap. Bukan takat juri dan jiran-jiran kata, komen kat YouTube semua mampersendakan kau. Aku dah tengok, setiap audition ada. Aku pun tak tahan nak gelak. Cukupla..., even mathematical function has the limit Ajis", beritahu Raslan pada Ajis petang itu.



6) Cuba menyelesaikan masalah Rieman (English-Try to solve Riemann’s problem)

Maksud/keterangan; Menyusahkan diri dengan melakukan sesuatu yang menambah masalah, cari penyakit, cari masalah

Contoh ayat;
"Rita dah dengar dari semua kawan-kawan Abang. Jangan pernah mimpi Rita akan setuju Abang kahwin dua. Don't try to solve Riemann's problem. Rita tak sudi dimadukan. Terimalah hikmat serangan pinggan dan mangkuk terbang ini," Kata Rita sebelum mangkuk yang pertama meluncur laju dan sipi-sipi mengenai pipi Zack.



Diharapkan penulisan ini dapat membantu dalam meningkatkan penguasaan bahasa. Tetapi diingatkan supaya tidak menggunakan istilah-istilah diatas ketika berucap untuk majlis rasmi, juga dalam penulisan ilmiah, serta dilarang keras dalam setiap peperiksaan Bahasa Melayu kertas penulisan. Sekian...



22 Comentários:

Yla rahYla said...

bravo mahadi!!!
i love dis post...
best sgt2...(",)
ngeeeeeeeeeee

Anonymous said...

di saat kebosanan melanda hidup... membaca entry kau ni mebuatkan hidup jadi ceria... hahaha....

Anonymous said...

hmm..interesting idea..
dpt ner idea persamaan serentak untuk lawak plus math nie??

Machina said...

Rahyla Rahmat-
Tq2... peace.

Machina said...

zeah-
la... selalu kebosanan kah bila balik Brunei??

Machina said...

Anonymous-
Mnta utk guna nama macam zeah buat. Senang, just klik pada pilihan Name/URL dibawah. Susah nak komunikasi bila tiada nama.

Annabuadiary said...

salam ...saya suka ayat Ali tentang konsep bumbung minangkabau ...tapi equation di atas buat saya pening balik ...anyway ...nice entry

Machina said...

thaliana_damia-
itu ayat parody, bukan ori.
nway, thanks...

zuriamohd said...

wahhh..entry yg sgt menarik..best!

Machina said...

zuriamohd-
tq... peace =)

Nur said...

mahadi!

hahahaha...disaat sakit pala memaham kan segala bentuk econometric equation, post ini sungguh menghiburkan, walopon tak berapa paham...hahahaha

haishhhhssss...naper guna bumbung minagkabau ni? :D

Machina said...

Fakhzan Marwan-
Selamat meneruskan kembali menelaah economic equation itu...
=D

Amri said...

Sentap....
Mengeji secara tersirat nampaknya.


Weh, tan(x) kan ke ke infiniti :D

Machina said...

Am-
1/x juga ke infiniti. Be realistic!
Aik, ade cabai kah entri ini smpai ada yg merasa pedas.
Hm...

Amri said...

Weh (dengan bunya Chandler dalam episod The One Where Rachel Tell Ross);
1/x ke kosong lah.

Anonymous said...

Mahadi... bosan sebab dah tak tau nak buat apa... selalunya ada sahaja kerja atau aktiviti yg hendak di buat... mungkin jugak aku ni jenis yg workaholic kot.. so bila dah duduk dan takde kerja nak buat tue... bosanlah jadinya... itulah kisahnya... hehehe

Machina said...

Am- when x--->0 la.

Machina said...

zeah-workaholic?uh... habisla student ko nnti, dibagi nya banyak keje sekolah.he...
kt rumah takde team yang best main UNO kn.he...

Anonymous said...

hahaha... yg workaholic aku... aku taknak student aku jadi macam aku... nanti semua tak nak mengalah pulak.. riuh rendah pulak kelas aku nanti... hehe... main UNO kat rumah ni main UNO tradisional... main takde group... semua pasti emosi bila aku menang... aku pun tak tau kenapa.. hahahaha

Machina said...

zeah:
hahaha....

Naz said...

Am ngan Mahadi sembang bahasa Maths langsung aku x paham aper....

Machina said...

Naz: Buat2 paham pun okeh.. he....

Post a Comment

Titipan Kata

'

  ©Kehidupan: Catatan Kembara. Template by Dicas Blogger.

TOPO