Tuesday 29 August 2006

Catatan Kembara: Pengembaraan Level 200 KLKMUSM

25Ogos'06



Di pagi yg bening(9++ gakla),PEN dan ADL meluncur laju,membelah jambatan pulau pinang,menuju ke destinasi yang pasti:Kediaman Pesuruhjaya Pengakap Daerah B'worth.Keadaan keduanya yang masih belum bersarapan memaksa keduanya membuat lencongan menuju warung kat teluk air tawar.Cebisan roti canai yang terakhir mula memasuki peringkat pertama sistem penghadaman,seterusnya PEN dan ADL meneruskan perjalanan ke destinasi.



Di destinasi, kerja pertama yang dibereskan ialah 'packing' ration untuk para pengembara.Antara bahan yang terlibat;telur 10bijik,bawang,garam,gula,beras..kerja yang boleh dianggap mudah ini dapat di setelkan dalam masa beberapa minit.Dek kerana kepenatan,badan masing2 dibaringkan dan direhatkan untuk beberapa ketika sebelum menunggu waktu untuk solat jumaat.



Kerja pada watu petang pula ialah mengambil kayu api2(kegunaan pengembara) mengunakan khidmat 'angsa'.Lokasi:Kuala Muda.



Disamping itu,masa yang ada turut digunakan sebaiknya untuk meronda-ronda dan melewati pekan kuala muda(penang) seterusnya ke kuala muda (kedah).



Waktu malam; bilangan bertambah lagi dengan kehadiran jai n daus.Walaupu mengantuk banget,mata masih sempat melayan citer bad boys II wlaupun tidak dapat menghabiskannya secara total.



26Ogos'06



PEN,ADL dan satu lagi(yg tak dpt dipastika no. pndaftarannya) kembali meluncur laju menuju jeti sambi di'eskot' oleh 'angsa' milik pesuruhjaya.Ketibaan para pengembara disambut dengan ration dan peta untuk tujuan yang pasti.Maka bermulalah pengembaraan mereka yang penuh dengan berbagai cerita dan alkisahnya.



Pengembara2 dibiarkan seketika sementara sesi sarapan selesai.Tiada apa yang berlaku melainkan kealpaan pengembara yang tak mematuhi iklan keselamatan jalan raya supaya berjalan melawan arah kenderaan.



Beberapa kumpulan awal berjaya sampai di masjid sebelum pekan penaga(tak dapat dipastikan namanya) dan lain2nya pula di masjid teluk air tawar dan masjid daerah.Ada juga yang berhenti di pertengahan jalan dan menggunakan skil yang ada: meminta air pada penduduk kampung untuk memasak.



Perjalanan diteruskan dengan masing masing berpecah menuju haluan dan destinasi yang ditetapkan.Walaupun terdapat kumpulan yang bermasalah dan sering sahaja lewat,namun semua kumpulan berjaya sampai tanpa sebarang masalah.Ketulan-ketulan ayam extra menjadi mangsa barbeque oleh para pembantu.Ketulan yang jumlahnya 30++ berjaya dihabiskan dalam masa beberapa minit dek kerana kelahapan manusia2 yang berkenaan.



27Ogos'06



Pengembara2 mula melangkah kaki(yang dah jammed) meninggalkan destinasi asal menuju destinasi seterusnya.Tiada masalah dilaporkan berlaku sehinggalah apabila pengembara melepasi pekan kepala batas.Terdapat kumpulan yang terlajak simpang dan cuba mengambil jalan pintas.Melihatkan perkara ini tidak sepatunya berlaku,arahan dikeluarkan supaya mereka yang terlibat berpatah balik dan menggunakan jalan yang asal.Laluan berikutnya iaitu laluan di tengah bendang menjadi penghalang yang berkesan apabila ia berjaya menghentikan beberapa peserta dari meneruskan perjalanan.



Kejayaan pasukan pertama yang tiba di destinasi pada pukul 11.44am patut dibanggakan namun terdapat beberapa kumpulan yang terlepas simpang dan tersesat jauh dari laluan asal.dari raut wajah terpancar sinar kemarahan,dendam h****,%@#$* dan macam2 lagi setelah dikhabarkan terlajak dari simpang asal.Dengan sisa2 yang ada mereka dibawa melencong kekawasan sawah,seterusnya tiba di lokasi dan seterusnya naik bas pulang ke usm tanpa menyelesaikan tugasan terakhir:memasak megi.Ini adalah menurut saksi yang terlibat.



Setelah segalanya selesai,PEN,ADL serta yg satu lagi melengkapkan perjalanan pulang ke usm sambil ditemani cuaca panas,hujan lebat dan akhirnya panas terik.



sekian...



P/s:(crite panjang sangat,mood pun kejap ok kejap tak)

Wednesday 23 August 2006

Announcement...

Good morning, good evening & good nite. Wherever you are and whatever you do. Ladies and gents, this is my first blog..hehe..

'

  ©Kehidupan: Catatan Kembara. Template by Dicas Blogger.

TOPO