Tuesday 25 December 2007

Dingin

   

    Suhu di luar semakin dingin. Aku memastikan alat pemanas sentiasa berada pada takat hampir maksimum. Kadang-kadang, tak tertahan rasa. Sampai kena pakai jaket tebal walaupun di dalam bilik.
    Keadaan diluar masih sama seperti sepanjang minggu lepas. Sama seperti yang ku lihat semasa berjalan-jalan di Edinburgh dan Aberdeen bersama-sama Khairi tempoh hari. Dek terlalu dingin, titis-titis air membeku disana-sini membentuk frost. Walaupun wujud pemandangan yang seputih salju disekeliling, tapi salji masih belum turun.
    Sekarang, aku sudah ada sambungan internet di bilik. Semuanya atas ihsan Faizal yang sudi meminjamkan modem wireless yang dia pernah guna sebelum ini. Lagipun, rumah sewa dia baru dapat sambungan broadband. Walaupun kapasiti penggunaan agak terhad, tapi agak berbaloi memandangkan aku hanya perlu membayar sejumlah amaun setiap bulan. Tak perlu beli modem dan tak terikat dengan sebarang kontrak.
    Aku sempat berbual dengan Upi dan Kak Gee menerusi Skype. Ah, teringat pula tanah air seketika. Kalau dahulu, sesekali aku akan ke rumah Kak Gee di Desa Aman. Telatah anak-anak Kak Gee dan Abang Asri selalunya akan mewarnai suasana. Terdetik juga melihat ketabahan Kak Gee melayan seribu macam karenah mereka. Agaknya, bila aku kembali nanti, sudah besarkah mereka?
    Walaupun hari ini sebetulnya adalah cuti krismas, aku cuba untuk memulakan tugasan yang perlu dihantar selepas minggu pertama Januari. Salah satu tugasan kali ini tidak memerlukan sebarang perisian khas dan tidak perlu sebarang pengiraan. Namun, aku agak kekok untuk memulakan sebarang penulisan memandangkan idea masih terawang-awang disana-sini.
    Kedinginan semakin terasa di dalam bilik kecil ini. Aku tingkatkan lagi tahap pemanas hampir-hampir kepada nilai maksimum.



Img_5978_1






















#pict- Me & Khairi at University of Aberdeen

Tuesday 18 December 2007

Di Pudar Mentari

Aku termanggu di pudar mentari. Suasana normal disaat musim dingin menggantikan sepenuhnya musim luruh yang telah berlalu. Tika ini, mentari muncul di ufuk timur laut dan terbenam di ufuk barat daya dalam domain siang yang singkat. Tiada lagi dedaunan Maple yang berguguran dan bersepahan. Yang ada hanyalah lopak-lopak kecil yang adakalanya membeku pabila suhu mencecah takat minus.



Aku menantikan ketibaan Khairi yang berkenan bertandang ke bumi Scotland. Mungkin sudah puas dia di Essex, London, serta kawasan persekitarannya. Bumi Scotland ini sememangnya sering mendapat tempat, bagi tujuan lawatan dan sebagainya, orang-orang dari England. Mungkin juga aku perlu turun ke London. Melihat-lihat kawasan sekitar ibu negara yang banyak merubah corak politik dunia.



Watching the cloud moves.



Temperature goes up and down.



In December mid.



White dove still on bench.



Come and gone as the time goes by.



Flying high, wild and free.



Long journey ahead.



She can made.



Story which’s great.

Tuesday 11 December 2007

Selamat Berjuang Guru-guru Baru Malaysia

Di kesempatan kali ini penulis ingin mengucapkan Selamat Ber‘posting’ kepada semua graduan-graduan pendidikan, terutama lepasan daripada Universiti Sains Malaysia amnya, dan khasnya kepada geng2 dak kelana jurusan Sains/Sastera Pandidikan. Tidak terlewat rasanya ucapan ini diutarakan kerana tugasan rasmi sebagai guru masih lagi tergantung tatkala kehadiran cuti penggal bulan 12.



Jika tidak datang angin perubahan, penulis pastinya bersama-sama kalian, berjuang mendidik anak-anak bangsa. Masih ingatkah lagi kalian? Namun, masa itu merubah segalanya. Kita punya haluan yang berbeda.



Dikesempatan ini juga, penulis ingin menitipkan beberapa nama cikgu yang penulis berpeluang mengenali, ketika bersama-sama menuntut di USM suatu ketika dahulu.



KLKMUSM 2004/05          



Cikgu Zahir (YDP)- Anda punya dedikasi yang tinggi (lambat belakang kira). Kita punya kenangan terlalu banyak. Dari zaman sebelum, semasa dan sesudah mentadbir kelana, terlalu banyak untuk diceritakan. Kita pernah menawan puncak Irau dan puncak Brinchang. Bermalam dipuncak gunung sampai terketar-ketar. Bersama dak2 kelana lain mengembara lebih 100km bejalan kaki di Seberang Prai. Menerobos kepekatan malam semata-mata untuk berendam di kolam air panas Lenggong. Main takraw diwaktu petang. Bersama menjayakan kem Cikgu Sabhi, annual camp, escort budak-budak kelana mengembara. Camping dikebun Cikgu Mat...Memang terlalu banyak. Apapun moga hidup diberkati selalu.



Cikgu Saizilawati (NYDP)- Gandingan anda dan YDP memang cukup menarik. Semoga menjadi guru yang berjaya, dimana jua berada.



Cikgu Rahmad (NYDP)- Kehadiran anda tidak pernah tidak mengeringkan gusi. Gelagat anda tak pernah dilupakan. Anda menyertai RU Jalan Pekeliling beberapa hari sebelum penulis berangkat pergi. Namun, kenangan sebelum-sebelumnya juga terlalu banyak untuk diceritakan.You are the only one. Have a great life.



Cikgu Cath (Exco)- Anda semangnya partner yang cool. Boleh dikatakan semua kerja kita menjadi. Terima kasih segalanya atas kesabaran melayan karenah partner anda yang serba-serbi ini. Good luck always.



Cikgu Nasir (Exco Disiplin) & Cikgu Zulkhairi- Banyak juga kenangan kita. Terutama ketika di awal zaman first year, di desa Tekun dan Restu. Walau dimana kalian berada, semoga berbahagia senantiasa hendaknya.



Cikgu Sitty/Nurul- Dengarnya dapat posting balik Sarawak. Hope you’ll always fine di bumi Kenyalang situk. True friendship never dies.



Cikgu Hazlina(S/U11) & Cikgu Azmeen (S/U1)- Walaupun percubaan untuk memecat YDP Kelana sering tak kesampaian, diharapnya kalian tidak bertindak untuk memecat pengetua sekolah kalian. Dalam hal-hal lain, harapnya sukses selalu.



Cikgu Anne- Masih terkenang lagi waktu-waktu ketika kita dan rakan-rakan lain ditahan pak guard akibat dari perbuatan ‘melompat’ pagar untuk balik ke tekun. Semuanya gara-gara meeting yang sering lewat dan tak ikut time. Have a great life, always.



Juga kepada yang lain-lain;



Cikgu Faiza, Cikgu Ummi, Cikgu Khireen, Cikgu Hanum, Cikgu Wit(maaf, tak ingat nama penuh) dan juga beberapa nama yang penulis tidak masukkan disini. Dimana jua kalian berada, harapnya hidup senantiasa sejahtera.



Dan penghargaan kepada yang bukan Kelana



Cikgu Zamree- Anda sememangnya diantara barisan manusia yang hebat. Masih terkenang susah-senang kita bekerjasama sebagai despatch untuk kajian School Soc. Science. Menjelajah setiap inci Bandar Georgetown. Terima kasih tak terhingga diatas pertolongan anda dari saat menghantar dan mengambil penulis untuk pergi dan balik dari KL untuk interview, seterusnya uruskan perjanjian dan visa dan sampai akhirnya sebelum penulis berangkat. Moga hidup sentiasa diberkati.



Juga kepada lepasan DPLI



Cikgu Fazli & Cikgu Nazri-      Semoga sukses selalu dimana jua anda berada. Banyak kisah susah-senang, suka-duka kita semasa menuntut di Pusat Pengajian Sains Fizik. Harapnya, kalian juga sentiasa sukses selalu.



The_bridge_2



































'

  ©Kehidupan: Catatan Kembara. Template by Dicas Blogger.

TOPO