Monday 30 June 2008

Kepahitan

Keseorangan



Tiada insan, tanpa rakan



Kesepian



Namun tetap berteman



Walau pahit, tetap ku telan



Kemanisan hilang dalam kehidupan



Dan...



Malam yang kian larut



Pagi yang menjelang



 



Berseorangan di dalam makmal di tengah pekat malam agak
menenangkan. Tiada rakan bising kiri-kanan. Tiada siaran YouTube terpasang
membingarkan persekitaran. Jadi, boleh buat kerja dengan tenang. Cumanya, malam
ini mesin minuman otomatik itu sudah kehabisan gula. Terpaksa jadi mangsa.
Menelan Nescafe tanpa nikmat kemanisan. Ah, unsur penambahan kepada cebisan
kenangan dalam kehidupan. Anda patut cuba...

Saturday 28 June 2008

Di Daerah Ini

Daerah
ini terpencil



Daerah
ini sepi



Daerah
ini jauh



Jauh
dari hiruk-pikuk



Jauh
dari kacau-bilau



Jauh
dari ganas tangan-tangan manusia



Tangan
yang merobah



Tangan
yang memisah



Pendusta



Pencela



Percerca



Ku
temui ketenangan disini



Di
daerah ini



Di
persempadanan sebuah lembah



 



 



Monday 16 June 2008

Maaf...

Petang itu, awan mendung berarak memenuhi segenap ruang angkasa. Sinar
mentari seakan-akan tiada ingin putus asa. Tetap cuba menerobos ruang-ruang
yang tertinggal. Jeritan burung-burung seagull jelas kedengaran diluar. Seperti
ada kebersamaan antara jeritan-jeritan itu dengan kesesakan jalan dek kelakuan
manusia-manusia yang berebut pulang petang.



Aku ‘on’kan komputer riba, ‘sign-in’ Yahoo Messanger. Ramai kenalan yang
‘online’. Aku tegur seorang. Maklumla, sudah lama tiada kedengaran khabarnya.



Aku: bla bla bla...



Kawan1: bla bla bla...



Aku: bla bla bla...



Kawan1: bla bla bla...



.



.



.



...............................



Perbualan terputus, aku masuk ke dalam bilik, ‘sign-in’ sekali lagi, tapi
kali ini menggunakan telefon bimbit.



Aku: Maaf tadi, dapur sedang digunakan, jadi ‘connection lost’.



Kawan1: Owh, igtkan kenapa. Tapi...



.............................



Aku tegur lagi seorang kenalan.



Aku: Apa perancangan anda hujung minggu ini?



Kawan2: Segalanya telah tertulis di dalam blog. Tidakkah anda membacanya?



Aku: Oh maaf, tiada sempat untuk membaca. Lagipun, dapur itu sedang
digunakan.



Kawan2: Oh, begitu. Tapi kenapa? Apa signifikannya dapur dan baca blog?



Aku: Dapur sedang digunakan, jadi tiada dapat online.



Kawan2: Alasan... Itu cakap apa? Cakap orang yang ketandusan idea? Cakap
orang yang tiada pendirian? Cakap orang yang kekusutan fikiran?



Aku: Nanti dulu. Jangan serang mengkhinzir buta. Anda sedia tahu kan,
sahaya ini baru sahaja berpindah.



Kawan2: Ya, itu sememangnya satu fakta, jangan pernah cuba untuk putar
belit.



Aku: Tidak! Sahaya tiada berniat begitu. Tiada pandai memanipulasi fakta,
tiada pernah sertai debat dan layak ke peringkat semi final.



Kawan2: Habis itu apa lagi...



Aku: Rumah ini tiada perhubungan internet. Namun begitu, letaknya lokasi
adalah berdekatan dengan universiti. Lebih tepat lagi, kedudukan jendela dapur
sememangnya mengadap kearah salah satu bangunan utama universiti. Mungkin jua
nasib agak baik. Maka, jika sekiranya lap top itu di posisikan terus arahnya
keluar jendela, untung nasib, ada kebarangkalian beroleh kekuatan isyarat
sebanyak 28%. Itu nilai anggaran.



Kawan2: Jadi, maksud dapur sedang digunakan itu...



Aku: Ya, tika ini, teman serumahku bersama teman-temannya sedang
menyediakan juadah hidangan malam. Tempat letak posisi beroleh kebarangkalian
tertinggi mendapat isyarat adalah berdekatan sinki. Jadi, tiada mahu diganggu.
Tiada juga mahu percikan titis-titis air basuhan mendarat mesra diatas
permukaan lap top ku ini.



...........................



Bayu berpuput lembut, menghembus menerusi jedela bilik. Suria telah sedia
tenggelam, namun sirna itu tiada hilang di ufuk. Tiada kedengaran jeritan-jeritan
seagull diluar. Bersenda gurau di tempat lain barangkali.

'

  ©Kehidupan: Catatan Kembara. Template by Dicas Blogger.

TOPO