How often...
I knew it was some sort of relief.
the fact that it took some time for you to acknowledge that you didn't have any idea where you were.
And how often you woke up in the middle of night and start realizing that you are not dreaming.
-Kerna ku percaya pada kasihNya Tuhan, Pemberi rahmat sekelian alam
I knew it was some sort of relief.
Posted by Machina at 02:56 0 comments
Artigos Relacionados:Sudah lebih dua minggu saya tidak menulis. Selama seminggu saya demam. Banyak kerja tergendala. Baru sekarang terasa berdaya untuk menyambung kembali kerja-kerja yang tertinggal.
Saya masih belum dapatkan tempat tinggal yang baru. Oh ya, flat yang saya tinggal sekarang akan tamat kontraknya akhir bulan ini. Saya sudah melihat-lihat di katalog beberapa flat baru yang berpotensi. Dan sudah pergi ke letting agent untuk aturkan viewing. Tapi setakat ini masih tiada jawapan. Kalau tidak dapat rumah sebelum hujung bulan ni susah juga. Manala nak tinggal lepas ni.
'moga-moga Tuhan berikanku kekuatan, menghadapi setiap dugaan dan cabaran, bersama pimpinan dan rahmatMu ya Rahman, Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang'
Posted by Machina at 08:19 10 comments
Artigos Relacionados:Suram... Ahli-ahli mesyuarat luar tingkap Remover Team Heroes at work Aksi Abang Taufik berceritera
Hari ini hari yang suram. Matahari seakan-akan segan menunjukkan diri. Semalam pulak matahari sangat tidak malu dan menunjukkan diri hampir sepanjang hari.
Aktiviti KMD minggu ni adalah mengangkut barang-barang Encik Zahir berpindah ke rumah baru. Lebih kurang pukul 10 start. Makanan disediakan sebelum tugas dimulakan, dan menu kali ni adalah nasi lemak. (lama jugak kempunan ni). Keluarga Encik Zahir-Kak Ina berpindah dari Abbotsford Street ke (em...) rumah tak jauh dengan Perth Road. Kat situ agak best, ada padang luas dan mengadap pemmandangan Sungai Tay. Cantik!
Ingatkan barang banyak sebab dianggarkan akan melibatkan dua trip. Rupanya tidaklah seperti yang di sangka, satu trip sahaja sudah mencukupi. Ditambah pula kekuatan jejaka-jejaka hero bangsawan yang terlibat, maka kerja yang berat menjadi ringan, banyak menjadi sedikit. Tidak sampai sejam kerja-kerja pemindahan ke van-bawa ke rumah baru-angkut keluar dari van berjalan dengan sempurna tanpa ada cacat celanya.
Macam biasala, sekali-sekala berjumpa, masa yang terlebih banyak dihabiskan adalah ketika sesi makan-makan sambil berbual-bual dan bercerita. Tambahan pula, parent Kak Ina ada datang sekali, banyak juga cerita yang dibawa dari tanah air. Hai... macam-macam.
Malam Sabtu hari tu aku dengan Zaquan naik puncak Dundee Law. Asalnya Amal, Nizam dan kawannya lagi sorang nak ikut. Tapi ada permasalahan kecik dan salah konsep (betul ke ni?) jadi aku dengan Zaquan sahaja yang pergi. Cahaya merah bertemankan bulan mengambang penuh di sebelah barat Kedamaian, dan Ketenangan Fajar muncul di sebelah timur Pukul 3++ pagi time ni. Berdiri tercegat 20 saat tunggu shutter tutup
Kebiasaanya suhu sekarang agak ok. Sebab dah mula nak masuk musim panas. Tapi entah kenapa malam itu dingin semacam. Dan aku terpaksa pakai jaket tebal dan belit muffler kat leher.
Takde tujuan ape pun, cumanya nak tengok pertembungan antara waktu maghrib dan subuh yakni kewujudan cahaya merah sebelah barat dan munculnya fajar di sebelah timur serentak. Kami gerak lepas solat subuh, lebih kurang pukul 2 pagi camtu.
Hari Sabtu aritu ada majlis sambut menantu dan program usram gabungan KMD. Pengantinnya adalah Hasan dan Hajar. Diorang kahwin kat MSD London dengan berwalikan Ustaz Erfino. Aku kenal Hasan masa kami sama-sama keja kat kedai Abu Ziyad. Then, dia pernah duk dengan aku beberapa minggu sebelum menikah aritu. Hasan tengah minta nasihat dari Mr Mahzan yang banyak pengalaman rumahtangga (kot) Sesi berkenalan dengan pengantin Muslimin KMD bergambar kenang-kenangan dengan pengantin Muslimat KMD bergambar kenang-kenangan dengan pengantin Forum nikah-kahwin Keluarga contoh KMD (Bapa-Abe Mahzan, Ibu-Kak Ana, Anak-Azim)
Hasan tengah nak abiskan ijazah syariah kat el-Azhar, si Hajar pulak tengah buat master kat maktom (al-Makhtoum Institute, Dundee). Tengah bulan ni diorang akan berangkat ke Mesir. Hasan ada final exam. Dan diorang amik peluang honeymoon sama kot, barangkali. Moga ikatan suci murni perkahwinan diorang berkekalan hingga akhir hayat, insya'Allah.
p/s: ada unsur-unsur serangan balas sebab entri ini
Posted by Machina at 17:06 0 comments
Artigos Relacionados:Sudah agak lama penulis tidak mencoretkan apa-apa diruang ini.
Selepas bercuti dalam kembara mimpi.
Banyak yang nak diceritakan.
Tentang kembara dan peristiwa.
Juga tentang kehilangan.
Penulis masih memerlukan masa.
Untuk membina semula semuanya.
Merintis kembali jalan yang tertinggal.
Yang entahkan dimana.
Yang pasti, ada disana.
p/s: Al-Fatihah buat Arwah Nenek yang memeliharaku sedari kecil.
Posted by Machina at 20:37 3 comments
Artigos Relacionados:Oh Tuhan. Dengan kasih dan rahmatMu yang Maha Agung itu, aku ingin bermimpi. Aku ingin bermimpi mengembara ke satu dunia yang Engkau telah firman dalam Kitab Suci Al-Quranul Karim. Aku tahu, aku sedar. Tanah disana tandus, tanah disana gersang. Yang ada disana itu selautan pasir. Yang menjadi puing-puing, berterbangan saat angin bertukar ribut. Tapi pasir-pasir itulah saksi bisu peristiwa silam. Ketamadunan manusia zaman dahulu kala. Itu yang aku tahu.
Aku mahu perhatikan sama tebingan delta daerah nan subur. Dari riak-riak air yang mengalir, ku kira riak itu seirama alunan tika Nabi Musa AS dihanyutkan ibunya atas ilham dariMu.
"(yaitu) ketika Kami mengilhamkan kepada ibumu sesuatu yang diilhamkan, (yaitu) letakkanlah dia (Musa) di dalam peti, kemudian hanyutkanlah dia ke sungai(Nil), maka biarlah (arus) sungai itu membawanya ketepi, dia akan diambil oleh (firaun) musuhKu dan musuhnya. Aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan agar engkau diasuh di bawah penguasaanKu" (Surah Taha: 38, 39)
Riak-riak air itu saksi yang memerhati kelakuan manusia di tebingan sejak berkurun lamanya. Terbinanya, jua jatuhnya kebangkitan tamadun manusiawi.
Kukira, tanah tanah gersang itu sentiasa melambai-lambai memanggil dan berbisik. Semenjak dari hari itu lagi aku sudah dengari. Dari sang semilir angin.
Dapat aku rasakan kini yang masa itu telah pun tiba. Akan ku sahut seruan itu. Akan ku dekati langit biru, terbang setinggi awan, atau lebih dari itu, demi satu perjalanan. Kembara sebuah mimpi.
“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan) : “Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut itu”, maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya. Maka berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul)” (Surah An-Nahl: 36)
Awan larat berarak laju. Bawa bersamanya gumpalan-gumpalan hitam cuba memenuhi sejenak ruang angkasa. Angin dari semalam bertiup kencang, semakin kencang. Gumpalan hitan itu pastinya kan menutup mentari yang sinarnya kian terhalang. Hujan akan turunkah?
Semalam Sandi ada menerima satu envelop kuning. Envelop yang dihantar oleh Home Office UK. Terbukanya envelop kuning itu membuatkan sebuah lembaran lain terbuka. Arahan pulang ke negara asal tercatit kemas pada surat yang dilampirkan. Hanya kerana permohonan pelanjutan visa tidak diluluskan.
Aku sekadar tergamam. Tiada kata-kata mampu ku ungkapkan. Mungkin masanya sudah tiba. Dan aku menjadi saksi atas masa itu.
Ramai juga yang memberi cadangan dan pandangan.
"carila housemate lain"-kata seorang itu
"alamak, baru sign contract dengan agent"-kata dia
"rasa camna? takdak perasaan ka"-kata Upi
"try tanya budak ni, mungkin dia mau pindah"-kata seorang lagi
"kena la kawin kalau tak jumpa housemate"- kata Kak Maziah
Aku memerhati keluar tingkap pohon hijau yang rantingnya melambai-lambai dihembus sang angin. Awan mendung semakin hitam, semakin gelap.
Posted by Machina at 16:10 4 comments
Labels: Berita, Cerita, Exaggerate, Piece
Artigos Relacionados:1. Sudah beberapa hari tidak update. Terlalu sibuk dalam 2-3 hari lepas. Upi datang dari Durham petang Sabtu. Sebelum jemput dia si stesyen keretapi, aku sempat ke Poundland untuk beli 2 biji bantal untuk dimuatkan ke satu lagi cusion makhluk berbulu besar.
2. Petang itu tidak buat apa-apa. Aku pun tidak masak apa-apa pun. Kebetulan, sebelah malamnya Abang Tarmidi dan Kak Ika ada buat bachelor party (jamuan makan untuk orang lelaki bujang). Jadi, dinner dekat sana saja. Sedap juga asam pedas hasil air tangan Kak Ika. Ramai juga datang termasuk Irfan- teruna bongsu Kak Maziah dan Zaquan yang baru sampai dari Malaysia 2 hari sebelum itu.
3. Ahad haritu pergi carboot lagi. Sempat dalam keadaan salji yang turun manja-manja (pinjam ayat Abang Tarmidi), aku sempat sambar beberapa barang. Itupun, peniaga carboot kali ni tak ramai.
4. Tengah hari pergi melawat famili Bro Zahirudin kat Abbotsford Street. Sempat lunch sekali. Lama juga tidak nampak Kak Ina. Tak lambat lagi dah nak dapat baby baru. Lama juga tak main-main dengan Luqman dengan Balkhis. Sikit hari lagi mereka akan dapat adik baru.
5. Petangnya pula ada sesi buat video klip terbaru Upi. Suasana kat luar sangat sejuk. Jadi kami tak pergi jauh-jauh. Setakat shoot di Annfield Road yang tak sampai seminit pun berjalan kaki dah sampai. Tapi shoot punya shoot, terlajak juga sampai ke Hawkhill di seberang sana.
6. Teringin nak pergi ASDA. Mintak kebenaran nak pinjam kereta Kak Maziah. Walaupun tak dapat Ford Focus, Fiat Bravo pun ok. Punya la bershopping dan buat aktiviti lain, pukul 10.30 juga baru sampai rumah. Niat nak bagi kunci kereta malam tu juga terpaksa cancel.
7. Pukul 10.30 isnin pagi ada meeting dengan supervisor, Prof Merv dengan Dr Fan dan Dr Amin. Agak berhasil juga meeting itu. Masing-masing ada idea dan menyumbangkan fikiran. Aku sekadar mengiyakan saja. Harap-harap lepas ni ada banyak lagi progress dalam projek PhD.
8. Petang pukul 2 pula macam biasa, sesi lab dengan student first year. Aku ada text Upi tanya sama ada dah bangun atau belum? X lagi-sempat pulak dia reply text.
9. Pukul 5 petang baru sampai rumah. Masa tu dia baru saja bangun. Sudah makan sebab Sandi ada masakkan sesuatu. Tapi aku nampak dia masih mamai-mamai lagi.
10. Aku masak tom yum seafood malam itu. Dan juga buat telur dadar. Kami makan bertiga-termasuk Sandi sekali.
11. Sangat letih malam itu. Aku masuk tidur awal juga. Upi tak tidur langsung. Study dan buat kerja editing video klip terbaru barangkali. Lagipun siang tadi sudah tidur seharian.
12. Pagi tadi hantar dia ke stesyen keretapi. Dalam 20 minit juga berjalan kaki. Tak jauh sangat pun rupanya. Selepas itu terus ke sekolah dan buat kerja macam biasa.
Terasa berat kepala ini. Mungkin disebabkan kisah semalam.
Huargh...
Semalam buat banyak kerja yang menggunakan otak. Bila guna otak, kena ambil bahan sampingan sebagai peneman dan penyegar mata. Apa lagi kalau bukan kafein. Sehingga tak tersedar, sudah tiga jenis variasi sudah tertelan. Dari Nescafe Gold, bawa ke latte hingga ke cappucino. Oh ya, kadar biasa pengambilan kafein (berasaskan kopi) bagi penulis adalah secawan (mug) sehari. Tetapi pengambilan adakala dibenarkan sehingga takat maksimum yakni 2 cawan. Manakala, jika telah mencapai sehingga 3 cawan, klasifikasi overdose akan digunapakai.
Dan bila overdose, penulis tidak akan dapat tidur dengan mudah diwaktu malam. Jika dapat tidur pun nanti akan terjaga dengan mudah sekitar 3 pagi lalu kepeningan. Kemudian terpaksa bangun awal. Berlaku distortion waktu tidur disebabkan perturbation kandungan kafein dalam tubuh.
Waktu siangnya pula dihimpit oleh ketidakcukupan tidur malam tadi. Sudah lali-lali dan berat kepala. Tapi tidak boleh ambil kafein lagi. Keseimbangan normal belum tercapai.
Lepas ini ada sessi perbincangan dengan Dr Amin Abdolvand dari Photonics and Nanoscience Group. Jenuh nak memerah otak lagi.
Tapi ternanti juga malam ini. Dr Saydulla Persheyev jemput untuk sessi makan malam bersama geng-geng Material Research Group. Hidangan masakan Uzbekistan katanya. Lihat saja nanti.
Posted by Machina at 14:26 10 comments
Labels: Berita, Cerita, Exaggerate, Kisahnya, Piece, Science
Artigos Relacionados:Kejap tadi penulis ada memeriksa daftar masuk-keluar pengunjung laman blog ini. Terkejut juga bila dapati ada seorang pengunjung menyinggah kerana mencari "persamaan serentak in english" melalui enjin carian google.
Dan keputusannya, entri Peribahasa Matematik termasuk dalam senarai carian (seperti dalam gambar). Lalu penulis terfikir sendiri. "Dalam duk merapu-merapu, tulis benda-benda yang takdak pekdah, ada juga yang beroleh manfaat rupanya..."
Posted by Machina at 21:45 8 comments
Artigos Relacionados:Penulis tiba di Dundee sekitar 10.14 malam. Tiada siapa yang menjemput penulis pulang ke kediaman di Blackness Street melainkan pakcik driver teksi yang tersedia menanti di luar stesen keretapi. Bayaran £4.40 itu sangat mencukupi lantaran jarak yang memisahkan kediaman penulis dan stesen keretapi sekitar 30 minit dalam ukuran berjalan kaki secara santai dan bersahaja.
Sandi dan Alona ada dirumah ketika penulis tiba. Sandi ada siapkan nasi beriyani ayam. Memandangkan penulis lebih teruja untuk menggantikan mentol lampu putih yang baru diperoleh, beriyani ayam dikesampingkan buat sementara waktu.
Bilik penulis kini diterangi cahaya lampu putih suci. Tidak lagi seperti sebelum ini, dan juga hampir di mana-mana bilik di UK ini yang diterangi lampu cahaya kuning. Kuning yang mungkinnya romantis, dan kuning yang membuatkan penulis mudah mengantuk setiap kali. "Itu pasal la order mentol dari jauh" jerit hati kecil penulis pada yang kurang mengerti dalam isu pembelian mentol tempoh hari.
Proses penukaran mentol berjalan sempurna. Sesi percubaan juga begitu. Penulis menatap penuh makna segenap isi bilik yang kini dilimpahi pancaran putih suci, bukan lagi warna kuning telur seperti sebelumnya. Dan penulis pun keluar mencari sesuap nasi di dapur. Dan rasa nasi ayam beriyani itu pun boleh tahan juga.
Kredit:
Special Agent Jai- Succesfull in locating, buying and packaging
Special Agent Upi- Successful in transporting and keeping
Hujung minggu ini pasti antara yang paling sibuk bagi diri penulis.
Esok pagi(Sabtu) penulis akan membawa diri bersama-sama kumpulan melayu Dundee berhaluan kanan ke Aberdeen. Ada kursus kursus solat dianjurkan disana. Apalah kiranya pengetahuan solat Version 1.0(belaja masa derajah satu) yang diupdate sikit-sikit sampai sekolah menengah itu di tingkatkan kualiti kefahamannya serta diberi penambahbaikkan selaras dengan perkembangan institusi akal dan minda yang lebih dewasa.
Perancangannya, seawal pukul 7pagi lagi ahli rombongan dijangka akan menggolekkan tayar. Abang Mahzan yang akan menjadi pemandu-bukan-peribadi penulis sudah memberi amaran awal, "puko ne pat limo(pukul 6.45), siap, turun". Kalau tak dipenuhi tuntutan, alamat tak merasalah keselesaan ke Aberdeen dalam Vauxhall Astra 1.8 itu.
Kursus dijangka selesai sekitar 9 malam. Jika dibuat kamiran terhadap ruang dan masa bersandarkan parameter halaju, penulis dijangka selamat sampai di Dundee sekitar 11malam.
Esoknya pula (Ahad) penulis akan ke Durham untuk kesekian kalinya. Lebih kurang tiga hari juga penulis akan berada disana. Petang Selasa baru penulis pulang. Jikalau diadaptasi persekitaran Malaysia, sudah tentu penulis dianggap sebagai menyambut(bercuti) raya cina di sana. Train yang dah diorder perjalanannya akan bertolak selepas pukul 7pagi. Walaupun pada saat ini kurang pasti dengan tepat pukul berapa perjalanan akan bermula, penulis sekadar mengingatkan diri 'kalau salah pun tertinggal train, bukan kapal terbang'. Pengalaman penulis 'ter'hanyut ke Colombo, Sri Lanka memang sentiasa segar diingatan.
Ya, ada beberapa misi yang perlu penulis selesaikan disana. Ada warkah tanpa tulisan akan dibawa bersama untuk disampaikan kepada penghuni Cantebury Brackenbury. 'Terpaksa' juga tuntut barang-barang yang diorder dari Malaysia tempoh hari. Ada teman di Bowburn bakal kembali ke tanah air sedikit masa lagi. Sekurang-kurangnya sempat menitip kata perpisahan.
Oleh kerana matahari semakin meninggi dan sekolah memanggil-manggil dan melambai-lambai, penulis menamatkan dahulu sesi update blog kali ini.
Wassalam
[caption id="attachment_327" align="alignnone" width="224" caption="Masa di di University of Aberdeen tahun lepas: Sendirian"][/caption]
Posted by Machina at 02:42 6 comments
Artigos Relacionados:Petang itu sungguh damai. Walaupun, ironinya tengah hari sebelum itu awan mega mendung gelap berarak di segenap angkasa. Aku terdengar latar suara burung-burung berkicau riang. Matahari kian merangkak pergi.
Aku disapa teman yang belum pernah aku ketemu fizikalnya. Khabar yang menggembirakan. Tak lama lagi dia akan beroleh sayap putih melepak yang membolehkannya mengepak jauh ke bumi eropah. Itupun setelah puas memujuk seorang wanita yang bukan sebarangan itu. Wanita yang bukan sebarangan itu juga amat ku kenal kerna sempat menjalani perhubungan bos-kuli semasa aku masih menuntut ijazah pertama dulu. Dan aku tumpang gembira dan berbangga dengan kejayaan teman itu.
Tiba-tiba, aku terkenang kembali saat mula-mula salji putih suci itu menimpa-nimpa diriku yang suci ini. Di bumi eropah itulah. Aku tenggelam dalam khayalan seketika. Kasihan temanku yang seorang itu yang terpaksa menjadi jurukamera rasmi tak berbayar, ambil pose aku dengan salji disana dan disini, begitu dan begini, arah itu dan arah ini, pusing sana dan pusing ini. Natijahnya, aku di menerima kutukan bertalu-talu dari teman-teman lain yang terlebih dulu makan salji dari aku. Hampagas!(hampeh).
Ah. Malam kelam masih menjengah awal. Tak tersedar yang teman tadi telah beransur membawa diri. Harap bersua dilain kali.
Posted by Machina at 06:00 4 comments
Labels: Berita
Artigos Relacionados:Kepada para pembaca sekalian, ditujukan khas, terutamanya kepada warga USM. Disini, penulis ingin mengumumkan bahawa konvokesyen bagi diri penulis akan berlangsung pada sidang keenam, pagi Sabtu yang berbahagia, tanggal 18 Ogos 2007. Untuk memudahkan urusan serta mengelakkan kebergantungan terhadap kekangan komunikasi mudah-alih yang dijangka sibuk terus menerus, sesi fotografi kenang-kenangan serta aktiviti lain yang berkaitan akan diadakan di tapak ekspo, berhampiran dengan gerai Kelanasiswa. Kehadiran anda amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Wassalam.
Posted by Machina at 08:52 1 comments
Labels: Berita
Artigos Relacionados:©Kehidupan: Catatan Kembara. Template by Dicas Blogger.