Thursday, 4 December 2008

Friends dan Salji



Friends

Semalam penulis tidak keluar pergi ofis. Kurang sihat. Berat sahaja kepala otak ini. Jadi untuk meringankan beban yang ditanggung ini, penulis meladeni DVD Friends yang 10 seasons itu. Sekarang sudah sampai season yang ke lapan. Untuk masa terluang yang semalam itu, penulis hanya sempat menggapai episod yang ke 20 sahaja. Jadi, usaha perlu dipertingkatkan, terutama hujung minggu ini sehingga semua episod penulis akan berjaya tawan. Terus berusaha!!!

Salji

Dalam 2-3 hari lepas banyak salji turun. Penulis sempat berkongsi detik itu bersama-sama beberapa teman melalui tayangan webcam percuma. Hari ini hujan pun ada joint salji turun. Dengan suhu yang meningkat skit dari paras beku, penulis nampak banyak banyak salji yang tewas dan cair. Tapi ada juga yang agak degil dan masih menempel di bumbung-bumbung kereta dan dijalanan. Pertembungan antara salji dan hujan memang melecehkan. Kalau suhu terus meningkat, salji akan tewas.

Waktu salji mula-mula turun dengan lebat hujung minggu lepas, penulis dan housemate adalah antara yang terawal sampai di Dudhope Park. Tiada apalah aktiviti yang terlibat melainkan ambil-ambil gambar, buat snowman, gelungsur-gelunsur. Di tengah-tengah minggu macam sekarang semua orang sibuk, penulis tiada kesempatan berbuat apa-apa pun melainkan melihat sahaja dari jauh orang-orang Durham memanfaatkan salji itu.

5 Comentários:

Anonymous said...

Yeah, right. Usaha gigih menuju kejayaan!!! (Tawan Friends itu!).

Eh, bila hang boh gambar ini. Orang-orang Durham yang hang quote itu (selain aku) pakat-pakat melakar salji atas jalan sebab katanya diorang tengok hang punya gambar. Cayalah, trendsetter!!

Anonymous said...

Lutfi Amri- yayaya...tawan2.
He...baru pagi tadi ja aku letak. Orang2 Durham mmg pantas bertindak.

Anonymous said...

arghh..sNowman itew!!=(
man????mulut merah menyala je..huhu

Anonymous said...

iNa- ala, mekap skit2 tu biasa le.......

Anonymous said...

creative nyer..comey sgt!!he2

Post a Comment

Titipan Kata

'

  ©Kehidupan: Catatan Kembara. Template by Dicas Blogger.

TOPO