Sunday 26 July 2009

Secebis kisah semalam

Sedang saya melayari internet, tiba-tiba handphone nombor Maxis berdenting. Sms yang saya terima adalah dari Nasran. Roomate saya merangkap teman sepengajian di Pusat Pengajian Sains Fizik USM. Kami berkongsi bilik yang sama di era pengajian sessi 2004/2005. Lebih kurang lima tahun yang lalu. Saya lantas membuat panggilan.

Sudah lama saya tidak kedengaran berita darinya. Semenjak tahun lepas rasanya. Semasa Aidilfitri yang lalu saya sempat ke Kelantan, ke Pasir Mas. Tetapi saya tidak berkesempatan beraya dirumahnya. Saya hanya dapat berkunjung ke rumah Cikgu Asuar dan sempat tinggal dua hari satu malam. Yang saya ingat, cuti Aidilfitri yang lalu sangat singkat. Dan saya tidak berpeluang ke rumah kawan-kawan yang berdekatan kerana masing-masing telah kembali bertugas.

Nasran sekarang berada di Sarawak. Mengajar di sekolah pedalaman Kapit. Perlu naik perahu panjang setiap pagi ke sekolah. Dari apa yang diceritakan, dia gembira dengan apa yang dilakukan. Saya berbangga dengannya. Dan dari pendapatan yang dia peroleh, saya bersetuju ia berbaloi. Yang pastinya, pengalaman yang ditimba itu paling bernilai, tidak terbeli oleh wang ringgit.

Kalau di USM dulu, dialah yang banyak mengajarkan saya dialek Kelantan. Sesetengahnya agak pure dan jarang digunakan lagi terutama bagi orang yang tinggal di bandar. Saya pernah guna dan rupanya ada juga perkataan yang tidak diketahui oleh anak-anak muda Kelantan sendiri. Dia juga banyak mendedahkan saya dengan lagu-lagu dikir barat. Saya pernah ceritakan dalam coretan yang lepas.

Semua ini menjadikan saya terkenangkan kembali masa-masa lalu yang kami lewati. Menjalani kehidupan sebagai mahasiswa, bercerita kisah masa lalu, merancang-rancang tentang masa hadapan. Tidak pernah terlintas akan terjadi yang dia kini menjadi seorang pendidik, saya pula masih mencari ilmu dan kami terpisah oleh jarak ribuan batu. Dan kami masih memanggil diri masing-masing 'Mate'-singkatan kepada 'roommate' seperti selalu. Apa yang saya dapati, dia tetaplah Nasran yang saya kenal, seperti masa-masa yang lalu. Seolah-olah masa itu beredar dan memutarkan arus perjalanan kehidupan. Namun di satu daerah kecil, ada yang tetap tidak berubah, kekal sendiri tanpa terusik.








Friday 24 July 2009

A Phone Call

Saya baru lepas menyudahkan perbualan telefon dengan Zaquan. Dia baru tiba disini beberapa jam yang lalu. Sudah lebih sebulan dia di Mesir. Sudah merindui Mesir katanya. Rasa susah nak tinggalkan Mesir tambahnya lagi.
Sebulan itu memang tempoh yang lama. Tidak terbanding dengan tempoh seminggu. Saya hanya berpengalaman sekali sahaja mengejar bas. Dengar kuliah juga sekali. Makan roti 'aish pun boleh dibilang dengan jari. Membeli belah pun takat berapa kadar. Melancong itu tidaklah dikira menjalani kehidupan di satu tempat. Saya rasa perbezaan itu memang ketara.


Well, I hope the Mediterranean Sea is still blue. Blue as it always been before, now and forever.


Iskandariah

Kita

El Azhar

I trust you dad

Kafe Selangor, Haiyul Asyir

Perhati dia

Makanan arab

Understand

Anakku

Cafe Selangor

'aish

Pekena Nasi Lemak

Sunset

Apa ada disana

Baling batu

Karfur

Wednesday 22 July 2009

Bisikan Pulang




Kalau aku bisa terbang
Akan ku terbang pulang
Mencari-cari sebuah ketenangan
Di persinggahan penuh kedamaian
Kisah semalam yang takkan hilang
Disitu dunia, disitu syurga
Dalam kejerihan perantauan
Ingatan berganti timbul dan tenggelam
Angin sutera ku bisikkan
Aku ingin pulang

Thursday 16 July 2009

Setelah...

Sudah lebih dua minggu saya tidak menulis. Selama seminggu saya demam. Banyak kerja tergendala. Baru sekarang terasa berdaya untuk menyambung kembali kerja-kerja yang tertinggal.

Saya masih belum dapatkan tempat tinggal yang baru. Oh ya, flat yang saya tinggal sekarang akan tamat kontraknya akhir bulan ini. Saya sudah melihat-lihat di katalog beberapa flat baru yang berpotensi. Dan sudah pergi ke letting agent untuk aturkan viewing. Tapi setakat ini masih tiada jawapan. Kalau tidak dapat rumah sebelum hujung bulan ni susah juga. Manala nak tinggal lepas ni.


'moga-moga Tuhan berikanku kekuatan, menghadapi setiap dugaan dan cabaran, bersama pimpinan dan rahmatMu ya Rahman, Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang'

'

  ©Kehidupan: Catatan Kembara. Template by Dicas Blogger.

TOPO