Monday 19 November 2007

The Munich Experience

Pemergian penulis ke Munich, Germany selama lima hari empat malam adalah bagi melakukan tugasan. Disamping membuat laporan, pembentangan juaga perlu diberikan pada awal Januari nanti. Penulis berasa bertuah kerana sebagai Warganegara Malaysia, visa tidak diperlukan bagi lawatan yang kurang dari 6 bulan. Rakan-rakan yang berasal dari India terpaksa bersusah payah memohon visa  yang tamat pada hari terakhir kami di Munich.



Musim luruh menyambut ketibaan penulis di bumi Munich. Penulis serta rakan-rakan yang lain menginap di sebuah hostel di Olympia Park, di pinggiran Hauptbahnhof. Sistem pengangkutan disini adalah sama seperti di US dan negara-negara Eropah yang lain, namun semestinya berbeza dari apa yang diamalkan di UK wahimapun di Malaysia sendiri. Penulis adakala terkesima dengan kenderaan yang bergerak dalam arah yang bertentangan. Gerak-geri pemandu disini tidak sama seperti di UK yang boleh dikatakan sopan. Cara pemanduan mereka yang agak agresif dan mirip kepada pemandu-pemandu di Pulau Pinang.



Dek kerana tiada apa tugasan yang perlu dibuat pada hari pertama, penulis dan beberapa rakan yang lain bercadang untuk keluar berjalan-jalan ke bandar pada malam hari. Namun, tiada apa yang membuatkan penulis teruja melainkan apabila menyaksikan butiran-butiran salji berterbangan dan mulai jatuh ke tanah. Musim sejuk sedang mengambil tempat yang asalnya disandang oleh musim luruh. Butiran-butiran yang asalnya sedikit mulai bertambah dan dirasakan seperti ribut salji sedang melanda. Dalam satu malam, seluruh kawasan telah dilitupi salji. Kedinginan amat mencengkam di luar...



Img_5458







Img_5479



Img_5452_1





Img_5560_1



Img_5684





Img_5714



Img_5589 



*may be/not continued

Sunday 11 November 2007

Isles of Skye

Program Fresher’s Camp anjuran persatuan-persatuan dan komuniti-komuniti melayu sekitar Dundee, Glasgow, Aberdeen dan Edinburgh bertempat di Isles of Skye menemukan penulis dengan pelajar-pelajar Malaysia lain yang berada di bumi Scotland ini. Disebabkan lokasinya yang agak jauh di sebelah barat laut pulau British, penulis berpeluang manjadi pemandu kedua dan sempat memandu mini MPV Zafira membelah pekan Inverness dan menelusuri jalan di pinggiran Loch Ness (lokh-ness) yang terkenal dengan makhluk ghaib Nessie.



Program selama 2 hari yang bertemakan kem motivasi pada hari pertama dan jalan-jalan pada hari kedua sememangnya menarik. Keindahan alam ciptaan Al-Khalik di sekitar pulau Isles of Skye amat mempesonkan. Disini juga wujud istana-istana lama dan yang sempat penulis kunjungi secara dekat adalah Dunvegan Castle. Dan yang paling indah ialah salah satu air terjun yang alirannya terus ke laut, namun, apa yang dilihat adalah terjunan air yang tak berpenghujung dan airnya menghilang di celahan batu. SUBHANALLAH.



Img_5131



Img_5169



Img_5201



Img_5238



Img_5273



Img_5274 Img_5217

Hari Ini

Hari ini, genap dua bulan penulis berada di bumi Dundee. Masa sememangnya dirasakan semakin pantas berlalu lantaran tugasan demi tugasan datang dan singgah lalu pergi menghilang tatkala tarikh submit menjelma. Waktu hujung minggu juga tidak dapat dipergunakan sepenuhnya oleh penulis bagi tujuan ilmiah disebabkan kewujudan aktiviti riadah dan jalan-jalan yang adakalanya datang tanpa penulis benar-benar bersedia untuk menghadapinya. Hujung minggu selepas Hari Raya disibukkan oleh penulis dengan mengunjungi rumah terbuka di sekitar Dundee dan Perth.



Kunjungan Ustaz Erfino(http://erfino.blogspot.com/), Pegawai Atase Pendidikan, MSD UK & Ireland ke Sambutan Hari Raya Komuniti Melayu Dundee menyebabkan penulis terlibat sama dalam membawa beliau berjalan-jalan ke St Andrew, melawat kawasan sakitar serta padang golf tertua di dunia.



Img_4802



Img_4813_3



Img_4970_1



Img_4995_1



Img_5001_3





*bersambung



'

  ©Kehidupan: Catatan Kembara. Template by Dicas Blogger.

TOPO