Tuesday, 27 January 2009

Ketibaan

Penulis tiba di Dundee sekitar 10.14 malam. Tiada siapa yang menjemput penulis pulang ke kediaman di Blackness Street melainkan pakcik driver teksi yang tersedia menanti di luar stesen keretapi. Bayaran £4.40 itu sangat mencukupi lantaran jarak yang memisahkan kediaman penulis dan stesen keretapi sekitar 30 minit dalam ukuran berjalan kaki secara santai dan bersahaja.

Sandi dan Alona ada dirumah ketika penulis tiba. Sandi ada siapkan nasi beriyani ayam. Memandangkan penulis lebih teruja untuk menggantikan mentol lampu putih yang baru diperoleh, beriyani ayam dikesampingkan buat sementara waktu.

Bilik penulis kini diterangi cahaya lampu putih suci. Tidak lagi seperti sebelum ini, dan juga hampir di mana-mana bilik di UK ini yang diterangi lampu cahaya kuning. Kuning yang mungkinnya romantis, dan kuning yang membuatkan penulis mudah mengantuk setiap kali. "Itu pasal la order mentol dari jauh" jerit hati kecil penulis pada yang kurang mengerti dalam isu pembelian mentol tempoh hari.

Proses penukaran mentol berjalan sempurna. Sesi percubaan juga begitu. Penulis menatap penuh makna segenap isi bilik yang kini dilimpahi pancaran putih suci, bukan lagi warna kuning telur seperti sebelumnya. Dan penulis pun keluar mencari sesuap nasi di dapur. Dan rasa nasi ayam beriyani itu pun boleh tahan juga.

Kredit:
Special Agent Jai- Succesfull in locating, buying and packaging
Special Agent Upi- Successful in transporting and keeping

8 Comentários:

iNa said...

hehe.ampun =) sekarang sudah mengerti.

Mahadi said...

Hm....

Lutfi said...

Takpelah, biar bilik aku diterangi cahaya kuning tak brapa suci itu..

Mahadi said...

=)

nur said...

hehehhehe, nak tukar gak ler, otherwise i'm going to visit the dreamland everytime i enter the room...!

Mahadi said...

tu la Kak Nur. tukar la...
See people.

Kamilah said...

HAI MAHADI!! wahh lampu putih! dapatlah belajar better! In my room, the lampu kuning.. quite dim for a big-ishh room! payah nak belajar.. tpi ni sebenarnya dah tukar jadi energy saving bulb but still kuning! hairann, coz bilik kat bawah (used to be bilik Zeah) tu pakai energy saving bulb but warna putih! but mine warna kuning.. hmmm...
haha.. random lah aku ni... sorryyy... take care!

Mahadi said...

Hi Kam. Itu la, kale kuning best sbb romantik (haha...) tp tak condusive utk study kan. Bilik Zeah yang lama tu guna bulb yang lama agaknya sbb energy saving yg asal mmg putih. =)

Post a Comment

Titipan Kata

'

  ©Kehidupan: Catatan Kembara. Template by Dicas Blogger.

TOPO