Dingin
Suhu di luar semakin dingin. Aku memastikan alat pemanas sentiasa berada pada takat hampir maksimum. Kadang-kadang, tak tertahan rasa. Sampai kena pakai jaket tebal walaupun di dalam bilik.
Keadaan diluar masih sama seperti sepanjang minggu lepas. Sama seperti yang ku lihat semasa berjalan-jalan di Edinburgh dan Aberdeen bersama-sama Khairi tempoh hari. Dek terlalu dingin, titis-titis air membeku disana-sini membentuk frost. Walaupun wujud pemandangan yang seputih salju disekeliling, tapi salji masih belum turun.
Sekarang, aku sudah ada sambungan internet di bilik. Semuanya atas ihsan Faizal yang sudi meminjamkan modem wireless yang dia pernah guna sebelum ini. Lagipun, rumah sewa dia baru dapat sambungan broadband. Walaupun kapasiti penggunaan agak terhad, tapi agak berbaloi memandangkan aku hanya perlu membayar sejumlah amaun setiap bulan. Tak perlu beli modem dan tak terikat dengan sebarang kontrak.
Aku sempat berbual dengan Upi dan Kak Gee menerusi Skype. Ah, teringat pula tanah air seketika. Kalau dahulu, sesekali aku akan ke rumah Kak Gee di Desa Aman. Telatah anak-anak Kak Gee dan Abang Asri selalunya akan mewarnai suasana. Terdetik juga melihat ketabahan Kak Gee melayan seribu macam karenah mereka. Agaknya, bila aku kembali nanti, sudah besarkah mereka?
Walaupun hari ini sebetulnya adalah cuti krismas, aku cuba untuk memulakan tugasan yang perlu dihantar selepas minggu pertama Januari. Salah satu tugasan kali ini tidak memerlukan sebarang perisian khas dan tidak perlu sebarang pengiraan. Namun, aku agak kekok untuk memulakan sebarang penulisan memandangkan idea masih terawang-awang disana-sini.
Kedinginan semakin terasa di dalam bilik kecil ini. Aku tingkatkan lagi tahap pemanas hampir-hampir kepada nilai maksimum.
#pict- Me & Khairi at University of Aberdeen
1 Comentário:
uh, bet u'll be thinking of malaysia when it's too cold
Post a Comment
Titipan Kata