Tuesday, 3 February 2009

Menatang

Aku ada seorang kawan di sekolah menengah. Namanya panggilannya, Mie.

Ada satu hari. Aku ada satu 'menatang' ni. Tak silap, aku dapat dari kedai 'maknya' (kedai cina) pekan Merbok. Ia model ikan diperbuat dari getah. Panjang, bentuk macam belut. Kecil, dekat-dekat saiz seekor cicak dewasa.

Mie tengah rajin buat latihan masa itu. Badan menunduk ke meja. Dua-dua tangan sampai paras siku dia letak atas meja. Tangan kanan pegang pen, tulis. Tangan kiri atas buku, tahan supaya buku tak gerak-gerak jadi tulisan tak buruk sangat. Sangat khusyuk.

Cikgu baru keluar. Aku hampiri dari belakang senyap-senyap. Aku julang menatang tinggi-tinggi, betul-betul atas kepala Mie. Gayanya, menatang itu seakan jatuh dari langit siling. Aku tetapkan sasarannya pada lokasi dalam lingkungan kawasan buku latihan yang terbuka luas.

Aku bukakan sepitan antara ibu jari dan jari telunjuk yang sebelum ini tega mengetip bahagian ekor menatang.

Tup... Menatang jatuh. Jatuh betul-betul di kawasan sasaran. Atas buku latihan yang Mie tengah khusyuk menulis. Menatang diperbuat dari getah. Masa mula-mula mendarat, nampak ia melibas sedikit ekornya.

Mie berhenti menulis. Dia jenguk dan perhati menatang dari arah kanan. Lepas tu arah kiri. Akhir sekali, dia perhati dari depan. Aku hampir berputus asa. 'Budak ini bukan jenis terkejut dengan menatang gamaknya', teka aku.

Dan tiba-tiba. Mie angkat kedua-dua tangan dengan pantasnya. Posisi dia macam orang tengah 'surrender'. Tapi tangan kanan masih pegang pen.

Aku gelak terkekeh. Aku ambil balik menatang atas buku. Nampak Mie bernafas turun naik seperti orang kepenatan. 'Ceh, aku ingat cicak tadi', katanya.

Dalam masa itu, seingat aku, dia satu-satunya manusia yang ambil masa paling lama untuk respon terperanjat kat menatang. Dia ambil masa beberapa saat. Tapi orang lain biasanya tidak sampai satu saat untuk terperanjat, atau kalau budak pompuan perempuan terus menjerit lalu tinggalkan meja.

Kadang-kadang dari masa ke masa, aku akan teringat balik kisah Mie tadi. Dan serentak juga aku tergelak terkekeh. Ataupun, paling minima, aku tetap akan tersenyum bersahaja.

[caption id="attachment_382" align="aligncenter" width="300" caption="Bentuk menatang tu lebih kurang macam ni la"][/caption]




2 Comentários:

nur said...

wah! ini gile kejam ni ! (kalau buat kat budak pompuan)..hehehhehe

Machinashire said...

tu gurauan budak skolah la kak nur. pernah jadi budak skolah jugak kan...?

Post a Comment

Titipan Kata

'

  ©Kehidupan: Catatan Kembara. Template by Dicas Blogger.

TOPO