Di Pagi Ahad
Pagi Ahad.
Rasa tenang dengar kicauan pelbagai burung diluar.
Hujung minggu ini tiada apa-apa aktiviti.
Semalam sudah ke Pekan Dundee dengan Sandi. Ber'shopping' serba sedikit. Sandi ajak jenguk sekejap Alona yang tengah bekerja di gedung PRIMARK.
Juga lalu masuk zavvy sekejap yang tengah clearance nak tutup. DVD dan Blu-ray sangat murah, tapi tersangat murah kalau donlod sendiri di rumah guna broadband 10Mb.
Kemudian macam biasa, singgah Poundland dan kali ini sempat angkut 8 item.
Akhir sekali masuk Tesco dan merembat gateau perisa strawberry+cream
***
Terasa nak ke sekolah hari ini.Sebab esok akan ke Glasgow, extend visa.
Lusa pula ada appoinment dengan GP(doktor). Nak dapatkan nasihat vaksinasi yang sangat berkait dengan panggilan itu.
8 Comentários:
salam,
eh, sakit apa ni? are u ok?
Oh, kena vaksinasi kah?
Dah dah Mahadi, kesian Kak Nur tersaspen lebih tuh.
Hmm... sakit apa?... apa kes? Apa yang telah berlaku?.... Whats the story of morning glory?... Biar betul kau Mahadi?
Fakhzan Marwan-
salam, saya baik2 saja. I'm ok.
Am-
Ya, menurut penganjur.
zeah-
Tiada sakit. sihat2 saja. Semua ok. Everything is fine. No worries.
ohh... buat suspend aja.... ingatkan ada apa2 ke... Alhamdullillah semua okay... di doakan semuanya berjalan lancar dan sempurna.. AMIN
zeah;
Amin... thanks for you du'a n concern
;)
Post a Comment
Titipan Kata