Monday, 2 February 2009

Sedari

Tiba-tiba penulis teringat lagu ini. Counting Crows-Big Yellow Taxi. Lagu lama, tapi dinyanyikan semula. Banyak pengertian terdapat dalam liriknya, terutama pada bait-bait berikut.

Don't it always seem to go
That you don't know what you got till it's gone...




'

Bahagian Trivial
Bila mendengarkan lagu ini, penulis pasti terbayang kehidupan kampus di USM ketika itu. Lagu ini mengingatkan zaman dimana penulis masih lagi tahun satu dan mengambil jurusan sains dengan pendidikan (ketika itu). Walaupun lagu ini sering berkumandang dari segala macam sumber media hiburan, tetapi keseluruhan rangkap liriknya diketahui penulis setelah diperkenalkan oleh Lutfi. Masa itu juga kami ada mengambil kursus yang sama yakni ZCA101 (Fizik Mekanik). Dan masa itu juga penulis akan pergi ke bilik Lutfi untuk sama-sama menuggu beberapa ketika dia bersiap dan bergerak ke kuliah. Memang masa itu.

'

Bahagian Sebenar
Sedar atau tidak, ia sering terjadi dalam kehidupan kita. Adakala kita terlupa akan perkara-perkara yang menyumbang dan menyempurnakan hari demi hari yang kita lewati. "Take it for granted" mungkin sangat sesuai untuk menggambarkan keadaan ini.

Kita gembira bersama teman-teman disisi, aktiviti-aktiviti yang kita lakukan, ataupun mungkin barangkali barang-barang kepunyaan kita. Dan kita sering terlupa, semua itu tidak akan kekal selamanya. Gembira atas segala nikmat hidup ini tidak salah. Tetapi awas jika kita terleka dan terlupa untuk mensyukuri ke hadrat Illahi atas segala nikmat ini. Cuba kita bayangkan, nikmat yang membahagiakan kita itu ditarik balik oleh penciptaNya. Adakah kita berputus asa terhadap Tuhan dan semakin menjauhiNya kerana menghilangkan kebahagiaaan 'milik' kita (wa'iyazubiLlah). Atau kita sekadar akan meratapi kehilangannya sehari-hari. Ataupun, kita redhai pemergian yang berlaku kerana sudah tiba masanya pemilikNya menuntut kembali pemberianNya dan seterusnya menilai kembali keimanan kita.

Dimana jua pendirian dan pendapat pembaca sekalian, penulis percaya dan berpegang bahawa selagi kita menyedari yang semua ini hanya pemberian buat sementara waktu oleh Al-Khalik bagi menguji keimanan hamba-hambanya, selagi itu kita pasti selamat dan bersedia menghadapi apa jua kemungkinan yang telah/sedang/akan berlaku.

Dan kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkah kamu mengerti? (Surah Al-An'am; ayat 32)

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Titipan Kata

'

  ©Kehidupan: Catatan Kembara. Template by Dicas Blogger.

TOPO