Semalam bawa Bushra keluar untuk ambil vaccine injection. Tiga suntikan semuanya. Dua di GP (kiri dan kanan paha) dan satu lagi di hospital (bahu kiri). Sepatutnya pada hari berbeza, tapi kebetulan dapat appointment pada hari yang sama.
Sebelum giliran Bushra, ada seorang scottish baby boy kat dalam bilik tengah ambil injection. Baby tu bukan main jerit lagi dan lepas tu menangis tak henti-henti. Dek terkesian kat Bushra, Ibu pun pass dekat midwife untuk tolong pegangkan sebab tak sanggup nak tengok Bushra kena inject.
Masa injection pun Bushra jerit kuat juga. Lepas tu Bushra nangis sikit, kemudian senyap.
I came accross this guy when I watched Al Jazeera live during Egyptian uprising last February. Somehow it attract my attention. So, I just print screened directly, saved and upload it to my Facebook wall.
Never thought that I will see him again somewhere, somehow. I just discovered this morning that he's also appeared in The Guardian website. I'm just wondering how he's doing now.
Ini hari kelima aku di San Jose, salah satu kota di Persisir Barat tanah Columbia. Ibu kota kepada Lebuh Silikon. Perteduhanku di Arena Hotel, berhampiran Ibu Pejabat Adobe System. Juga berhampiran tempat persidangan.
Cuaca disini baik. Agak dingin. Seperti keadaannya di Cameron Highland, tanpa kehadiran kabus. Jalan-jalan raya disini luas, sangat berbeza jika dibandingkan dengan jalan-jalan di UK. Mungkin bandar ini dibangunkan dengan rapi dan terancang. Dan tidak hairanlah orang-orang disini menggunakan kereta yang besar-besar belaka. Tiada masalah dengan ruang.
Mereka menggemari liga hoki ais. Agak fanatik juga berdasarkan pemerhatianku. Boleh dikatakan hampir setiap tempat menunjukkan sokongan terhadap pasukan San Jose Sharks. Termasuklah di restoran-restoran, bas-bas yang mempamerkan "This is Shark Territory". Dan paparan elektronik yang melirikkan naik turun bursa saham juga diselitkan dengan "Go Shark", sesuatu yang fanatik aku kira.
Lagi beberapa hari lagi aku akan kembali ke UK dan bersatu semula dengan isteri yang ku tinggalkan sementara. Harap sebelum kembali aku sempat ke beberapa tempat yang lain di tanah Columbia moden ini.
I'm heading to the West Coast tonight. Hardly to do this, I left my wife alone in the house. We never stay apart, and this is the first time. One week will be the longest week for her I couldn't imagine. I hope Allah will grant her a strength. I hope everything will go well. And I hope the Pacific is as blue as it has been in my dream. I hope.
Semalam Abang Zahir dan Kak Ina ada buat birthday party untuk Luqman di rumahnya. Kebetulan 2 orang anak Abang Taufik, Farhan dan Iskandar baru disunatkan hari Jumaat lepas. Kiranya kenduri kesyukuran 2 orang budak ni pun disekalikan sama.
Ramai juga yang hadir. Saya dan isteri juga tak ketinggalan. Kami bawa Agar-agar Cocktail Pitfour Street. Makanan pun banyak, sampaikan tak sempat nak merasai semua. Kenyang sangat, Alhamdulillah. Minuman yang paling best kali ni adalah bandung cincau yang dah lama saya tak minum.
Alhamdulillah, it's two months now after 'Aku Terima Nikahnya'. They said it's a one big step. I do realize about that. So many things happen, so many things change. After all, half of my religion has been completed. I've gotta do a lot more for the other half.
I remembered that time. When we were on train heading to Luxembourg. In a hurry, we caught the train in the nick of time. Just a couple of minute before it departed. We left Paris without saying goodbye. That's what I had in mind. Apart from meal that we'd missed, not enough rest in quite expensive sleeping place, with shower room that didn't had any door or curtain. Not to mention, the nice twinkling smiles from the Eiffle Tower that lasting forever.
It's a very long journey. We had the outskirt scenery of Paris by the window. There was a huge field. Wheat field perhaps. Passing trough numbers of highway intersection. Sunny day in the mid of summer. Somehow its remind us about a country that we missed the most. That's one of the greatest moment that make me wanna go home...
Maaf tiada entri terbaru, dan juga maaf pada tag yang tak dijawab. Arus masa kehidupan ini berolak tidak menentu. Cuma, syukur yang tak terhingga dipanjatkan pada Penguasa Seluruh Alam. Tetap memberi nikmat untuk kehidupan ini diteruskan. Alhamdulillah.
Episod kali ini membawa penulis pulang ke Venice seketika. Jauh dari kesibukan dan keserabutan yang sebelum ini memenuhi ruang fikiran. Seharusnya mekanisma ini benar memandangkan masa yang teruntukan bagi pancaran yang seterusnya adalah lama. Kemunculan plasma itu terlalu singkat, persekitaran bukan hampagas, dan tiada apa dari luar yang cuba membantu untuk melestarikan keadaan terbabit. Jadi.... Er, maaf tak dapat memberi tumpuan tulis blog macam biasa. Selamat menonton...
Agak lewat sampai dirumah. Dan berehat sebentar sementara habis lelah. Sambil-sambil membalas mesej. Berbasikal di cerun City Road sememangnya menduga daya tahan kardiovaskular. Apatah lagi jika terlalu ingin cepat sampai. Kadar kayuhan seminit menjadi pembolehubah dan berkadaran dengan bilangan degupan jantung. Kesimpulan ringkas kiranya.
Ayam sudah dinyahbeku semenjak pagi. Serbuk kunyit berteman garam ditabur-tabur dan digaul agar bersalut. Lalu digoreng semoleknya. Bahan-bahan lain dikeluarkan. Dipotong-potong mana yang perlu. Telur dipecahkan dan dipukul-pukul rata bersama garam dan sayuran. Seketika kemudian, siaplah goreng dadarnya. Bahan lain ditumis dan dicampak-campak. Kicap diasak-asak keluar dari botol tempat diamnya. Dilempar-lempar ayam goreng agar ikut sama kedalam rendaman campuran kicap menggelegak kepanasan. Selang masanya tersiaplah hidangan pekat hitam berminyak berbawang itu.
Dan sedang ingin siap-siap mengatur menjamu menjamah selera malam yang kedinginan, tiba-tiba fikiran mengaduh menyentak. 'Nasi kamu belum tanak'.
Menyedarkan diri bahawasanya usia ini kian beranjak dan terus menganjak. Aduhai...
Permintaan Permintaan telah dibuat kira-kira dua minggu yang lepas. Perkhidmatan Dara pakej 3 untuk £14. Bagaikan tidak sabar menunggu. Ternanti-nanti siang dan malam. Sudah lama tidak berhubung-berinternet. Dah lama daah menanti....
Kesilapan Terdapat kesilapan pada alamat. Takut Dara masuk salah tempat. Lalu di hubungi, cuba dibetuli. Katanya okeh, akan tiba Sabtu ini. Tanpa sebarang permasalahan
Kecewa Sabtu tiba. Dara akan datang sekitar 8 pagi ke 1 tengah hari. Namun Dara yang ditunggu tak kunjung tiba. Hanya diri yang termanggu di terik mentari. Kenapa, apakah, bagaimana. Kecewa dan terus rasa kecewa.
Harapan Telah dihubungi sekali lagi. Katanya perkhidmatan Dara yang dipinta terus dibatalkan. Kerana barangkali kesilapan. Kakitangan baru menjawat jawatan. Belum asam garam permasalahan pelanggan. Tunggula esok tengah hari. Dara akan datang pasti. Maknanya, terus menunggu lagi.
p/s: maaf sudah lama tiada entri, internet belum disambungkan lagi. Tak terlambat rasanya untuk diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Hari ni rasa tak berapa sihat. Macam nak demam pun ada. Em, padahal dah demam sikit-sikit masa pergi Durham hari tu. Tapi mungkin sebab makan ubat, jadinya sembuh sekejap. Dah 2-3 hari ni dengan suhu yang tak menentu rasa macam demam tu nak datang balik. Stok ubat yang banyak-banyak tu ada tertinggal dalam stor lepas aktiviti punggah-memunggah. Nak beli ubat yang baru rasa macam malas pulak. Em, harapnya tak melarat sangat demam ni. Banyak kerja nak kena buat ni. Sepatutnya meeting dengan Material Research Group hari ni, tapi tunda ke hari esok. Penat bekejar lari cepat-cepat dari masjid tadi takut tak sempat.
Video backpacking haritu baru masuk hari ketiga, dan untuk kali ni ada 2 episod. Sila saksikan...
Pagi ini hujan agak lebat di luar. Plan asal untuk ke lab awal pagi saya tangguhkan dulu. Rugi juga sebenarnya. Lagipun semalam sudah load sample dan measurement pun sudah run. Basah kuyup juga kalau pergi waktu sekarang. Harapnya sekejap-sekejap lagi hujan berhenti.
Lutfi sedang dalam proses menyiapkan satu-persatu video-video backpacking haritu. Ada beberapa scene yang buat saya teringatkan kampung halaman. Sepanjang disana, di atas train dan dimana-mana, kami terutama saya dan Rosmin banyak bercerita serta bernostalgia tentang kehidupan dulu-dulu. Kami sama-sama dibesarkan di Kedah. Walaupun di lain-lain daerah, tapi latar kehidupan itu tidaklah banyak berbeza. Dulu-dulu yang dimaksudkan disini adalah kehidupan dimana duit itu 'bukan' menjadi perkara besar. Ya, kanak-kanak tidaklah memerlukan duit sangat. Bukanlah usia yang ditekankan disini. Tetapi corak kehidupan masa itu yang sangat berbeza.
Sumber makanan seperti sayur-sayuran di dapatkan secara percuma hanya di tepi-tepi atau belakang rumah. Kalau bukan di rumah sendiri, rumah jiran juga tidak kurang sumbernya. Di dapatkan secara percuma. Jiran bukanlah peniaga. Kalau siap masak, (sayur, kari etc) "hantarla semangkuk-dua" itu pesanan biasa. Itu belum dikira buah-buahan tempatan (jambu, mempelam, nangka dsb). Masing-masing memberi dan menerima seadanya. Lumrah hidup jiran tetangga.
Banyak lagi alkisahnya. Mungkin elok bersambung dilain masa.
Alhamdulillah... Hari ini saya berjaya menandatangani kontrak untuk kediaman baru. Itupun setelah agak lama mencari-cari, melihat-lihat di serata tempat dan ceruk. Bermacam-macam pengalaman saya kutip sepanjang 'flat hunting'. Ada ejen hartanah yang susah untuk di peroleh flat mereka. Walaupun untuk sekadar view. Ada yang dah berjaya view, bayar wang pendahuluan dan hampir-hampir pindah, tetapi akhirnya diberitahu sudah diambil orang dan berlaku kesilapan teknikal (alasan biasa saya kira). Antara yang paling teruk saya dapati adalah keadaan rumah yang berada di tingkat paling atas, kecil, sempit, kurang kemudahan, tetapi harganya bukan main tega. Sangat tidak berbaloi.
Saya tinggalkan dahulu 'permainan' flat hunting memandangkan seorang kenalan mengajak untuk tinggal bersamanya, berkongsi tiga orang serumah. Saya agak tertarik pada awalnya memandangkan banyak yang boleh dijimat. Dalam kedaan lega, saya tinggalkan Dundee untuk berjalan-jalan melihat-lihat tanah-tanih sekitar Eropah. Kepulangan yang saya nantikan agak hambar. Berlaku permasalahan antaran kenalan tersebut dengan tuan rumahnya sekarang. Dalam keadaan terpaksa, saya gagahkan diri mengumpul kekuatan mencari-cari kediaman yang baru. Flat hunting bermula lagi. Saya aturkan sekaligus beberapa flat yang ada potensi untuk di sewa. Pada pengalaman yang lepas, walaupun sudah berpuas hati dan hampir pasti pindah, masih ada kebarangkalian rumah itu diambil orang. Serik saya katakan.
Iklan di Gumtree agak menarik minat saya minggu lepas. Lekas saya hantarkan emel dan lekas juga saya menerima maklum balas. Mereka pasangan dari Latvia, baru berkahwin tetapi akan berpindah dan melanjutkan pengajian di Aberdeen. Jadi mereka terpaksa mencari pengganti supaya deposit yang dibayar sebelum itu dapat diperoleh kembali. Saya aturkan viewing hari Sabtu lepas dan rumah tersebut nampak menarik luar dan dalamnya. Harganya juga boleh dikatakan bagus. Lantas saya terus buat keputusan. Dan hari ini berjaya tandatangan kontrak.
Jika dikira-kira, kediaman yang akan datang ini adalah yang keenam selama saya di Dundee. Tay Mills-West Port-Blackness Street (1)- Blackness Street (2)-Seymour Street-Pitfour Street. Jarang-jarang orang berbuat begini dalam tempoh 2 tahun; sangat banyak dan singkat pula pada pendapat saya. Walaubagaimanapun, setinggi-tinggi perhargaan saya titipkan buat pemilik-pemilik istana hinggap di Blackness Street dan juga Seymour Street. Dengan ehsan kalian, pengembara ini dapat berlindung dari hujan panas serta kedinginan yang mencengkam.
Sang pengembara yang lalu-lalang Berkelana di pagi petang, hilang kala malam menjelang Jauh jauh kembara, tiba masa ia kan pulang Teruskan langkahmu, maju berjuang
Sedang saya melayari internet, tiba-tiba handphone nombor Maxis berdenting. Sms yang saya terima adalah dari Nasran. Roomate saya merangkap teman sepengajian di Pusat Pengajian Sains Fizik USM. Kami berkongsi bilik yang sama di era pengajian sessi 2004/2005. Lebih kurang lima tahun yang lalu. Saya lantas membuat panggilan.
Sudah lama saya tidak kedengaran berita darinya. Semenjak tahun lepas rasanya. Semasa Aidilfitri yang lalu saya sempat ke Kelantan, ke Pasir Mas. Tetapi saya tidak berkesempatan beraya dirumahnya. Saya hanya dapat berkunjung ke rumah Cikgu Asuar dan sempat tinggal dua hari satu malam. Yang saya ingat, cuti Aidilfitri yang lalu sangat singkat. Dan saya tidak berpeluang ke rumah kawan-kawan yang berdekatan kerana masing-masing telah kembali bertugas.
Nasran sekarang berada di Sarawak. Mengajar di sekolah pedalaman Kapit. Perlu naik perahu panjang setiap pagi ke sekolah. Dari apa yang diceritakan, dia gembira dengan apa yang dilakukan. Saya berbangga dengannya. Dan dari pendapatan yang dia peroleh, saya bersetuju ia berbaloi. Yang pastinya, pengalaman yang ditimba itu paling bernilai, tidak terbeli oleh wang ringgit.
Kalau di USM dulu, dialah yang banyak mengajarkan saya dialek Kelantan. Sesetengahnya agak pure dan jarang digunakan lagi terutama bagi orang yang tinggal di bandar. Saya pernah guna dan rupanya ada juga perkataan yang tidak diketahui oleh anak-anak muda Kelantan sendiri. Dia juga banyak mendedahkan saya dengan lagu-lagu dikir barat. Saya pernah ceritakan dalam coretan yang lepas.
Semua ini menjadikan saya terkenangkan kembali masa-masa lalu yang kami lewati. Menjalani kehidupan sebagai mahasiswa, bercerita kisah masa lalu, merancang-rancang tentang masa hadapan. Tidak pernah terlintas akan terjadi yang dia kini menjadi seorang pendidik, saya pula masih mencari ilmu dan kami terpisah oleh jarak ribuan batu. Dan kami masih memanggil diri masing-masing 'Mate'-singkatan kepada 'roommate' seperti selalu. Apa yang saya dapati, dia tetaplah Nasran yang saya kenal, seperti masa-masa yang lalu. Seolah-olah masa itu beredar dan memutarkan arus perjalanan kehidupan. Namun di satu daerah kecil, ada yang tetap tidak berubah, kekal sendiri tanpa terusik.
Saya baru lepas menyudahkan perbualan telefon dengan Zaquan. Dia baru tiba disini beberapa jam yang lalu. Sudah lebih sebulan dia di Mesir. Sudah merindui Mesir katanya. Rasa susah nak tinggalkan Mesir tambahnya lagi. Sebulan itu memang tempoh yang lama. Tidak terbanding dengan tempoh seminggu. Saya hanya berpengalaman sekali sahaja mengejar bas. Dengar kuliah juga sekali. Makan roti 'aish pun boleh dibilang dengan jari. Membeli belah pun takat berapa kadar. Melancong itu tidaklah dikira menjalani kehidupan di satu tempat. Saya rasa perbezaan itu memang ketara.
Well, I hope the Mediterranean Sea is still blue. Blue as it always been before, now and forever.