Monday 28 September 2009

Dara Yang Buat Hal

Permintaan
Permintaan telah dibuat kira-kira dua minggu yang lepas. Perkhidmatan Dara pakej 3 untuk £14. Bagaikan tidak sabar menunggu. Ternanti-nanti siang dan malam. Sudah lama tidak berhubung-berinternet. Dah lama daah menanti....

Kesilapan
Terdapat kesilapan pada alamat. Takut Dara masuk salah tempat. Lalu di hubungi, cuba dibetuli. Katanya okeh, akan tiba Sabtu ini. Tanpa sebarang permasalahan

Kecewa
Sabtu tiba. Dara akan datang sekitar 8 pagi ke 1 tengah hari. Namun Dara yang ditunggu tak kunjung tiba. Hanya diri yang termanggu di terik mentari. Kenapa, apakah, bagaimana. Kecewa dan terus rasa kecewa.

Harapan
Telah dihubungi sekali lagi. Katanya perkhidmatan Dara yang dipinta terus dibatalkan. Kerana barangkali kesilapan. Kakitangan baru menjawat jawatan. Belum asam garam permasalahan pelanggan. Tunggula esok tengah hari. Dara akan datang pasti. Maknanya, terus menunggu lagi.


*Dara itu Virgin

p/s: maaf sudah lama tiada entri, internet belum disambungkan lagi. Tak terlambat rasanya untuk diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

6 Comentários:

SeMiN said...

mcm kisah uda dan dara yang penuh nilai2 sastera :-)))

Khadijah said...

penat hang menanti si dara nooooo

Amri said...

Beritakan kepada ku sahabat, jika si dara sudah tiba.
Nanti kepergianku di tempatmu,
tidaklah aku bosan sekadar menjadi hamba.
dan dapatlah ku bermain dengan si dara.

*hamba = tukang potong bawang, sayur
*dara = juga ialah VirginMobile. Keke

Machina said...

SeMiN- Ehehehe...

ciktutor- tula pasai....

Am- dah ada dah.. ready ja bila nk guna

maz said...

Mahadi,
Experience hampir sama dulu. Bila call and complain, terus dapat 1 month free.. Dengarnya common problem dengan Dara ni..

Tapi ingat: jangan tertipu. Package offer untuk 1 tahun aje.. lepas tu package tu mengecil or harga naik..tanpa tanya.

Kk.M

Machina said...

maz-ok, thanks for the advice. =)

Post a Comment

Titipan Kata

'

  ©Kehidupan: Catatan Kembara. Template by Dicas Blogger.

TOPO