Sunday, 14 December 2008

Pulau Terasing

Di tengah samudera luas nan terbentang
Sebutir benih kasih tersemai
Disitu pepohon nyiur melambai-lambai
Buahnya muda, lebat
Airnya semanis madu, isinya putih suci
Di keteduhan bayang dedaunan aku berehat
Dari sinar sang suria yang setia memancar

Aku bisa seharian berlari
Berkejar-kejaran bersama ombak yang menghempas
Menghempas, membelai butiran pasir pantai yang memutih

Dan teman ku jua burung-burung laut silih menyinggah
Menghilangkan penat dan lelah
Seakan kisah yang tak sudah-sudah
Perjalanan seharian yang jauh dan panjang
Mereka bercerita tentang alam
Juga bingkisan kisah semalam
Hari ini kepastian tapi esok masih berbalam

Bayu laut berhembusan tika dinihari
Lembut menyapu pipi
Dalam buai terentang
Aku lewati mimpi-mimpi malam
Malam yang indah bertemankan gugusan bintang-bintang

Seirama sang fajar menyingsir dan sehening kabus berpadu
Berpadu dan menyatu
Dalam nuansa pagi penuh syahdu
Menyambut hadirnya hari baru



Thursday, 4 December 2008

Friends dan Salji



Friends

Semalam penulis tidak keluar pergi ofis. Kurang sihat. Berat sahaja kepala otak ini. Jadi untuk meringankan beban yang ditanggung ini, penulis meladeni DVD Friends yang 10 seasons itu. Sekarang sudah sampai season yang ke lapan. Untuk masa terluang yang semalam itu, penulis hanya sempat menggapai episod yang ke 20 sahaja. Jadi, usaha perlu dipertingkatkan, terutama hujung minggu ini sehingga semua episod penulis akan berjaya tawan. Terus berusaha!!!

Salji

Dalam 2-3 hari lepas banyak salji turun. Penulis sempat berkongsi detik itu bersama-sama beberapa teman melalui tayangan webcam percuma. Hari ini hujan pun ada joint salji turun. Dengan suhu yang meningkat skit dari paras beku, penulis nampak banyak banyak salji yang tewas dan cair. Tapi ada juga yang agak degil dan masih menempel di bumbung-bumbung kereta dan dijalanan. Pertembungan antara salji dan hujan memang melecehkan. Kalau suhu terus meningkat, salji akan tewas.

Waktu salji mula-mula turun dengan lebat hujung minggu lepas, penulis dan housemate adalah antara yang terawal sampai di Dudhope Park. Tiada apalah aktiviti yang terlibat melainkan ambil-ambil gambar, buat snowman, gelungsur-gelunsur. Di tengah-tengah minggu macam sekarang semua orang sibuk, penulis tiada kesempatan berbuat apa-apa pun melainkan melihat sahaja dari jauh orang-orang Durham memanfaatkan salji itu.

Thursday, 20 November 2008

Disini

Ya, aku disini. Coffee table itu penuh bising dengan suara-suara manusia yang sedang take a break. Student PhD di depan ini pula sedang sedang rancak bebual melalui VoIP. Mungkin dengan keluarganya. Tiada sepatah pun yang aku faham melainkan 'acha', yang bermaksud 'ya'. Baru pukul 4p.m., tapi malam sudah melabuhkan tirainya.

Aku mau pergi. Aku mau kembali. To the place that I belong. Ini masanya. Ini kesempatan itu. Masa ini kembali lagi. Mengambilku pergi. Lepas, bebas, melayang.

Esok ada meeting dengan supervisor. Jadi kena study lebih lagi.

Thursday, 6 November 2008

Demamm..

Entahla. Dengan suhu yang tak menentu ni, aku asyik diserang demam. Kadang-kadang teruk, kadang-kadang baik. Batuk pula makin menjadi-jadi. Kalau diberi pilihan...ah, aku tak ingin pulang. Kehidupanku disini masih baru bermula, jangan sampai dihancurkan. Aku mau menerawang ke dalam dunia ilmiah ku ini. Hanyut bersama teori-teori tentang field emission, electron, photon.

Ah, demam ini buat ku berfikir yang bukan-bukan. Meladeni fikiran waktu-waktu demam begini adakala menyesakkan.

Pagi sendiri

Petang sendiri

Malam sendiri

Makan sendiri

Tidur sendiri

Demam sendiri











Sandi housemateku yang seorang itu asyik tak lekat dirumah. Semalam pukul 4 pagi baru balik. Katanya, si Alona girlfriendnya itu juga demam tak terbangun. Patut malam tadi kami beramai-ramai pergi tengok pertunjukan bunga api. Tapi dalam demam-demam macam ni.

Sampai bila ya. Entahlah...

Tuesday, 4 November 2008

TAGGED

Aku di'tagged' seseorang. Yang asalnya ingin ku biarkan tanpa jawapan. Tapi, untuk sekali ini, aku terasa ingin memberi respon. Untuk sekali ini, barangkali.

1. What is the relationship of you and her/him?

Nyatanya, lebih dari seorang teman, sahabat, kawan

2. Your 5 impressions towards her/him.

Dingin, Realiti, Stress, Nyanyian, Tarian(latest)

3. The most memorable things she/he had done for you.

Lots. Terutamanya, ada bersamaku ketika aku ingin memulakan kehidupan baru di UK

4. The most memorable things she/he have said to you?

"I want to ****  *** in a *ar"

5. If she/he become your lover, you will…

Say that I'm not ready. (hahaha...) Never.

6. If she/he become your enemy, you will…

Tukar password Friendster, serang kepentingan kewangan, peribadi dan politik (heee...)

7. If she/he become your lover, she/he has to improve on…

Romance (work harder, do homework man)

8. If she/he become your enemy, the reason is…

Perubahan. Dia telah menjadi orang yang tidak aku kenali lagi

9. The most desirable thing to do on her/him is?

Merayau-rayau, shopping dan tengok wayang and exploring

10. The overall impression of her/him is…

There are no other place like home

11. How do you think the people around you will feel about you?

Easy goin

12. The character of you for yourself is?

Layman, ordinary character

13. On contrary, the character you hate of yourself is?

Character when I lost in the middle of nowhere

14. The most ideal person that you wanna be is?

The better part of myself apart of bad part, which is too ideal

15. For the people who care about and likes you, say something about them.

Mereka jua manusia biasa seperti aku yang juga biasa

16. Ten people to tag:

Nobody. Time to stop this tag

17. Who is no. 2 having a relationship with?

NA

18. Is no. 3 a male or a female?

NA

19. If no. 7 and no. 10 were together, would it be a good thing?

NA

20. How about no. 5 and 8?

NA

21. What is no. 1 studying about?

NA

22. Is no. 4 single?

NA

23. Say something about no. 6

NA

*NA (information is not avaiable)

Friday, 31 October 2008

Salam

Salamku pada padang rumput yang luas terbentang. Aku kan bisa berlari dan terus berlari di sini.

Salamku pada pohon-pohon rendang. Sekali-sekala aku bisa menumpang di keteduhan.

Salamku pada burung-burung terbang. Kicau kalian merdu, persinggahan kalian ku rindu.

Salamku pada langit biru dan kepulan-kepulan awan.

Salamku pada rama-rama, kupu-kupu, bunga-bungaan yang harum mekar.

Salamku pada kejernihan air dingin mengalir.

Salamku pada angin bayu yang memuput lembut bak sutera dewangga.

Aku kembali disini dan mau terus disini kalian.

Pada Ar-Rahman yang memandang, teguhkan dan tetapkan pendirian.

Thursday, 25 September 2008

Perjuangan Seterusya

Salam sejahtera para pembaca yang dimuliakan. Alhamdulillah, berkat dengan limpah kurniaNya, kita masih lagi diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan kita, hari demi hari, dalam dunia yang penuh dengan dugaan dan cabaran ini. Harapan penulis, semoga para pembaca sentiasa berusaha kearah yang terbaik, dalam apa jua yang diceburi, dimana jua anda berada. Ruh perjuangan itu jgn dibiar mati, walau semangat juang itu pasang dan surut, datang dan pergi.

Alhamdulillah, dengan rezeki yang dikurniakan, penulis telah berjaya menamatkan pengajian peringkat sarjana (MSc) dan kini telah pun berjaya memulakan pengajian peringkat PhD di institusi yang sama. Moga perjuangan seterusya yang lebih panjang, dan lebih mencabar ini dapat penulis hadapi dengan tabah, serta dipayungi bersama keimanan dan kesabaran.

Wahai pembaca diluar sana. Siapa jua diri anda, (kawan, teman, sahabat, senior, junior). Dimana jua anda berada (utara, selatan, timur, barat, Malaysia, Indonesia, Australia, UK, US, Ukrain). Biar apa pun perjuangan anda (pelajaran, pengajian, pengajaran, pekerjaan, percintaan). Dan biar apa jua cabaran anda, teruskanlah berjuang dalam kehidupan yang singkat ini. Halangan terbesar adalah diri sendiri. Maka, pujuklah diri, lembutkanlah hati, moga semangat kalian kental. Panjang umur, murah rezeki, insya'Allah bertemu kita dilain masa.

Wassalam.

Tuesday, 23 September 2008

Kembali

Dan bila tiba masanya, aku 'kan kembali

Menggamit memori

Mengimbau kisah silam

Kisah perjuangan

Yang memulai

Yang menerus

Yang melestari

Usai perjuangan demi perjuangan

Inilah kehidupan

Dan bila tiba masanya, aku 'kan pergi

Wednesday, 17 September 2008

Ombak-ombak Beralun

Dan bila tiba masanya, kehidupan ini pasti kan menempuhi alunan-alunan ombak. Alunan yang mungkin 'kan bisa membangunkan kita yang terbuai lena. Barangkali, lena dengan mimpi yang indah-indah. Barangkali juga suatu mimpi yang menakutkan.

Berjaga dan perhatikanlah sekeliling. Alam ini indah, dunia ini luas. Ombak-ombak yang menghempas ke pantai itu Sunnatullah. Hujan biasa turun dan biasa berhenti.

Dan teruskanlah perjalanan ini. Yang berkuasa itu Dia.

Friday, 12 September 2008

Lorong-lorong Pudar



Lorong-lorong pudar itu
Bukan buat yang hilang ketahuan
Buat yang ingin sendiri
Pudar cahayanya
Sikit cahaya dan kabus sirna cukup ‘tuk terus berjalan

Lewati memori silam
Sebuah kekuatan bersama ketenangan
Biar berkocak lautan sanubari
Dan badai menghempas
Bersama hembusan bayu datang dan pergi
Jiwa itu tetap disitu
Pejuang tak berhalang

Buat yang lupa pertempuran silam
Raga yang sering tewas dengan kehidupan
Jiwa tidak pernah mati sendiri
Mencari raga dalam arus masa yang beredar

'

  ©Kehidupan: Catatan Kembara. Template by Dicas Blogger.

TOPO