Friday 29 September 2006

Kompleks RST; Dulu & Sekarang

    Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu lagi kita dalam ruangan blog yang tak berapa best ni.
Sebagai insan yang antara terawal merintis dan menjejakkan kaki di ruang2 kosong desasiswa tekun pada penghujung November 2003, diri ini terpanggil untuk membicarakan serba-sedikit kisah RST dulu dan sekarang. Ruangan ini disediakan khas untuk tatapan mahasiswa/i & alumni usm secara amnya dan junior2 yang tinggal di RST khasnya.
    Secara ringkas, desasiwa tekun mula dibuka pada pembukaan semesterII sidang akademik 2003/04 pada penghujung November 2003 (dipanggil tekun je sebab restu ngan saujana tak dibuka lagi). Penghuni2 yang utama adalah terdiri daripada pelajar2 yang menginap di katil C(katil no3 bagi bilik berpenghuni 3 orang). Perpindahan adalah dilakukan secara paksa-rela(paksa sebab dapat surat kena pindah, rela sebab dah takde tempat lain dah nak menginap). Tanpa berbicara panjang lagi, marilah sama2 kita lihat perbezaan dulu dan sekarang(w/p baru je dekat 3 tawon).



1)(mula kat luar dulu)Simpang 4 dan lampu isyarat yang menghubungkan RST ke dalam usm belum dibina lagi. Yang ada di simpang tersebut ketika itu ialah divider semata-mata. Kalau nak masuk ke tekun kena amik U-turn kat sebelah tennis-court, sebelum sampai Pekaka. kini, U-turn tersebut tlah pun ditutup setelah persimpangan dibina.
kalau nak masuk usm plak, kena amik U-turn kat depan petronas. (memang susah hidup pada ketika itu adik2)



2)Oleh kerana tiada persimpangan, tiadalah lampu isyarat dan tiadalah lintasan pejalan kaki yang selamat. Setiap hari, perintis2 terpaksa bersabung nyawa melintas jalan yang terkenal antara jalan yang berbahaya dan kerap berlaku xcident. Masa tu jugak, kena tulis nama kat pondok pak guard kalu masuk ke tekun dengan menyeberang jalan.(almaklumla,kalu naik bas komuter memang lembab sgt2).



3)Kafe yang dibukak pada masa tu hanya 3 je. 1kafe melayu,1kafe chinese,1kafe jual air(Student malay memang pegi kafe melayu jer, so boleh dikatakan hanya ada 1kafe je untuk makan).Jenis lauk yang ada plak; lauk yang sama setiap hari.



4) Diingatkan bahawa pada ketika itu juga,deretan kedai area khaleel masih belum dibuka. Waktu kafe tak bukak kena pandai2 merantau mncari sesuap nasi.Kalu nak beli barang kena g sungai dua jugak lah.



5)Masalah komunikasi. Barangsiapa yang biliknya agak tersorok atau mengahadap bukit,alamatnya, tak dapat dihubungilah sebab kawasan liputan yang buruk.(tapi sib baik gakla sebab masa tu dapat bilik menghadap usm; line ok,nice view)
Public phone yang masih belum muncul pada ketika itu menghadkan lagi aktiviti berkomunikasi secara jarak jauh.



6)Laluan bas komuter usm; Bermula diluar depan gate rst (tmpat mnunggu bas yang asal),bas akan bergerak ke petronas,amik U-turn then baru masuk usm. pas masuk usm, bas akan menurunkan pelajar di tempat menunggu bas di  sebelah desasiswa kembara.Kalu nak balik plak, bermula di bus stop tadi, bas akan keluar dari usm dan amik U-turn kat sebelah tennis-court sebelum sampai Pekaka, then berenti kat tempat memula tadi.



7)jejantas belum wujud pada awalnya.Ia dibina hampir penghujung semester dan diketahui setelah notis tentang penutupan jalan bukit gambier ditampal disertai dengan kehadiran treler-treler yang membawa 3 batang struktur konkrit yang amat besar.Masa zaman pra-siap(tak siap sepenuhnya ler..), ada jugak student2 yang curi2 guna jejantas walaupun agak tak efisyen sebenarnya.



8)kat luar pagar pada awlnya memang takde grai makan, namun secara pelahan-lahan satu-persatu gerai diwujudkan bermula dengan burger, nasi lemak n char koey teow dan disebabkan takde permit dari pihak bandaran, gerai2 ni kerap disita dan diangkut saban malam.

9)Majlis penghuni desasiswa tak wujud, maka tak ada wakil dalam sukad, tot, dsb serta tiadalah tempat nak mengadu.(tapi still boleh mengadu kat sama2 rumet ataupun teman2 yang lain)



10)waktu malam kafe biasanya sunyi, kawasan yang agak meriah adalah kat tmpat lapang sebelah desa saujana atas yang tak berpenghuni.(penuh ngan couple2 bermadu kasih)



11)internet pun langsung takde masa tu, budak2 tekun hanya tau main game, tengok dvd and study hehe..



yang ni latest kot;



12) Masa dulu tak diwujud kan lagi palang ala sentuh-dan-pergi, so kalu
masuk lewat kena tulis nama,no matriks dan sebab lewat kat pondok jaga.
Jalan juga adalah dua hala dan pelajar boleh pusing2 rst melalui mana2
arah selagi minyak masih ada dlm tank.



Rasa2nya cukup kot setakat ni. maybe ad lagi tapi rasnya ini dah memadai...
Okla selamat berpuasa semua

3 Comentários:

Anonymous said...

saja nk tambah dulu info.. mungkin ko x merasai mende ni tu yg xde kt atas.. dulu gate sg2 yg bukak 24jam dan gate bukit gambir (gate mengadap tekun) tutup kul 11 mlm. so bila student yg balik lmbat kena nyorok masuk bwh jejantas yg tgh duk bina dan melintas jln utk balik atau kena pusing dari sg2. yg nyorok dan lintas akan di'sound' olh pak guard.

Anonymous said...

okies tq dzul kerana menambah.hampir terlupa plak yang tu sedangkan aku pun pnah kena sound ngan pak guard kerana melakukan kesalahan tersebut.maklumla balik dari meeting mestila lewat

Pakcu Sofi said...

wah..banyak beza tol tekun dulu dan sekarang berdasarkan penceritaan akak tu

Post a Comment

Titipan Kata

'

  ©Kehidupan: Catatan Kembara. Template by Dicas Blogger.

TOPO