Thursday 26 February 2009

Catatan Zaman Rebel

Ini merupakan salah satu karya silam yang penulis temui tersimpan kemas dalam kotak 'sent' e-mel yahoo.



Tak adiiiiiiiiiiiiill .Aku **** *** ***** ******* **** ****** ?(*sensored)


Bila kaca berderai seribu mampukah menghilang mereka tanpa rasa kecewa?
Setelah mentari muncul pagi, adakah lagi antara keduanya?
Kerana yang putih itu selalunya bersih, walaupun ia nyahtinjaan makhluk bergelar peliharaan?
Biarlah. Hidup ini sering begitu

Terkapai mencari sebuah noktah yang tak mungkin mudah
Memang benar esok itu masih ada
Tapi disebabkan itu mereka merana
Menghilang badai yang tiada bernyawa
Sempurnakah mereka tanpa semuanya
Tawa, hiba & putus asa
Cukupkah ia
Akan lengkapkah tanpanya
Sedangkan bunyinya sememangnya tidak
Berderau guruh menikam padu sukma
Penat aku sudah
Mencoretkan yang ntahapahapantah
Adakah tiada faedah
Aku semakin parah
Aaaaaaaaaah sudaaaah
Aku dah nak blah

(Monday, August 4, 2003 3:25:45 PM)


Terkadang, lucu juga membaca tulisan-tulisan yang sudah ini. Dapat dirasakan perubahan pemikiran masa itu dan jua kini. Teringat pula pada kejadian turunnya al-Quran secara beransur-ansur selama sekitar 23 tahun itu. Isi dan garapannya konsisten dan sangat membuktikan ia satu mukjizat yang terhasil bukan dari seorang makhluk melainkan dari Sang Pencipta jua.

14 Comentários:

Yla rahYla said...

Mahadi...
Bahasa itu terlalu tinggi untuk orang yang lampi macam Yla niey...
sewious...
terkesima beta...
ngeeeeeeeeeee...

Khadijah said...

Mahadi

'Kerana yang putih itu selalunya bersih, walaupun ia nyahtinjaan makhluk bergelar peliharaan?'
Binatang apa? hehehehe

Machina said...

Rahyla Rahmat-
komen itu juga terlalu tinggi, tidak layak untuk insan seperti saya

Machina said...

dijahsaad-
Ayam yang tidak sihat. Ayam b*rak kapur... Pernah lihat? he..

pali said...

Mahadi,

hang dah besar dah. Aku ada melihat kamu bersama teman-teman membesar selama 3 tahun di hadapan mataku ( uiks??). Aku yakin kamu mampu "berlari lebih tinggi~".

(tema lagi sheila on 7)LOL.

Machina said...

FaDhLi aTaRi-
haha...nih jiran yang selalu nmpak lalok ms kt desa harapan dulu. skrg tak dah, dah besaq.he....

Nur said...

mahadi,

ini sudah sah philosophy...:D

Machina said...

Nur-
philosophy apenye ni kak nur?

zuriamohd said...

ha..ha..ha..
maknanya sekarang dah tua kan?


kembali~

Amri said...

'Kerana yang putih itu selalunya bersih, walaupun ia nyahtinjaan makhluk bergelar peliharaan?'

Ulat sutera kah?

Machina said...

zuriamohd-
mana ada, tak tertulis pun.

Machina said...

Am-
wei, dah dinyatakan dalam jawapan komen kak dijah diatas.

Nur said...

philosophy sebab akak lansung tak paham entri ni...ayoyoyo...kamu ini, sentiasa sarat dengan makna!

:D

Machina said...

Nur-
=)

Post a Comment

Titipan Kata

'

  ©Kehidupan: Catatan Kembara. Template by Dicas Blogger.

TOPO