Cuti aritu
Perjalanan
penulis melewati hari demi hari pasca peperiksaan menemukan penulis dengan
berbagai ragam manusia dan peristiwa. Minggu cuti yang pertama dihabiskan
sepenuhnya tanpa berbaki dengan menghadiri kem perkhemahan tahunan KLKMUSM yang
bertempat di Kem Pengakap Sri Angkasa Sg. Lalang, Sg. Petani, Kedah.
(foto disebelah menunjukkan t-shirt annual kem)
Di kem inilah
penulis berkesempatan menyaksikan fenomena indah yang bakal tinggal dan kekal
segar dalam ingatan penulis.
Kejadian hujan
meteor yang tidak diketahui jadualnya oleh penulis memberikan kejutan yang
membuatkan penulis terkejut.
Satu meteor yang
sangat terang, melintasi ruang angkasa, membelah langit gelita serta
mencerahkan suasana untuk seketika.
Walaupun sebentar
cuma, kehadirannya cukup untuk membuatkan hati penulis terusik.
Ditambah pula
dengan kenyataan bahawa adapun manusia-manusia lain disekitar, mereka sekadar
memerhatikan gelagat penulis memandang ke langit tanpa mereka pun berbuat
demikian.
Walaupun untuk
ketika yang lain, masih juga terdapat kejadian yang sama, namun ia hanyalah cebisan-cebisan
kecil yang meteor yang muncul untuk beberapa mikrosaat, memberikan imej gurisan
pada permukaan langit dan tidak diendahkan oleh sesiapa.
Minggu seterusnya dan seterusnya pula dihabiskan untuk menyambung tugasan projek tahun akhir yang hingga kini masih belum selesai. Dalam pada itu penulis sempat menduduki peperiksaan radio amatur yang dijalankan di Kampus Kejuruteraan USM.
Di ketika cuti ini, penulis sekali lagi berkesempatan untuk menginap di desa tekun buat kali kedua. Ditemani pelajar-pelajar pjj yang menyesakkan seluruh kampus, hidup di tekun tidaklah terasa sunyi.
Ditambah pula dengan undangan yang diterima (sepertimana dalam iklan), penulis sempat mengunjungi pc fair serta pembukaan besar-besaran jusco di queensbay mall.Serta bermulanya pesta pulau pinang di tapak pesta sungai nibong.