Sunday, 17 September 2006

Kisah di satu pagi ahad

Ahad. Hari yang adakalanya dikhaskan sebagai 'hari untuk bangun lewat' bagi kebanyakan penghuni menara ilmu(usm) hatta menara-menara gading yang lain serta penghuni-penghuni dunia seluruhnya, pada amnya. Namun,  dunianya bukanlah seperti diatas. Seperti yang dirancang pada malam sebelumnya, aktiviti utama untuk pagi ini adalah trekking bukit jambul.Mesej yang diterima pada pukul 6.32 pagi daripada jai mengesahkan bahawa ia akan berlaku dalam masa beberapa minit sahaja dari sekarang.Setelah mempersiapkan diri secara ala kadar,kaki pun  menapak menyusuri bilik-bilik yang masih lagi gelap menuju ke bilik jai yang pada ketika itu masih terkial-kial bersiap.PEN yang siap sedia menunggu tuannya di parking lot seakan-akan tidak sabar dan bersemangat walaupun pada hakikatnya meter bacaan bahan api telah sampai pada tanda aras merah. Ditambah pula berat beban yang bertambah hampir 3 kali ganda, serta laluan berliku dan berbukit disepanjang perjalanan. Langkah yang bergaya dari permulaan pendakian terpaksa disumbangkan kerana teman sependakian mula mununjukkan simptom-simptom tercungap-cungap,keletihan,berpeluh dengan banyak dan langkah yang perlahan. Walaupun dugaan melanda disepanjang perjalanan, pucak bukit berjaya juga ditawan dan kesempatan yang ada digunakan untuk mengeksesaiskan diri menggunaan peralatan yang ada(kat harapan pon ada tapi selalu budak2 pompuan ja guna). Perjalanan turun pula dikejutkan dengan panggilan yang diterima dari bob yang mengajak untuk menghadirkan diri ke perjumpaan klana. Walaupun agak lewat, jadual pagi ini tetap diteruskan seperti asal.Lencongan dibuat menuju ke kedai nasi kandar subaidah untuk menikmati roti canai yang sedia menanti.Pagi ini menjadi bertambah ceria apabila jai mengofferkan diri untuk membayar bil di kaunter.(hehe)

2 Comentários:

Anonymous said...

Kena blanja ek? Bila nak blaja aku.

Anonymous said...

cayalah abg kelana

Post a Comment

Titipan Kata

'

  ©Kehidupan: Catatan Kembara. Template by Dicas Blogger.

TOPO