Raya
Jumaat 20 Oktober 2006
Kesunyian mula dirasakan tatkala penghuni-penghuni mula meninggalkan menara ilmu. Lantas, tanpa berfikir secara kritikal dan analitik, penulis mengemaskan beg pakaian dan bertolak selepas waktu asar.
Rempitan yang bergaya dimulakan merentasi jambatan P. Pinang yang agak sesak.Keadaan yang berjerebu tebal gagal memberi apa-apa petunjuk kepada penulis apa yang ada menunggu dihadapan. Disangkakan jerebu tebal di seluruh kawasan, rupanya hujan lebat pula menemani perjalanan.
Lebat, cukup lebat untuk menghalang sebarang pergerakan laju di lebuh raya utara-selatan. Walaubagaimanapun, perjalanan diteruskan bertemankan baju hujan sambil diiringi lagu-lagu pilihan yang didendangkan oleh pemain mp3. Ketibaan penulis di plaza tol Sg. Petani Selatan disambut dengan lambaian mesra pegawai-pegawai JPJ yang melakukan sekatan jalan. Jalinan mesra terjalin lebih erat lagi apabila penulis menunjukkan IC dan juga lesen memandu untuk memulakan perkenalan. Namun, ia agak hambar kerana penulis terpaksa beralu begitu sahaja sepertimana dipinta.Mungkin, mereka lebih berminat berkenalan dengan wanita sahaja.
Ahad 22 Oktober 2006
Seperti yang diwar-warkan sebelumnya, hari ini akan berlangsung majlis pemberian bantuan raya kepada pelajar ipt oleh YB MB perlis di dewan warisan. Maka dengan itu berduyun-duyunlah manusia dari segenap ceruk membanjiri perkarangan dewan. Walaupun menghadapi sedikit permasalahan dari segi pendaftaran, bilangan yang ramai, serta kewujudan 'pelajar' yang mengaku mengambil jurusan insuran(bukan student la ni), penulis serta rakan seperjuangan(Nasran-farmasi4) akhirnya berjaya mendapatkan bantuan terbabit walaupun sudah menjadi 1/4 dari nilai asal.
Isnin 23 Oktober 2006
Detik 12malam menyaksikan penulis dihujani bertalu-talu sms dari teman-teman yang ingin mengucapkan ulang tahun hari lahir yang ke 22. Tidak ketinggalan juga ucapan yang dihantar oleh Bank Islam yang telah siap diprogramkan oleh sistem komputer.
Selasa 24 Oktober 2006
Hari raya yang tipikal bagi rakyat Malaysia. Pagi di mulai dengan solat sunat aidilfitri, bermaaf-maafan sesama keluarga dan akhirnya ziarah-menziarahi rumah jiran tetangga.
Rabu 25 Oktober 2006
Penulis pulang ke kampung halaman di merbok, kedah untuk berkongsi kemeriahan hari raya bersama-sama teman sekampung.
Lokasi pertama adalah kediaman encik Salmi yang kini nampaknya sudah mempunyai anak saudara.Penulis ditemani oleh (bakal Dr) khairul untuk menjengah rumah yang seterusnya iaitu kediaman Muzaini(akaun3).Lokasi seterusnya yang dilewati ialah kediaman Ros/Anuar, Wani, Norin, Amir dan akhir sekali kak Aishah.
p/s:Thanks for those who wish for my 22nd birthday. I really apreciate that no matter when- upcoming, during or belated.
2 Comentários:
Wah, gi rumah kak aishah tu...
Betul ke lambaian mesra pegawai JPJ??? Dgn aku x der lambaian pon.
masa p rumah amet terserempak ngan keta merah sambil orang kat dalamnya melambai-lambai.Agak-agak ja kak aishah ada kat dalam.pastu yang kami p rumah dia.Oh ya,kami beraya naik keta anuar.dia jadi driver,aku ngan khairul jadi boss kat belakang.
JPJ lambai ngan torchlight merah, cahaya merah yang beralun-alun melambangkan kemesraan.heh..
Post a Comment
Titipan Kata