Tuesday, 17 April 2007
Monday, 2 April 2007
Moment That I Miss the Most: Introduction.
Saat berganti saat, minit berganti minit, hari berganti hari, bulan berganti bulan, semester bergati semester dan tahun berganti tahun. Kini, perjalanan penulis kian menghampiri garisan penamat. Garisan penamat yang bertulis "PERMULAAN". Permulaan kepada sebuah kisah baru. Sebuah perjuangan yang baru. Mungkin sebuah kehidupan yang penuh dengan liku-liku, dan dimulakan dengan keadaan ketakpastian (uncertainty state). Semestinya ketakpastian yang tidak mematuhi prinsip ketakpsatian Heisenberg (Heisenberg uncertainty principle).
Sebelum tersasar jauh dari tujuan asal, penulis ingin menegaskan bahawa tujuan ruangan "Moment That I Miss the Most" ini disediakan adalah untuk menceritakan beberapa perkara yang penulis rasakan telah meninggalkan kenangan yang mendalam pada diri penulis sepanjang bergelar mahasiswa di Universiti Sains Malaysia ini.
(Gambar: Pemandangan dari Desasiswa Tekun)
Posted by Machina at 19:11 1 comments
Labels: Kisahnya
Artigos Relacionados: