Moment That I Miss the Most: Introduction.
Saat berganti saat, minit berganti minit, hari berganti hari, bulan berganti bulan, semester bergati semester dan tahun berganti tahun. Kini, perjalanan penulis kian menghampiri garisan penamat. Garisan penamat yang bertulis "PERMULAAN". Permulaan kepada sebuah kisah baru. Sebuah perjuangan yang baru. Mungkin sebuah kehidupan yang penuh dengan liku-liku, dan dimulakan dengan keadaan ketakpastian (uncertainty state). Semestinya ketakpastian yang tidak mematuhi prinsip ketakpsatian Heisenberg (Heisenberg uncertainty principle).
Sebelum tersasar jauh dari tujuan asal, penulis ingin menegaskan bahawa tujuan ruangan "Moment That I Miss the Most" ini disediakan adalah untuk menceritakan beberapa perkara yang penulis rasakan telah meninggalkan kenangan yang mendalam pada diri penulis sepanjang bergelar mahasiswa di Universiti Sains Malaysia ini.
(Gambar: Pemandangan dari Desasiswa Tekun)
1 Comentário:
Walaupun aku biasanya tidak melihat permandangan ini (disebabkan masih berdengkur pada tika gambar ini diambil), but I kinda miss this. Looking throughout the window, try to figure out what my life is all about, dengan bunyi kereta yang tidak pernah putus... Yeah, one of the great moment in USM
Post a Comment
Titipan Kata