Melewati Hari-hari Terakhir
Minggu terakhir pembelajaran tidak sempat dinikmati sepenuhnya oleh penulis lantaran kesibukkan yang melanda bagaikan tiada noktahnya. Dalam pada menyiapkan pembetulan tesis untuk proses submit yang seterusnya sebelum viva, penulis sempat disergah oleh test pada hari semalam seterusnya membuatkan tumpuan penulis terhadap tesis tergendala buat beberapa ketika. Bagaimanapun, semuanya telahpun pulih seperti sediakala, malahan memberikan suatu impak yang baru apabila penulis hanya berkesempatan untuk berhirbenasi beberapa jam sahaja di kamar. Layanan yang diberikan oleh printer pihak berwajib juga adalah kurang memuaskan disebabkan ketaksamarataan dan pilih kasih dalam pencetakan antara hitam putih dan warna. Muka surat berwarna telah didiskriminasi dengan teruk apabila tiada satu pun yang berjaya melepasi printer dalam keadaan yang sempurna. Hal ini telah berjaya membuatkan penulis terfikir untuk berunding dengan pengusaha cc yang telah sedia menanti di deretan kedai di sungai dua. Walaubagaimanapun, parameter kos yang terlibat akan tetap dipantau bagi mengelakkan sebarang fluktuasi yang tak diingini dari berlaku.
2 Comentários:
dahsyat tul ayat....
ha ha
Post a Comment
Titipan Kata