I Still Remember..
Untuk kali ini, penulis ingin menceritakan kembali peristiwa yang pernah penulis alami semasa di tahun pertama dahulu. Tetapi untuk kali ini, buat pertama kali dalam sejarah Malaysia mencapai ulang tahun kemerdekaan yang ke 50, penulis akan menggunakan sepenuhnya kemahiran menggunakan loghat utara yang ada. Bagi penyampaian yang lebih efektif, kata ganti diri pertama 'aku' akan digunakan.Semuanya bermula disini...
Masa tu aku masih lagi fes yer, semester kedua. Dok kat tekun lepaih kena halau beramai-ramai dari desa lama. Dah nama fes yer,memang la tak tau sangat pasai pineng ni. Aku takdak lagi kenderaan rasmi, jadi, moto rumet aku yang kala biru tula jadi agen pengangkutan utama. Masa tu, rumet aku bukan orang lain, geng sekampung aku jugak, Lutfi-budak math. Nak jadi crita, hari tu, aku baru ja habih ekzem ZKE 106, elektronik 1. Cam besa, lepaih balik makan, kami singgah dulu bilik tv tekun. Bukan nak tengok tv, tapi nak chek jadual dalam surat habag the star. Dah tentula bukan jadual periksa ataupun jadual kuliah bulanan ustad Shamsuri, tapi jadual movie la. Belek punya belek, last2 kami cadang nak tengok crita cold mountain kat gurney. Masalahnya bukan apa, tayangan dia pukui 3, masa tu plak lebih kurang 2 stengah lbih. Gurney pun tak baghapa pasti sangat kat mana. Tapi yang pasti, gurney tu kat pineng gak la. Lpaih naik besiap, kami truih betolak. Main hentam ja. Masa tu memang fes taim la naik moto p sendiri2 lalu kot jalan bukit gambiaq. Nak kata susah tu dak sangat, pasai papan tanda ada. Tapi kes tlajak tu ada gak la skit2. Tapi dah naik moto ni senang la nak patah balik. Tak macam kreta, kelam klibut kalu tlajak pasai susah nak u-ten. Mula2 lalu jalan masjid negri memang bes la tengok pemandangan, teduh ja, lagipun sebab fes taim. Tapi lani rasa besa la pasai selalu dah duk guna.
Tapi yang tak bleh lupa bukan apa, kami sampai kat gurney lebih kurang dah pukui 3. Crita, kemungkinan dah stat la kan. Paih tu, dah nama fes taim, lepaih paking ja moto, kami truih belaghi-laghi masuk ikut dan ja. Dah parking kat gurney ni kat belakang, kami pun main bantai masuk ikut laluan kreta parking. Naik tingkat ataih pun guna laluan kreta gak. Nak try pi tengok jalan lain tak dan dah, tak mau tlepaih intro. Tapi seb baik gak la, kreta pun tak brapa ada masa tu, tapi jaga2 gak la kot2 kreta tak nampak dia main himpit ja. Ya la, laluan memang sempit la. Nak kata letih tak letih, ai lama gak ghasa dok pusing2 naik sampai ataih. Laih2 sampai gak la kat gsc tu bli tiket, paihtu truih masuk dalam. Ok gakla pasai masa baghu masuk tu eklan tak abih lagi. Dan la tengok trailer crita lain ngan tgok intro crita cold mountain sampai abih.
Crita tu nak kata best dak gak kalu bagi orang besa tengok. Tapi mungkin pasai pengalaman yang kena sebelum sampai panggung kot, tambah crita tu yang agak suram2 ja, bagi aku crita tu memang bes la.
Things that I still remember...