Lagu Untuk Encik Bush
Walaupun sudah sekian lama penulis tidak berkesempatan untuk mencoretkan barang sesuatu di ruangan ini dek kerana ke'bizi'an yang seperti kan tiada noktahnya, kali ini dikesempatan yang ada, penulis berhajat menitipkan sedikit coretan mengenai sebuah lagu yang pernah ditujukan khas untuk Encik Bush dari Cik(ketika itu) Avril Lavigne.
Adapun benarnya lagu ini sudah lama berada di pasaran malam dan internet semenjak 2003, namun tidak dapat dipastikan kewujudannya secara nyata di corong-corong radio apatah lagi di corong turas yang ada di makmal sains.
Lagu tersbut merupakan terjemahan secara peribadi penulis dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak sama ada berbentuk nyata ataupun tidak. Terjemahan pihak lain mungkin berbeza dan pihak penulis tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang kekeliruan diatas segala kemungkinan yang boleh berlaku.
Lagu asal berjudul Get Over It, dipersembahkan oleh Avril Lavigne.
********************************
Menelusuri turun ke bawah
Aku suka akan pemanduan
Tak tahu apa nak diputuskan
Kau telah menipuku
Kau memandang ke dalam mataku
Menyebabkan kejutan bagiku
Sekarang kau dah puas ati
Kau jerit padaku
La, la, la, la, la
Jangan berpaling
Ku letih dan bosan dengan rupamu
Jangan keruhkan lagi keadaan
Kau dah pun blah dan membuatkan ku tak keruan
Terlalu teruk, aku tak sedih
Ia dah membatu
Salah satu dari kesemua menda
Yang kau kena hadapi
Pabila ku rasa tertekan
Kau mula la nak mengada-ngada
Dan pastu ku dapati tanganmu meliputiku
Ni dah lebih ni
Kau memang tak senonoh
Tapi ia lebih baik dari yang kedengaran, percayalah aku
La, la, la, la, la
Jangan berpaling
Ku letih dan bosan dengan rupamu
Jangan keruhkan lagi keadaan
Kau dah pun blah dan membuatkan ku tak keruan
Terlalu teruk, aku tak sedih
Ia dah membatu
Salah satu dari kesemua menda
Yang kau kena hadapi
Hey, kau kena hadapi
Hey, kau kena hadapi
Terlalu teruk, aku tak sedih
Ia dah membatu
Salah satu dari kesemua menda
Yang kau kena hadapi
Jangan berpaling
Ku letih dan bosan dengan rupamu
Jangan keruhkan lagi keadaan
Kau dah pun blah dan membuatkan ku tak keruan
Jangan berpaling
Ku letih dan bosan dengan rupamu
Jangan keruhkan lagi keadaan
Kau dah pun blah dan membuatkan ku tak keruan
Terlalu teruk, aku tak sedih
Ia dah membatu
Salah satu dari kesemua menda
Yang kau kena hadapi
Kau kena hadapi
***********************
Walaupun agak menghairankan, maksud mesej yang cuba untuk disampaikan kepada pihak yang terlibat masih tidak keruan. Penulis juga ingin memohon maaf diatas ketidaksengajaan kekeliruan yang disengajakan...
Credits
http://lyrics.astraweb.com/display/495/avril_lavinge..unknown..get_overit.html
2 Comentários:
Ha ha ha. Aku gelak giler di atas terjemahan tersebut. Lagu untuk Bush? Weh, hang kan dah tahu lagu tu termixup dengan lagu2 perang yang lain. Ha ha
Part paling best:
'Kau mula la nak mengada-ngada
Dan pastu ku dapati tanganmu meliputiku
Ni dah lebih ni
Kau memang tak senonoh'
It's better than it sounds, belive me... he he
Oh baru ingat, lagu diatas ditujukan kepada encik Bush melalui album anti perang hasil sistem tangkap muat dan diperoleh di pasaran tidak cerah.
Post a Comment
Titipan Kata