Monday, 24 September 2007

Missing Pieces

Aku masih belum stabil sepenuhnya. Terasa demam diwaktu pagi, namun baik sebelah petangnya. Begitupun, rutin harianku masih berjalan seperti biasa. Iftar di Dundee Mosque, bertadarus, bertarawikh bersama-sama komuniti melayu Dundee.



Aku agak bernasib baik. Sehingga hari ini, aku belum lagi 'miss' untuk makan nasi. Mujur penganjur iftar di Dundee Mosque adalah terdiri dari majoriti komuniti Pakistan. Menu utama sememangnya nasi. Cuma adakala roti pita turut disediakan sebagai tambahan.



Sahurku disini agak tidak teratur. Sering sahaja terlepas. Pernah beberapa kali aku bercadang untuk memasak nasi goreng. Maka, malam sebelumnya aku akan memasak segengam dua beras basmati yang aku beli di Tesco. Namun, harapan tinggal harapan. Sama ada kesuntukan masa sebab terlewat ataupun aku langsung tidak sempat sahur langsung. Tinggal sendirian sememangnya agak sukar.



Sejak dilanda demam dan yang paling teruk pada hari sabtu lepas, fikiranku bertebaran jatuh entah kemana. Adakala aku nampak Bandar Georgetown, aku berada disana. Aku memandang sekitar Pulau Pinang dan Seberang Perai dari puncak Bukit Bendera. Aku merayau-rayau sekitar Taman Tun Sardon, di Jalan Pekeliling, di USM, Sungai Dua, Penaga. Aku juga nampak diriku ketika berada di Kolej Mara Kulim. Menjalani kehidupan disana. Sememangnya kehidupanku banyak bermula di situ. Dan banyak lagi tempat-tempat lain yang aku lewati.



Kepingan-kepingan ini jauh tersebar melepasi benua dan merentas masa. Aku cuba mengumpulkan sebahagian. Agak mustahil untuk aku kumpul semua sekaligus. Dan disini aku masih lagi berjalan, dan bersedia untuk berlari, berjuang.

3 Comentários:

Anonymous said...

Aaah, I know the feeling.

Anyway, kalo demam tak kebah, probably simptom yg aku pernah kena waktu kat matrix dulu. Berlaku disebabkan anak tekak hang membengkak. Minum la byk air dan keep on taking paracetamol and antibiotic. tanya la dr tu untuk confirmation ek.

Anonymous said...

wah madi..
best la bc catatan ko ni,
bole gak merasa hdp di ngr org mcmane ...
aku harap ko selalu sihat2 jer..ko kan kuat..

Anonymous said...

it seem that u r not ready to go there or sometimes maybe u r miss ur motherland so much.i'm so touching.u make me miss my old memories =]

Post a Comment

Titipan Kata

'

  ©Kehidupan: Catatan Kembara. Template by Dicas Blogger.

TOPO