The Munich Experience
Pemergian penulis ke Munich, Germany selama lima hari empat malam adalah bagi melakukan tugasan. Disamping membuat laporan, pembentangan juaga perlu diberikan pada awal Januari nanti. Penulis berasa bertuah kerana sebagai Warganegara Malaysia, visa tidak diperlukan bagi lawatan yang kurang dari 6 bulan. Rakan-rakan yang berasal dari India terpaksa bersusah payah memohon visa yang tamat pada hari terakhir kami di Munich.
Musim luruh menyambut ketibaan penulis di bumi Munich. Penulis serta rakan-rakan yang lain menginap di sebuah hostel di Olympia Park, di pinggiran Hauptbahnhof. Sistem pengangkutan disini adalah sama seperti di US dan negara-negara Eropah yang lain, namun semestinya berbeza dari apa yang diamalkan di UK wahimapun di Malaysia sendiri. Penulis adakala terkesima dengan kenderaan yang bergerak dalam arah yang bertentangan. Gerak-geri pemandu disini tidak sama seperti di UK yang boleh dikatakan sopan. Cara pemanduan mereka yang agak agresif dan mirip kepada pemandu-pemandu di Pulau Pinang.
Dek kerana tiada apa tugasan yang perlu dibuat pada hari pertama, penulis dan beberapa rakan yang lain bercadang untuk keluar berjalan-jalan ke bandar pada malam hari. Namun, tiada apa yang membuatkan penulis teruja melainkan apabila menyaksikan butiran-butiran salji berterbangan dan mulai jatuh ke tanah. Musim sejuk sedang mengambil tempat yang asalnya disandang oleh musim luruh. Butiran-butiran yang asalnya sedikit mulai bertambah dan dirasakan seperti ribut salji sedang melanda. Dalam satu malam, seluruh kawasan telah dilitupi salji. Kedinginan amat mencengkam di luar...
*may be/not continued