Tuesday 6 October 2009

Housewarming, Open House dan Selagi ada Pertemuan

Hujung minggu lepas cepat berlalu. Antara sedar dan tidak, rumah yang selama ini sepi diterjah beramai-ramai warga Melayu Dundee.

Sudah lama sebenarmya kepingin buat housewarming dan open house. Kebetulan Rosmin baru selesai presentation, dan Lutfi pulak baru selamat sampai UK. Lantas saya merisik-risik dan bertanya-tanya. Rosmin terus setuju. Kalau saya seorang buat sendiri-sendiri, rasanya agak mustahil. Barang masakan apa yang mahu disediakan sebagai hidangan. Kalau hidangan sekadar makan dua tiga orang itu biasa tidak ada masalah. Kalau sekampung sebegini belum pernah ada pengalaman.

Kehadiran Rosmin saya kira sebagai bahtera penyelamat. Ketika ditanya tentang menu, saya awalnya tiada idea. Mungkin barangkali sudah lama tidak makan nasi ayam, maka dengan itu saya kemukakan sebagai cadangan. Rosmin kata, tiada masalah. Cuma beri angaran berapa orang. Saya bertanya juga pada Kak Khamsah dan Kak Ika jumlah bilangan. Katanya, elok dibuat untuk 40-50 orang. Jumlah yang mencukupi untuk komuniti kecil Melayu Dundee.

Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Ramai juga hadir. Ramai juga ikut serta sumbangkan makanan. Terima kasih saya titipkan buat Helmi, Amal B, Liyana G, Kak Nor, Kak Ika, Kak Khamsah, Kak Aeni, Kak Fa serta Ustaz Nizam yang sama-sama menyumbang. Rosmin juga sponsor sepenuhnya desserts yang dia sediakan sendiri. Puding roti yang nampak simple tetapi sangat sedap.

Walaupun dalam perkiraan, makanan yang disediakan sepatutnya cukup, tetapi barangkali ramai yang menambah sebab itu ayam habis kesemuanya. Mujur juga ada yang tidak hadir. Jikalau kesemuanya hadir, pasti sekali ayam tidak cukup. Dan ramai yang bising-bising. Saya tidak salahkan sesiapa. Rosmin memang masak sedap. Sangat tidak hairan.

Ribuan terima kasih saya lampirkan untuk Rosmin, juga Lutfi. Apalah majlis hari itu tanpa kalian. Sesekali terimbau juga kenangan kami merantau backpacking bersama-sama ke Europe tempoh hari. Buat Rosmin lagi yang akan berangkat pulang sikit hari lagi, jumpa nanti di Malaysia. Jumpa nanti di utara, di Kedah, di Pulau Pinang, di kedai nasi kandar, di kampung, di tengah bendang-selut atau dimana-mana. Selagi ada pertemuan.

IMG_3935r

IMG_3940r

IMG_4030r

IMG_4054r

IMG_4061r

IMG_4083r

IMG_4090r

IMG_4091r

IMG_4102r

IMG_4117r

IMG_4208r

IMG_4213r

IMG_4137r

3 Comentários:

SeMiN said...

Layanan tuan rumah yg tip top... jgn serik2 jemput org Durham pi sana lagi nanti..hhahhaha... sahabat kat Dundee pun semua bagus2... untung tuan rumah hahaha...
jgn lupa pelan kita kat bumi bertuah nanti.... kita pekena cendol pulut la pulakkk :-))

Machina said...

Mai la bila-bila pun. Insya'Allah, jmpa nanti...

kak Ngah said...

wah..besnye..
nti da blk mesia,jgn lupe jemput aku,ye..hehe

Post a Comment

Titipan Kata

'

  ©Kehidupan: Catatan Kembara. Template by Dicas Blogger.

TOPO