Thursday, 20 May 2010

Di Persisiran Barat

Ini hari kelima aku di San Jose, salah satu kota di Persisir Barat tanah Columbia. Ibu kota kepada Lebuh Silikon. Perteduhanku di Arena Hotel, berhampiran Ibu Pejabat Adobe System. Juga berhampiran tempat persidangan.

Cuaca disini baik. Agak dingin. Seperti keadaannya di Cameron Highland, tanpa kehadiran kabus. Jalan-jalan raya disini luas, sangat berbeza jika dibandingkan dengan jalan-jalan di UK. Mungkin bandar ini dibangunkan dengan rapi dan terancang. Dan tidak hairanlah orang-orang disini menggunakan kereta yang besar-besar belaka. Tiada masalah dengan ruang.

Mereka menggemari liga hoki ais. Agak fanatik juga berdasarkan pemerhatianku. Boleh dikatakan hampir setiap tempat menunjukkan sokongan terhadap pasukan San Jose Sharks. Termasuklah di restoran-restoran, bas-bas yang mempamerkan "This is Shark Territory". Dan paparan elektronik yang melirikkan naik turun bursa saham juga diselitkan dengan "Go Shark", sesuatu yang fanatik aku kira.

Lagi beberapa hari lagi aku akan kembali ke UK dan bersatu semula dengan isteri yang ku tinggalkan sementara. Harap sebelum kembali aku sempat ke beberapa tempat yang lain di tanah Columbia moden ini.

2 Comentários:

Raisah @ echah said...

knp ditinggalkan isterimu itu?

Am said...

Gambar!!
Jeles jeles

Post a Comment

Titipan Kata

'

  ©Kehidupan: Catatan Kembara. Template by Dicas Blogger.

TOPO