Turun London: Episod 1- Akan adakah sambungan kedua?
Entahlah musim, apalah cuaca. Sekarang, sepatutnya dah pun musim bunga.
Dan, dah banyak pun yang kembang mekar berseri. Tapi, dalam sehari dua ini
salji asyik turun. Walaupun sekejap-sekejap, tapi tiada jemu. Benarlah kata
student-student bujang di Fleuchar Street itu. “Tahun lepas, snow turun masa
bulan 3”, masih lagi bermain difikiran kata-kata Nizam beberapa bulan lalu.
Esok aku akan ke London. Buat pertama kali aku akan kesana. Walaupun pernah
berada beberapa ketika disaat didalam Lapangan Terbang Heathrow, menunggu
penerbangan transit ke Edinburgh dulu. Tapi aku bagaikan terpenjara, tidak
boleh keluar, tidak boleh ambil gambar. Jadi, itu tidak dikira.
Tiket Dundee-London baru ku tempah malam tadi. Aku perlu bertolak
limun-limun pagi lagi. Mengikut jadual, bas akan mula berlepas pukul 6.05pagi.
Tetapi tidak apa. Sekarang Subuh semakin awal. Mengikut jadual hisab Dundee
Central Mosque, esok Subuh bermula pada 3.45pagi! Dan tamat pada 5.58pagi!
Maksudnya, bas bertolak selepas fajar menyinar cahayanya. Bukan awal pagi
maknanya. Malam ini aku perlu tidur awal. Lagipun, perjalanan ke London
menggunakan bas sangat lama. Hampir 12 jam! Jadi, boleh qada tidur dalam
perjalanan.
Destinasi pertama, aku akan ke Essex terlebih dahulu. Membuat kunjungan
balas Khairi yang bertandang tempoh hari. Menyusahkan hidup dia seketika, suruh
dia tunjuk tempat-tempat menarik, dan ajar dia jadi jurukamera yang setia. Aku
percaya dia akan dapat lakukan dengan baik, kerna aku sudah buktikan yang aku
boleh lakukannya ketika dia berkunjung tempoh hari. Ah, seakan-akan kunjungan
balas dendam pula.