Checkpoint
Pantasnya masa berlalu. Antara sedar dan tidak, sudah enam purnama penulis
bernafas, berjalan dan berlari di bumi Dundee ini. Sudah setengah tahun dan
juga bermaksud sudah separuh perjalanan. Tinggal lagi separuh untuk dihabiskan.
Dan apa yang akan berlaku selepas itu, penulis masih belum punyai sebarang
kepastian. Biarpun perancangan tetap ada atas nama usaha. Tetapi sebagai
hambaNYA, tetap tertakluk pada ketentuan.
Jika dirumuskan seracara ringkas, terdapat tiga fasa transisi semenjak hari
pertama penulis mula menjejak kaki buat pertama kali di negara orang. Ketika
itu adalah penghujung musim panas, pertukaran ke musim luruh. Fasa pertama
menyaksikan penulis agak bergelut dalam ketidakpastian serta penyesuaian berada
di tempat baru. Ketidakpastian dikaitkan dengan sedikit konflik berkaitan
kursus yang bakal dipelajari yang turut sama melibatkan hal penajaan.
Penyesuaian pula lebih kepada pengurusan emosi kendiri, ‘settle-down’ di
persekitaran hidup yang baru.
Fasa kedua pula lebih kepada adaptasi kehidupan secara beransur-ansur.
Walaupun begitu, penulis akui agak ‘lost’ sedikit dalam usaha memantapkan
diri secara berterusan. Tambahan pula, ketika itu tugasan semakin kerap dan
adakala seperti hampir tiada masa untuk menikmati hidup ini. Dan pada fasa
ketiga ketiga lebih mencabar dek kerana kehadiran beberapa plot kehidupan yang
lansung tidak dijangka. Dengan segala rahmatNYA yang ada, penulis bersyukur diberi
kekuatan menghadapi peperiksaan buat kali terakhir sekian kalinya, walaupun
diiringi demam yang tak menentu. Diharapnya, keputusan yang bakal diperoleh nanti
memberikan suatu momentum yang baru untuk diri penulis menghabiskan lagi
separuh kehidupan yang tertinggal.
1 Comentário:
6 months more mahadi...
u should write a lil bit more as well:)
Post a Comment
Titipan Kata