Thursday, 25 September 2008

Perjuangan Seterusya

Salam sejahtera para pembaca yang dimuliakan. Alhamdulillah, berkat dengan limpah kurniaNya, kita masih lagi diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan kita, hari demi hari, dalam dunia yang penuh dengan dugaan dan cabaran ini. Harapan penulis, semoga para pembaca sentiasa berusaha kearah yang terbaik, dalam apa jua yang diceburi, dimana jua anda berada. Ruh perjuangan itu jgn dibiar mati, walau semangat juang itu pasang dan surut, datang dan pergi.

Alhamdulillah, dengan rezeki yang dikurniakan, penulis telah berjaya menamatkan pengajian peringkat sarjana (MSc) dan kini telah pun berjaya memulakan pengajian peringkat PhD di institusi yang sama. Moga perjuangan seterusya yang lebih panjang, dan lebih mencabar ini dapat penulis hadapi dengan tabah, serta dipayungi bersama keimanan dan kesabaran.

Wahai pembaca diluar sana. Siapa jua diri anda, (kawan, teman, sahabat, senior, junior). Dimana jua anda berada (utara, selatan, timur, barat, Malaysia, Indonesia, Australia, UK, US, Ukrain). Biar apa pun perjuangan anda (pelajaran, pengajian, pengajaran, pekerjaan, percintaan). Dan biar apa jua cabaran anda, teruskanlah berjuang dalam kehidupan yang singkat ini. Halangan terbesar adalah diri sendiri. Maka, pujuklah diri, lembutkanlah hati, moga semangat kalian kental. Panjang umur, murah rezeki, insya'Allah bertemu kita dilain masa.

Wassalam.

Tuesday, 23 September 2008

Kembali

Dan bila tiba masanya, aku 'kan kembali

Menggamit memori

Mengimbau kisah silam

Kisah perjuangan

Yang memulai

Yang menerus

Yang melestari

Usai perjuangan demi perjuangan

Inilah kehidupan

Dan bila tiba masanya, aku 'kan pergi

Wednesday, 17 September 2008

Ombak-ombak Beralun

Dan bila tiba masanya, kehidupan ini pasti kan menempuhi alunan-alunan ombak. Alunan yang mungkin 'kan bisa membangunkan kita yang terbuai lena. Barangkali, lena dengan mimpi yang indah-indah. Barangkali juga suatu mimpi yang menakutkan.

Berjaga dan perhatikanlah sekeliling. Alam ini indah, dunia ini luas. Ombak-ombak yang menghempas ke pantai itu Sunnatullah. Hujan biasa turun dan biasa berhenti.

Dan teruskanlah perjalanan ini. Yang berkuasa itu Dia.

Friday, 12 September 2008

Lorong-lorong Pudar



Lorong-lorong pudar itu
Bukan buat yang hilang ketahuan
Buat yang ingin sendiri
Pudar cahayanya
Sikit cahaya dan kabus sirna cukup ‘tuk terus berjalan

Lewati memori silam
Sebuah kekuatan bersama ketenangan
Biar berkocak lautan sanubari
Dan badai menghempas
Bersama hembusan bayu datang dan pergi
Jiwa itu tetap disitu
Pejuang tak berhalang

Buat yang lupa pertempuran silam
Raga yang sering tewas dengan kehidupan
Jiwa tidak pernah mati sendiri
Mencari raga dalam arus masa yang beredar

Wednesday, 10 September 2008

Setahun



Hari ini genap setahun penulis berada di berada di bumi Dundee ini. Alhamdulillah... pengajian peringkat master telah dapat diselesaikan. Keputusannya pun sudah dapat. Sekarang cuma menunggu masa untuk memulakan pengajian peringkat PhD. Yang tentunya, semestinya lebih tough. Berikut disertakan disini 10 alasan kenapa penulis tidak update blog.

1. Sudah lama tidak update blog, hampir-hampir lupa cara penulisan yang biasa digunakan

2. Idea banyak. Banyak yang nak dicoretkan. Tapi tak pernah direalisasikan. Lalu idea-idea ini hilang bersahaja ditiup angin yang menghembus.

3. Banyak klip-klip video yang baru di-upload di YouTube setiap detik dan ketika. Terleka menela'ah satu persatu.

4. Pengalaman pertama tinggal dengan housemate yang punya koleksi DVD yang sangat banyak. Sukar untuk mengatakan "tidak" kepada lamabaian mesra rak DVD itu.

5. Melayan-layan buku-buku berkonsepkan cerita mengarut dan juga buku-buku motivasi.

6. Terlalu leka dan tersangkut kat blog orang lain sampai mengabaikan blog sendiri (kesian my blog)

7. Ada commitment lain yang kadang-kadang ‘on-call'.

8. Sudah ada kerjaya sambilan (masih peringkat training, tapi tak bleh bagitau kat sini).

9. Masa terluang digunakan sebaik mungkin untuk beristirahat a.k.a tido. Mengaplikasi sebaik mungkin kata-kata Cikgu Noora SMK Merbok 6 tahun lalu -"time study, study betul-betul, time cuti, cuti betul-betul". (sekarang dah abis master, blum stat PhD lagi, kira cuti la tu...).

10. Alasan yang interaktif. Sila fikir ikut kreativiti sendiri. Selamat mencuba





'

  ©Kehidupan: Catatan Kembara. Template by Dicas Blogger.

TOPO