Monday, 28 September 2009

Dara Yang Buat Hal

Permintaan
Permintaan telah dibuat kira-kira dua minggu yang lepas. Perkhidmatan Dara pakej 3 untuk £14. Bagaikan tidak sabar menunggu. Ternanti-nanti siang dan malam. Sudah lama tidak berhubung-berinternet. Dah lama daah menanti....

Kesilapan
Terdapat kesilapan pada alamat. Takut Dara masuk salah tempat. Lalu di hubungi, cuba dibetuli. Katanya okeh, akan tiba Sabtu ini. Tanpa sebarang permasalahan

Kecewa
Sabtu tiba. Dara akan datang sekitar 8 pagi ke 1 tengah hari. Namun Dara yang ditunggu tak kunjung tiba. Hanya diri yang termanggu di terik mentari. Kenapa, apakah, bagaimana. Kecewa dan terus rasa kecewa.

Harapan
Telah dihubungi sekali lagi. Katanya perkhidmatan Dara yang dipinta terus dibatalkan. Kerana barangkali kesilapan. Kakitangan baru menjawat jawatan. Belum asam garam permasalahan pelanggan. Tunggula esok tengah hari. Dara akan datang pasti. Maknanya, terus menunggu lagi.


*Dara itu Virgin

p/s: maaf sudah lama tiada entri, internet belum disambungkan lagi. Tak terlambat rasanya untuk diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Wednesday, 9 September 2009

Nak Demam

Hari ni rasa tak berapa sihat. Macam nak demam pun ada. Em, padahal dah demam sikit-sikit masa pergi Durham hari tu. Tapi mungkin sebab makan ubat, jadinya sembuh sekejap. Dah 2-3 hari ni dengan suhu yang tak menentu rasa macam demam tu nak datang balik. Stok ubat yang banyak-banyak tu ada tertinggal dalam stor lepas aktiviti punggah-memunggah. Nak beli ubat yang baru rasa macam malas pulak. Em, harapnya tak melarat sangat demam ni. Banyak kerja nak kena buat ni. Sepatutnya meeting dengan Material Research Group hari ni, tapi tunda ke hari esok. Penat bekejar lari cepat-cepat dari masjid tadi takut tak sempat.

Video backpacking haritu baru masuk hari ketiga, dan untuk kali ni ada 2 episod. Sila saksikan...



Thursday, 3 September 2009

Pagi ini

Pagi ini hujan agak lebat di luar. Plan asal untuk ke lab awal pagi saya tangguhkan dulu. Rugi juga sebenarnya. Lagipun semalam sudah load sample dan measurement pun sudah run. Basah kuyup juga kalau pergi waktu sekarang. Harapnya sekejap-sekejap lagi hujan berhenti.

Lutfi sedang dalam proses menyiapkan satu-persatu video-video backpacking haritu. Ada beberapa scene yang buat saya teringatkan kampung halaman. Sepanjang disana, di atas train dan dimana-mana, kami terutama saya dan Rosmin banyak bercerita serta bernostalgia tentang kehidupan dulu-dulu. Kami sama-sama dibesarkan di Kedah. Walaupun di lain-lain daerah, tapi latar kehidupan itu tidaklah banyak berbeza. Dulu-dulu yang dimaksudkan disini adalah kehidupan dimana duit itu 'bukan' menjadi perkara besar. Ya, kanak-kanak tidaklah memerlukan duit sangat. Bukanlah usia yang ditekankan disini. Tetapi corak kehidupan masa itu yang sangat berbeza.

Sumber makanan seperti sayur-sayuran di dapatkan secara percuma hanya di tepi-tepi atau belakang rumah. Kalau bukan di rumah sendiri, rumah jiran juga tidak kurang sumbernya. Di dapatkan secara percuma. Jiran bukanlah peniaga. Kalau siap masak, (sayur, kari etc) "hantarla semangkuk-dua" itu pesanan biasa. Itu belum dikira buah-buahan tempatan (jambu, mempelam, nangka dsb). Masing-masing memberi dan menerima seadanya. Lumrah hidup jiran tetangga.

Banyak lagi alkisahnya. Mungkin elok bersambung dilain masa.

***

Hujan pun makin berhenti, elok juga siapkan diri.




Tuesday, 1 September 2009

Alhamdulillah...

Alhamdulillah... Hari ini saya berjaya menandatangani kontrak untuk kediaman baru. Itupun setelah agak lama mencari-cari, melihat-lihat di serata tempat dan ceruk. Bermacam-macam pengalaman saya kutip sepanjang 'flat hunting'. Ada ejen hartanah yang susah untuk di peroleh flat mereka. Walaupun untuk sekadar view. Ada yang dah berjaya view, bayar wang pendahuluan dan hampir-hampir pindah, tetapi akhirnya diberitahu sudah diambil orang dan berlaku kesilapan teknikal (alasan biasa saya kira). Antara yang paling teruk saya dapati adalah keadaan rumah yang berada di tingkat paling atas, kecil, sempit, kurang kemudahan, tetapi harganya bukan main tega. Sangat tidak berbaloi.

Saya tinggalkan dahulu 'permainan' flat hunting memandangkan seorang kenalan mengajak untuk tinggal bersamanya, berkongsi tiga orang serumah. Saya agak tertarik pada awalnya memandangkan banyak yang boleh dijimat. Dalam kedaan lega, saya tinggalkan Dundee untuk berjalan-jalan melihat-lihat tanah-tanih sekitar Eropah. Kepulangan yang saya nantikan agak hambar. Berlaku permasalahan antaran kenalan tersebut dengan tuan rumahnya sekarang. Dalam keadaan terpaksa, saya gagahkan diri mengumpul kekuatan mencari-cari kediaman yang baru. Flat hunting bermula lagi. Saya aturkan sekaligus beberapa flat yang ada potensi untuk di sewa. Pada pengalaman yang lepas, walaupun sudah berpuas hati dan hampir pasti pindah, masih ada kebarangkalian rumah itu diambil orang. Serik saya katakan.

Iklan di Gumtree agak menarik minat saya minggu lepas. Lekas saya hantarkan emel dan lekas juga saya menerima maklum balas. Mereka pasangan dari Latvia, baru berkahwin tetapi akan berpindah dan melanjutkan pengajian di Aberdeen. Jadi mereka terpaksa mencari pengganti supaya deposit yang dibayar sebelum itu dapat diperoleh kembali. Saya aturkan viewing hari Sabtu lepas dan rumah tersebut nampak menarik luar dan dalamnya. Harganya juga boleh dikatakan bagus. Lantas saya terus buat keputusan. Dan hari ini berjaya tandatangan kontrak.

Jika dikira-kira, kediaman yang akan datang ini adalah yang keenam selama saya di Dundee. Tay Mills-West Port-Blackness Street (1)- Blackness Street (2)-Seymour Street-Pitfour Street. Jarang-jarang orang berbuat begini dalam tempoh 2 tahun; sangat banyak dan singkat pula pada pendapat saya. Walaubagaimanapun, setinggi-tinggi perhargaan saya titipkan buat pemilik-pemilik istana hinggap di Blackness Street dan juga Seymour Street. Dengan ehsan kalian, pengembara ini dapat berlindung dari hujan panas serta kedinginan yang mencengkam.

Sang pengembara yang lalu-lalang
Berkelana di pagi petang, hilang kala malam menjelang
Jauh jauh kembara, tiba masa ia kan pulang
Teruskan langkahmu, maju berjuang


'

  ©Kehidupan: Catatan Kembara. Template by Dicas Blogger.

TOPO