Thursday, 30 April 2009

Boling, Picisan Jalan Pekeliling

Sudah lama tidak main boling. Semalam, lepas asar aku jumpa Zaquan di luar masjid. Dia ajak main boling kalu free lepas maghrib karang. Maknanya, dalam lingkungan pukul 9 lebih sebab hari ni matahari terbenam pukul 8.54pm.
Aku on je. Memang agak lama teringin nak main boling. Tapi belum berkesempatan. Juga dengarnya kat sini agak mahal bayarannya.

Kitorang main kat Dundee Megabowl. Tak jauh sangat pun dari rumah. Drive tak sampai 15 minit dah sampai. Kitorang pinjam kereta merah Ustaz Amin yang lama tu. Amal pun join sekali. Dia antara yang selalu gak main.

Nama pun dah lama tak main. Kalau kira-kira campur tolak darab bahagi, dekat dua tahun jugak tak merasa pegang bola boling. Skill yang dulu-dulu entah kemana menghilang. Mula-mula cuma nampak skill longkang. Bayaran ok, sebab ada student card dapat 2 pound untuk 1 game, menjadi kan 6 pound untuk 3 games keseluruhan. Tak la mahal sangat sebenarnya.

Memang dah agak. Skill longkang menjadi-jadi pada peringkat awal. Amal yang selalu main tu pun sama. Mungkin trick dia. Atau maybe sebab tengah warm up lagaknya. Tapi Zaquan agak menyerlah. Dua-tiga kali jugak strike.

Bila main boling ni, teringat sangat masa last time main. Dengan Abang Zubir dan geng-geng RU Jalan Pekeliling. Sebelum tu pun selalu main dengan diorang. Apek (salah seorang antara yang paling pro) banyak ajar aku perbaiki cara baling sampaikan ada satu game tu aku dapat banyak strike. Dan tak silap aku, dalam 2-3 hari terakhir sebelum aku datang UK 2 tahun lepas, aku sempat lagi main berboling ngan diorang semua. Sangat merindui kenangan tu.



Game yang pertama ok. Maklumla, baru nak start pegang bola balik. Game yang kedua pulak agak goyah. Maybe jari dah lenguh. Asyik terlepas dari awal je. Amal suruh aku tukar bola yang lebih ringan. Ok jugakla. Aku pun ada ingat sikit-sikit skil yang Apek ajar dulu. Game yang last aku dapat point paling tinggi, masuk rangking atas. Itu pun Zaquan dah makin warm down agaknya. Dan Amal plak mencuba-cuba skill bola swing.

"I'm kinda having fun last nite. Feeling like it's been a while I never went out and hanging around with peoples. In fact, I'm still in a transition mode from having a housemate to none. It's a tough time."

Wednesday, 29 April 2009

Selepas Peristiwa

Sudah agak lama penulis tidak mencoretkan apa-apa diruang ini.
Selepas bercuti dalam kembara mimpi.
Banyak yang nak diceritakan.
Tentang kembara dan peristiwa.
Juga tentang kehilangan.
Penulis masih memerlukan masa.
Untuk membina semula semuanya.
Merintis kembali jalan yang tertinggal.
Yang entahkan dimana.
Yang pasti, ada disana.

p/s: Al-Fatihah buat Arwah Nenek yang memeliharaku sedari kecil.

Wednesday, 15 April 2009

Kembara Mimpi

Oh Tuhan. Dengan kasih dan rahmatMu yang Maha Agung itu, aku ingin bermimpi. Aku ingin bermimpi mengembara ke satu dunia yang Engkau telah firman dalam Kitab Suci Al-Quranul Karim. Aku tahu, aku sedar. Tanah disana tandus, tanah disana gersang. Yang ada disana itu selautan pasir. Yang menjadi puing-puing, berterbangan saat angin bertukar ribut. Tapi pasir-pasir itulah saksi bisu peristiwa silam. Ketamadunan manusia zaman dahulu kala. Itu yang aku tahu.

Aku mahu perhatikan sama tebingan delta daerah nan subur. Dari riak-riak air yang mengalir, ku kira riak itu seirama alunan tika Nabi Musa AS dihanyutkan ibunya atas ilham dariMu.

"(yaitu) ketika Kami mengilhamkan kepada ibumu sesuatu yang diilhamkan, (yaitu) letakkanlah dia (Musa) di dalam peti, kemudian hanyutkanlah dia ke sungai(Nil), maka biarlah (arus) sungai itu membawanya ketepi, dia akan diambil oleh (firaun) musuhKu dan musuhnya. Aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan agar engkau diasuh di bawah penguasaanKu" (Surah Taha: 38, 39)

Riak-riak air itu saksi yang memerhati kelakuan manusia di tebingan sejak berkurun lamanya. Terbinanya, jua jatuhnya kebangkitan tamadun manusiawi.

Kukira, tanah tanah gersang itu sentiasa melambai-lambai memanggil dan berbisik. Semenjak dari hari itu lagi aku sudah dengari. Dari sang semilir angin.

Dapat aku rasakan kini yang masa itu telah pun tiba. Akan ku sahut seruan itu. Akan ku dekati langit biru, terbang setinggi awan, atau lebih dari itu, demi satu perjalanan. Kembara sebuah mimpi.


“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan) : “Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut itu”, maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya. Maka berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul)” (Surah An-Nahl: 36)

Friday, 10 April 2009

I've Been Shot


Mahzan's: A Happy Family






I've been shot
Another man, cold-bloodedly
Neither know nor thought
I'm still standing, breathing freely


Kini baru ku tahu. Rupa-rupanya ada penembak curi di carboot Errol. Dan aku jua dah jadi mangsa. Diantara sedar dan tidak. Diantara yakin dan keliru. Aku terdiam, terpana dan terpaku. Lalu aku tertawa sendiri akhirnya.

*sila ke sini: http://kalamsukma.blogspot.com/2009/04/eroll-car-boot-sale.html

p/s: boleh juga baca keterangan cerita tentang carboot dan kaitannya dengan kehidupan orang melayu Dundee. Peace, y'all =)

Monday, 6 April 2009

Menghitung Hari






Hari Ahad. Seperti biasa, aku ke carboot di awal pagi. Kali ini pergi dengan Che An dan isteri, Kak A'a. Tapi sebelum itu, Abg Nizam ajak kami semua bersarapan dulu dirumahnya. Isterinya, Kak Syiqin sediakan nasi goreng kali ini. Bertemankan sambal udang dan Kicap Kipas Udang, aku makan dengan girang sekali. Lepas itu bertolak terus ke carboot, konvoi dua kereta.

Aku tidak beli untuk diri sendiri kali ini. Mula-mula terjumpa preamp yang berharga 15 pound. Aku telefon Abang Taufik dan Ustaz Amin, minta pandangan. Mereka sangat bersetuju. Aku minta kurangkan kepada 10 pound dari penjual. Mulanya dia enggan, lalu tawarkan kepada 12 pound. Aku agak berdegil, tetap minta pada harga 10 pound sambil tersenyum. Antara ya dan tidak, dia bersetuju. Lalu aku terus bayar, ambil, dan berlalu pergi. Tidak lama selepas itu, aku temui pula mikrofon yang masih elok, dijual oleh seorang wanita Scottish yang agak berumur. Mikrofon itu ku beli pada harga 1 pound. Oh ya. Kedua barang tadi bukan untuk kegunaan sendiri, aku beli untuk Kesatuan Melayu Dundee. Waktu sampai rumah, jam sudah hampir menunjukkan pukul 1 tengah hari.

Sekarang sudah masuk musim bunga. Aku gunakan kesempatan yang ada untuk keluar dan mengambil beberapa shoot. Tapi tidak lama. Sandi minta tolong angkat sama bebapa keping DVDnya untuk dibawa ke kedai Grouchos. Dia nak jual kembali hampir semuanya. Tapi setibanya aku di ruma, dia sudah tiada. Rupanya dia pergi sendiri. Dan bawa sebahagian dari semua DVD. Katanya terlalu bosan dirumah.










Lewat petang, aku ajak Sandi keluar bersiar. Barangkali ke puncak bukit Dundee. Atau ke mana saja. Sekarang sudah tidak banyak masa yang tinggal. Sikit hari lagi dia akan pergi.

Lepas siapkan diri
Aku keluar lagi
Berjalan kaki
Tapi kali ini dengan Sandi
Aku bawa kamera sekali
Belum puas shoot lagi

Sandi enggan ke puncak Bukit Dundee. Teralu banyak memori yang tajam katanya. Melihat pada situasinya, aku bersetuju bulat-bulat. Jadi kami melencong menuju ke tepian Sungai Tay. Angin bertiup agak kuat. Kedinginan sangat mencengkam. Kami berjalan dan berhenti sekejap-sekejap. Berhenti sebab aku mahu ambil gambar. Gambar pemandangan jua situasi troli-troli Tesco tersadai di gigi air kerana tika itu air di muara sedang surut.

Akhir sekali, kami terjumpa bangku panjang di satu hentian. Kami berborak sambil menikmati snek Doritos bertemankan jus mangga Rubicon. Dan seketika kemudian, kami pulang.




Abandoned


Thursday, 2 April 2009

Keletihan


Sumber


















Keletihan
Keletihan sangat
Tidak tahu apa yang harus dibuat
Rasa kehilangan upaya
Sangat letih
Perjalanan masih panjang
Aku tau aku harus teruskan perjalanan ini walau macam mana sekalipun
Tapinya, aku keletihan
Beri masa buatku berehat
Biarkan aku kumpul dulu sisa-sisa tenaga yang ada
Tapi, adakah tempat perhentian yang dekat-dekat sini...

'

  ©Kehidupan: Catatan Kembara. Template by Dicas Blogger.

TOPO