Thursday, 30 April 2009

Boling, Picisan Jalan Pekeliling

Sudah lama tidak main boling. Semalam, lepas asar aku jumpa Zaquan di luar masjid. Dia ajak main boling kalu free lepas maghrib karang. Maknanya, dalam lingkungan pukul 9 lebih sebab hari ni matahari terbenam pukul 8.54pm.
Aku on je. Memang agak lama teringin nak main boling. Tapi belum berkesempatan. Juga dengarnya kat sini agak mahal bayarannya.

Kitorang main kat Dundee Megabowl. Tak jauh sangat pun dari rumah. Drive tak sampai 15 minit dah sampai. Kitorang pinjam kereta merah Ustaz Amin yang lama tu. Amal pun join sekali. Dia antara yang selalu gak main.

Nama pun dah lama tak main. Kalau kira-kira campur tolak darab bahagi, dekat dua tahun jugak tak merasa pegang bola boling. Skill yang dulu-dulu entah kemana menghilang. Mula-mula cuma nampak skill longkang. Bayaran ok, sebab ada student card dapat 2 pound untuk 1 game, menjadi kan 6 pound untuk 3 games keseluruhan. Tak la mahal sangat sebenarnya.

Memang dah agak. Skill longkang menjadi-jadi pada peringkat awal. Amal yang selalu main tu pun sama. Mungkin trick dia. Atau maybe sebab tengah warm up lagaknya. Tapi Zaquan agak menyerlah. Dua-tiga kali jugak strike.

Bila main boling ni, teringat sangat masa last time main. Dengan Abang Zubir dan geng-geng RU Jalan Pekeliling. Sebelum tu pun selalu main dengan diorang. Apek (salah seorang antara yang paling pro) banyak ajar aku perbaiki cara baling sampaikan ada satu game tu aku dapat banyak strike. Dan tak silap aku, dalam 2-3 hari terakhir sebelum aku datang UK 2 tahun lepas, aku sempat lagi main berboling ngan diorang semua. Sangat merindui kenangan tu.



Game yang pertama ok. Maklumla, baru nak start pegang bola balik. Game yang kedua pulak agak goyah. Maybe jari dah lenguh. Asyik terlepas dari awal je. Amal suruh aku tukar bola yang lebih ringan. Ok jugakla. Aku pun ada ingat sikit-sikit skil yang Apek ajar dulu. Game yang last aku dapat point paling tinggi, masuk rangking atas. Itu pun Zaquan dah makin warm down agaknya. Dan Amal plak mencuba-cuba skill bola swing.

"I'm kinda having fun last nite. Feeling like it's been a while I never went out and hanging around with peoples. In fact, I'm still in a transition mode from having a housemate to none. It's a tough time."

4 Comentários:

cIk iNa said...

give me 5..wabak longkang dh merebak ke dundee..hehe

eh cop2..jln pekeliling tu yg nk p taman tun saadon / sharif tu eh?=p

Mahadi said...

cIk iNa-
Em, tak jauh dah tu. Area2 bukit gelugor la...

Am said...

haha, kalau aku.. bowling ni remind me of those matrix time. kuar outing SP untuk main bowling. those sweet innocent year

Mahadi said...

Am-innocent??? haha, disitulah bermula segala...kui, kui...

Post a Comment

Titipan Kata

'

  ©Kehidupan: Catatan Kembara. Template by Dicas Blogger.

TOPO