Saturday, 2 May 2009

Meninggalkan USM

Aku masih ingat dengan jelas. Hari terakhirku meninggalkan USM dengan rasminya sebagai pelajar. Kebetulan, sekarang juga adalah masanya pelajar-pelajar tahun akhir USM sedang dalam proses yang sama. Membuatkan kenangan ini tiba-tiba meruntun datang.

Hari itu adalah hari Jumaat. Aku ada paper exam yang terakhir, Display and Storage System (tak ingat kod kursus). Paper ini sebenarnya dikhususkan kepada pelajar Fizik Kejuruteraan. Sengaja aku ambil sebagai elektif dengan tujuan ingin menambah ilmu.

Exam mula pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 11 pagi. Aku dan member-member sekelas sempat membuat sesi foto buat kali terakhir bersama pensyarah kursus, Dr Magdy Mourad Hussein.



Aku kemudiannya pulang ke bilik untuk mempersiapkan diri meninggalkan USM. Tidak berapa banyak barang yang tertinggal kerana aku telah hantarkan sebahagian besarnya pulang lebih awal dengan bantuan Upi yang datang bawak kereta dengan Khairul beberapa minggu sebelum itu.

Aku melangkah pergi menaiki motosikal meninggalkan menara ilmu yang aku diami selama empat tahun. Dan masih jelas dalam ingatanku tatkala melewati pintu utama USM di Sungai Dua. Tika itu, lagu Kehilangan bermain di minda. Aku tidak tahu apa akan berlaku selepas ini. Aku bukan lah lagi mahasiswa.

Destinasiku yang pertama adalah ke rumah Cikgu Sabhi. Petang ini juga program Baktisiswa yang diberi nama Kelana Masuk Kampung akan bermula. Seperti biasa, aku menjadi pembantu utama dalam menyediakan beberapa kerat tenaga bagi menjayakan program pengakap USM kali ini.

8 Comentários:

cIk iNa said...

ohh ingt2..kisah upi & khairul dan baskin robinnya=p

mcm bisa ku kenal je mamat pakai baju biru tu. jejaka bersama motorbike besar nye kan?sape nama dia eh?

Amri said...

sentap, aku terlupa cerita aku, khairul dan baskin robin itu.

anyway 'Sengaja aku ambil sebagai elektif dengan tujuan ingin menambah ilmu'...
orang lain (termasuk aku) membaca sebagai 'power keh...'

Weh, stop2 la mengenang2 kembali kenangan Malaysia. Nanti jadi macam aku, tetiba jer ter'balik'...hehe

Machina said...

cIk iNa-
hehe, ingat ya. Thanks to cIk iNa, dpt gk merasa baskin robin.
mamat tu?? em.... kene buat research ngn budak2 fizik kejuruteraan ni klu nk kenal.

Machina said...

Am-
Yeah, first time makan baskin robin time tu.

takdala, aku ni dahagakan kasih sayang eh silap dahagakan ilmu pengetahuan.
tidak2... aku akan berpikir byk2 kali utk balik. tak bleh blik tiba2 cmtu ja...

zuriamohd said...

rindu usm sgt2..huuuhu

Machina said...

zuriamohd-
hehe.... ye ke..

Anonymous said...

rindu bt0l nak masuk kelas ni lagi..

semua da bertebaran ke serata tempat.. yang masih lagi sudi bertapa kat sini hanya matun n dr magdi..

insyaallah, shidah pun akan tinggalkan balik usm setelah bertapa selama 5 bulan..

shidah
~ bumi minden~

Machina said...

all the best and good luck ye shidah

Post a Comment

Titipan Kata

'

  ©Kehidupan: Catatan Kembara. Template by Dicas Blogger.

TOPO