Menghitung Hari
Hari Ahad. Seperti biasa, aku ke carboot di awal pagi. Kali ini pergi dengan Che An dan isteri, Kak A'a. Tapi sebelum itu, Abg Nizam ajak kami semua bersarapan dulu dirumahnya. Isterinya, Kak Syiqin sediakan nasi goreng kali ini. Bertemankan sambal udang dan Kicap Kipas Udang, aku makan dengan girang sekali. Lepas itu bertolak terus ke carboot, konvoi dua kereta.
Aku tidak beli untuk diri sendiri kali ini. Mula-mula terjumpa preamp yang berharga 15 pound. Aku telefon Abang Taufik dan Ustaz Amin, minta pandangan. Mereka sangat bersetuju. Aku minta kurangkan kepada 10 pound dari penjual. Mulanya dia enggan, lalu tawarkan kepada 12 pound. Aku agak berdegil, tetap minta pada harga 10 pound sambil tersenyum. Antara ya dan tidak, dia bersetuju. Lalu aku terus bayar, ambil, dan berlalu pergi. Tidak lama selepas itu, aku temui pula mikrofon yang masih elok, dijual oleh seorang wanita Scottish yang agak berumur. Mikrofon itu ku beli pada harga 1 pound. Oh ya. Kedua barang tadi bukan untuk kegunaan sendiri, aku beli untuk Kesatuan Melayu Dundee. Waktu sampai rumah, jam sudah hampir menunjukkan pukul 1 tengah hari.
Sekarang sudah masuk musim bunga. Aku gunakan kesempatan yang ada untuk keluar dan mengambil beberapa shoot. Tapi tidak lama. Sandi minta tolong angkat sama bebapa keping DVDnya untuk dibawa ke kedai Grouchos. Dia nak jual kembali hampir semuanya. Tapi setibanya aku di ruma, dia sudah tiada. Rupanya dia pergi sendiri. Dan bawa sebahagian dari semua DVD. Katanya terlalu bosan dirumah.
Lewat petang, aku ajak Sandi keluar bersiar. Barangkali ke puncak bukit Dundee. Atau ke mana saja. Sekarang sudah tidak banyak masa yang tinggal. Sikit hari lagi dia akan pergi.
Lepas siapkan diri
Aku keluar lagi
Berjalan kaki
Tapi kali ini dengan Sandi
Aku bawa kamera sekali
Belum puas shoot lagi
Sandi enggan ke puncak Bukit Dundee. Teralu banyak memori yang tajam katanya. Melihat pada situasinya, aku bersetuju bulat-bulat. Jadi kami melencong menuju ke tepian Sungai Tay. Angin bertiup agak kuat. Kedinginan sangat mencengkam. Kami berjalan dan berhenti sekejap-sekejap. Berhenti sebab aku mahu ambil gambar. Gambar pemandangan jua situasi troli-troli Tesco tersadai di gigi air kerana tika itu air di muara sedang surut.
Akhir sekali, kami terjumpa bangku panjang di satu hentian. Kami berborak sambil menikmati snek Doritos bertemankan jus mangga Rubicon. Dan seketika kemudian, kami pulang.
4 Comentários:
Tu la, Tesco korang tak buat macam Tesco kitorang. Tesco kitorang, kalo bawak lebih dari line yang ditetapkan, troli takleh bergerak:D
mahadi, menghitung hari.. ingatkan mengoyak kalender tadi.. tertipu gue.. :D
Am-Tesco hampa tak mesra pembawak-lari-troli la klu cmtu
FaDhLi aTaRi-huhu, kalender pun dah koyak. makin pantas rasanya masa berjalan.
Post a Comment
Titipan Kata