Monday, 29 June 2009

Kunjungan

Hari Sabtu lepas, saya dikunjungi teman yang lama saya kenal. Semenjak menuntut di Matrikulasi KMK dan seterusnya sama berkuliah di Pusat Pengajian Fizik USM. Che Azurahanim kini sedang lanjutkan pelajaran peringkat PhD di Surrey. Kebetulan dia ada kerja-kerja makmal di Herriot-Watt, Edinburgh, lantas dia merancang untuk sampai ke Dundee selepas selesai tugasan. Che Zura datang dengan suami. Azmi namanya. Baik orangnya. Sebelum ini saya sekadar melirik pada foto yang di letakkan di laman Friendster. Hampir setahun rasanya mereka berkahwin. Yakni sebelum berangkat kesini.

Seingat saya, perjumpaan yang terakhir adalah ketika minggu konvokesyen USM tahun 2006. Masa itu pelajar-pelajar di bawah Pusat Pengajian Sains Fizik berkumpul beramai-ramai bagi tujuan mengambil foto kenang-kenangan. Walaupun saya masih belum boleh bergraduasi, saya juga ikut serta kerana kami semua satu batch. Dan sekarang sudah pun pertengahan tahun 2009. Sudah menjangkau 3 tahun. Dan siapa sangka, ada pertemuan di bumi UK ini.

Sempat juga saya memutakhirkan perkembangan rakan-rakan sekursus fizik USM yang lain. Macam-macam cerita saya dengar. Tapi, rata-ratanya kini sudah berumahtangga ataupun sekurang-kurangnya bertunang. Juga rata-ratanya memilih kerjaya sebagai pendidik. Ramai juga yang sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Saya kira itu rezeki masing-masing.



If there is a time, and chance, I would made myself to Surrey. By the willing of God. Someday, I hope.

Sunday, 28 June 2009

Graduation

Special from Hannan


Alhamdulillah. Selesai juga majlis graduasi untuk program MSc yang lalu. Kalau dibuat perkiraan, kemeriahan bergraduasi di universiti di Malaysia sangat berbeza jika dibandingkan dengan disini. Diantara perbezaan yang ketara, perkarangan luar dewan kosong dengan gerai-gerai jualan. Hanya manusia-manusia menanti dengan penuh sabar bersama pasukan bagpipe. Tiada gerai bunga juga teddy bear, ataupun keropok lekor mahupun nasi kerabu.

Saya masih ingat lagi. Minggu graduasi USM pada tahun 2007 itu seiring dengan minggu saya menghadiri kursus BTN. Mujurlah hari graduasi saya adalah hari Sabtu. Dan BTN tamat pada pagi hari Jumaat. Ada juga teman-teman yang lebih rela mengorbankan hari graduasinya semata-mata kerana kursus BTN. Pilihan yang sukar, saya kira. Tapi, tak mungkin ada sesalan di hati mereka jika saya khabarkan yang mereka kini bertebaran di jauh-jauh pelusuk muka bumi. Jalani kehidupan yang mereka telah pilih.

Walaupun terpaksa bergraduasi jauh dari keluarga tersayang, saya kira hari itu tetap bermakna dengan kehadiran Upi dari Durham, jiran-jiran saya disini, Blackness Street, Peddie Street, Hawkhill, Eason Angle, serta kehadiran istimewa Nabhan dan Hannan. Kalau majlis graduasi BSc dulu, saya tidak menghadiri majlis Upi atas alasan kerja, dan dia juga tidak menghadiri majlis saya kerana sudah di luar negara. Tetapi disini, saya dapat hadiri graduasi MSc dia di London dan begitu juga dia sebaliknya.

Konvo USM

Tower Building

Galeri

Plague

Supporters 3

Timang-timang

Course mates

Selesai sudah

Supporters 2

Terbang

Supporter

Kesana

Group mates

Classmates and Lecturers

Thursday, 11 June 2009

Home


I learned that lots of people will go home for this summer. Some of 'em will doing it for good. Data collection reason as for the other one. And the rest are just doing it to bring themselves to home. Place where their heart's belong. That's what I thought. Probably the same thought as everybody else here. I guess.

Some people go home once in a while. Some people always wanted to go home, but because of some reason, did't get the chance. And believe me, I got a friend who I knew, book ticket each couple of month and got himself into the plane on one or two week after. You name the airlines, MAS, KLM, Emirates, even Sri Lankan Airlines. There are chances that he had boarded the planes.

For those who had the plan, I hope they'll have a good and safe journey. Especially for those close to me. Both of my neighbours at the Blackness Street, the family at the Seymour Street, peoples of the Peddie Street. People in Durham, Bristol and all other place across the UK, US and around the globe. May the grace of The Almighty God always be with you.

Tuesday, 2 June 2009

Sampel Analisis Satu Petang bersama Frisbee dan Boomerang

Semalam penulis pergi main lempar-lempar frisbee dengan Zaquan. Sudah lama tidak praktis. Ya, sejak summer yang lalu. Boomerang pun ada dibawa bersama menemani frisbee takut-takut kesunyian.


Barangkali lokasi taman berkenaan kurang stategis, makanya tidak ramai pemuda-pemudi beriadah disitu. Cuma terdapat sekumpulan pemuda yang bermain bolasepak satu gol (macam kat kampung dulu-dulu) dan sekumpulan remaja belasan tahun bermain lempar bola ragbi. Jenis permainan yang melibatkan ragbi ini gagal dikenalpasti disebabkan kurang memandang tatkala mereka yang terlibat cuai dalam mengenakan pakaian riadah yang bersesuaian. Dan ditambah pula kesan musim panas, jumlah luas permukaan pakaian yang dikenakan pula sangatlah dikasihani. "Cukup-cukup makan" kata setengah orang. Tetapi, teringat pula pepatah 'ringan mata memandang, berat pulak dosa yg dipikul'. Jadi, tumpuan penulis tebih terarah kepada aktiviti tangkap dan lempar frisbee sahaja.


Boomerang yang bersama mungkin agak tersinggung disebabkan kurang dilemparkan. Hal ini disebabkan kelakuan boomerang itu sendiri yang agak jual mahal kerana tidak mahu kembali kepada si pelempar seperti yang ditunjukkan dalam filem. Kebiasaannya, beza jarak adalah antara 10 kaki dan adakala menjangkau sehingga 20 kali dalam keadaan normal. Ini menyebabkan pelempar boomerang akan menjauh dan menjauh hampir ke hujung taman sebelah yang satu lagi jika aktiviti melempar dibuat secara terus-menerus.


Jika bukan dalam keadaan normal, jarak boleh mencapai sehingga berpuluh kaki dan ini menyebabkan pelempar akan sedikit kecewa kerana wujud perasaan keterpaksaan mengutip boomerang yang sepatutnya 'reti patah balik sendiri'. Ditambah pula dengan adanya kelibat anjing-anjing peliharaan yang turut bersantai, dikhuatiri mereka akan melibatkan diri dalam permainan tanpa diundang. Andaian ini adalah berdasarkan potensi yang ditunjukkan.


Kesimpulan-sila buat kesimpulan sendiri

'

  ©Kehidupan: Catatan Kembara. Template by Dicas Blogger.

TOPO