Sampel Analisis Satu Petang bersama Frisbee dan Boomerang
Semalam penulis pergi main lempar-lempar frisbee dengan Zaquan. Sudah lama tidak praktis. Ya, sejak summer yang lalu. Boomerang pun ada dibawa bersama menemani frisbee takut-takut kesunyian.
Barangkali lokasi taman berkenaan kurang stategis, makanya tidak ramai pemuda-pemudi beriadah disitu. Cuma terdapat sekumpulan pemuda yang bermain bolasepak satu gol (macam kat kampung dulu-dulu) dan sekumpulan remaja belasan tahun bermain lempar bola ragbi. Jenis permainan yang melibatkan ragbi ini gagal dikenalpasti disebabkan kurang memandang tatkala mereka yang terlibat cuai dalam mengenakan pakaian riadah yang bersesuaian. Dan ditambah pula kesan musim panas, jumlah luas permukaan pakaian yang dikenakan pula sangatlah dikasihani. "Cukup-cukup makan" kata setengah orang. Tetapi, teringat pula pepatah 'ringan mata memandang, berat pulak dosa yg dipikul'. Jadi, tumpuan penulis tebih terarah kepada aktiviti tangkap dan lempar frisbee sahaja.
Boomerang yang bersama mungkin agak tersinggung disebabkan kurang dilemparkan. Hal ini disebabkan kelakuan boomerang itu sendiri yang agak jual mahal kerana tidak mahu kembali kepada si pelempar seperti yang ditunjukkan dalam filem. Kebiasaannya, beza jarak adalah antara 10 kaki dan adakala menjangkau sehingga 20 kali dalam keadaan normal. Ini menyebabkan pelempar boomerang akan menjauh dan menjauh hampir ke hujung taman sebelah yang satu lagi jika aktiviti melempar dibuat secara terus-menerus.
Jika bukan dalam keadaan normal, jarak boleh mencapai sehingga berpuluh kaki dan ini menyebabkan pelempar akan sedikit kecewa kerana wujud perasaan keterpaksaan mengutip boomerang yang sepatutnya 'reti patah balik sendiri'. Ditambah pula dengan adanya kelibat anjing-anjing peliharaan yang turut bersantai, dikhuatiri mereka akan melibatkan diri dalam permainan tanpa diundang. Andaian ini adalah berdasarkan potensi yang ditunjukkan.
Kesimpulan-sila buat kesimpulan sendiri
Seja o primeiro a comentar
Post a Comment
Titipan Kata