Graduation
Alhamdulillah. Selesai juga majlis graduasi untuk program MSc yang lalu. Kalau dibuat perkiraan, kemeriahan bergraduasi di universiti di Malaysia sangat berbeza jika dibandingkan dengan disini. Diantara perbezaan yang ketara, perkarangan luar dewan kosong dengan gerai-gerai jualan. Hanya manusia-manusia menanti dengan penuh sabar bersama pasukan bagpipe. Tiada gerai bunga juga teddy bear, ataupun keropok lekor mahupun nasi kerabu.
Saya masih ingat lagi. Minggu graduasi USM pada tahun 2007 itu seiring dengan minggu saya menghadiri kursus BTN. Mujurlah hari graduasi saya adalah hari Sabtu. Dan BTN tamat pada pagi hari Jumaat. Ada juga teman-teman yang lebih rela mengorbankan hari graduasinya semata-mata kerana kursus BTN. Pilihan yang sukar, saya kira. Tapi, tak mungkin ada sesalan di hati mereka jika saya khabarkan yang mereka kini bertebaran di jauh-jauh pelusuk muka bumi. Jalani kehidupan yang mereka telah pilih.
Walaupun terpaksa bergraduasi jauh dari keluarga tersayang, saya kira hari itu tetap bermakna dengan kehadiran Upi dari Durham, jiran-jiran saya disini, Blackness Street, Peddie Street, Hawkhill, Eason Angle, serta kehadiran istimewa Nabhan dan Hannan. Kalau majlis graduasi BSc dulu, saya tidak menghadiri majlis Upi atas alasan kerja, dan dia juga tidak menghadiri majlis saya kerana sudah di luar negara. Tetapi disini, saya dapat hadiri graduasi MSc dia di London dan begitu juga dia sebaliknya.
Konvo USM
18 Comentários:
bakal ayah penyayang nih... hehehehhe...
congrats again mahadi!
cheritacerithi-
TQ2.... and thanks for your appearance on that day as well. cheers...
tahniah madi..ble nak blk mesia nih??
tahniah mahadi!
salam.. mahadi congartulation!!
seronoknye tgk mahadi dah graduate MSc~~ gambate mahadi for the next level undertaking!
kak Ngah-
tQ, tatau lg la...
ciktutor-
tQ cik tutor. gud luck there..
Yantie-
tQ... all the best to you too...
tahniah2!!!trend master dundee membaling scrool upenye..hehe..
hmm.chantek tie usm tu..=D
cIk iNa-
ehe...ehe... topi tadak nak di lambung, scroll pun jadi.
tie itu mmg sntiasa cantek. =)
Tahniah2..selamat bergraduasi..
Tahniah..gembiranya dia..cute betol budak kecil itu..
nisadaud-
Tq2.....
zuriamohd-
a'a, cute kan...
ha, mau ucap gakkk
abg mahadi, tahniah2!!!
cantek tie tuh.. hihi
usya gambo trus knal.. ;)
bl nak blk m'sia?
Madi, mana budak 2 ketul tu? stress jap ak tgk mu konvo...huhu
cHihIRo- tq aswar...
zahir nga rahmat ko?? seingat aku last skali aku dengar zahir ngajar kat johor, rahmat ngajar kat skolah lama dio. loni tok tahu guano crito
Post a Comment
Titipan Kata