Saturday, 22 September 2007

Kedua

Diserang demam ketika baru  tiba di perantauan bukanlah sesuatu yang dijangkakan. Hendaknya pula, di bulan puasa, tinggal bersendirian dibilik memang menambahkan lagi kesepian. Mujur, penulis sempat membeli  stok panadol sebanyak 60 biji sebelum berlepas dahulu. Jadi, penulis tidak perlu bersusah payah untuk ke farmasi. Dan juga sedikit nasihat dari bakal doktor yang penulis temui ketika iftar di Dundee Mosque banyak membantu penulis untuk sembuh dengan cepat.

Thursday, 20 September 2007

Catatan Pertama

Penulis tiba di bumi Dundee ini pada hari selasa, 11/09/2007, pukul 12tgh hari waktu tempatan. Kini, sudah seminggu lebih penulis berada disini. Agak banyak perkara untuk diceritakan. Namun, oleh kerana penulis masih tercari-cari istilah 'settle down', keinginan untuk dicoretkan di ruangan ini terpaksa ditahan.

Thursday, 6 September 2007

Kepada Sahabat-sahabat dan Teman-teman Sekalian

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.



Kepada pembaca yang dihormati sekalian. Disini penulis ingin mengumumkan keberangkatan penulis bagi melanjutkan pegajian keluar negara. Butir-butir pengajian adalah seperti berikut.



Kursus: M Sc



Bidang: Fizik



Tempat: University of Dundee, Scotland, UK.



Tajaan: USM-KPT



Tempoh: 12 Bulan



Tarikh Berangkat: 10 September 2007, Bayan Lepas, P. Pinang



Penulis ingin memohon maaf diatas kelewatan memaklumkan perkara ini disebabkan beberapa perkara dan permasalahan yang penulis hadapi, yang sukar untuk dijelaskan. Diharapkan, kalian dapat mendoakan kejayaan penulis sepanjang berada di perantauan. Penulis juga ingin mendoakan kejayaan kalian dalam apa jua yang kalian ceburi. Amiiin.

Sunday, 12 August 2007

Memo Konvokesyen

Kepada para pembaca sekalian, ditujukan khas, terutamanya kepada warga USM. Disini, penulis ingin mengumumkan bahawa konvokesyen bagi diri penulis akan berlangsung pada sidang keenam, pagi Sabtu yang berbahagia, tanggal 18 Ogos 2007. Untuk memudahkan urusan serta mengelakkan kebergantungan terhadap kekangan komunikasi mudah-alih yang dijangka sibuk terus menerus, sesi fotografi kenang-kenangan serta aktiviti lain yang berkaitan akan diadakan di tapak ekspo, berhampiran dengan gerai Kelanasiswa. Kehadiran anda amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.



Wassalam.

Tuesday, 10 July 2007

I Still Remember..

Untuk kali ini, penulis ingin menceritakan kembali peristiwa yang pernah penulis alami semasa di tahun pertama dahulu. Tetapi untuk kali ini, buat pertama kali dalam sejarah Malaysia mencapai ulang tahun kemerdekaan yang ke 50, penulis akan menggunakan sepenuhnya kemahiran menggunakan loghat utara yang ada. Bagi penyampaian yang lebih efektif, kata ganti diri pertama 'aku' akan digunakan.Semuanya bermula disini...



   Masa tu aku masih lagi fes yer, semester kedua. Dok kat tekun lepaih kena halau beramai-ramai dari desa lama. Dah nama fes yer,memang la tak tau sangat pasai pineng ni. Aku takdak lagi kenderaan rasmi, jadi, moto rumet aku yang kala biru tula jadi agen pengangkutan utama. Masa tu, rumet aku bukan orang lain, geng sekampung aku jugak, Lutfi-budak math. Nak jadi crita, hari tu, aku baru ja habih ekzem ZKE 106, elektronik 1. Cam besa, lepaih balik makan, kami singgah dulu bilik tv tekun. Bukan nak tengok tv, tapi nak chek jadual dalam surat habag the star. Dah tentula bukan jadual periksa ataupun jadual kuliah bulanan ustad Shamsuri, tapi jadual movie la. Belek punya belek, last2 kami cadang nak tengok crita cold mountain kat gurney. Masalahnya bukan apa, tayangan dia pukui 3, masa tu plak lebih kurang 2 stengah lbih. Gurney pun tak baghapa pasti sangat kat mana. Tapi yang pasti, gurney tu kat pineng gak la. Lpaih naik besiap, kami truih betolak. Main hentam ja. Masa tu memang fes taim la naik moto p sendiri2 lalu kot jalan bukit gambiaq. Nak kata susah tu dak sangat, pasai papan tanda ada. Tapi kes tlajak tu ada gak la skit2. Tapi dah naik moto ni senang la nak patah balik. Tak macam kreta, kelam klibut kalu tlajak pasai susah nak u-ten. Mula2 lalu jalan masjid negri memang bes la tengok pemandangan, teduh ja, lagipun sebab fes taim. Tapi lani rasa besa la pasai selalu dah duk guna.



    Tapi yang tak bleh lupa bukan apa, kami sampai kat gurney lebih kurang dah pukui 3. Crita, kemungkinan dah stat la kan. Paih tu, dah nama fes taim, lepaih paking ja moto, kami truih belaghi-laghi masuk ikut dan ja. Dah parking kat gurney ni kat belakang, kami pun main bantai masuk ikut laluan kreta parking. Naik tingkat ataih pun guna laluan kreta gak. Nak try pi tengok jalan lain tak dan dah, tak mau tlepaih intro. Tapi seb baik gak la, kreta pun tak brapa ada masa tu, tapi jaga2 gak la kot2 kreta tak nampak dia main himpit ja. Ya la, laluan memang sempit la. Nak kata letih tak letih, ai lama gak ghasa dok pusing2 naik sampai ataih. Laih2 sampai gak la kat gsc tu bli tiket, paihtu truih masuk dalam. Ok gakla pasai masa baghu masuk tu eklan tak abih lagi. Dan la tengok trailer crita lain ngan tgok intro crita cold mountain sampai abih.



    Crita tu nak kata best dak gak kalu bagi orang besa tengok. Tapi mungkin pasai pengalaman yang kena sebelum sampai panggung kot, tambah crita tu yang agak suram2 ja, bagi aku crita tu memang bes la.



Things that I still remember...

Monday, 2 July 2007

Lagu Untuk Encik Bush

Walaupun sudah sekian lama penulis tidak berkesempatan untuk mencoretkan barang sesuatu di ruangan ini dek kerana ke'bizi'an yang seperti kan tiada noktahnya, kali ini dikesempatan yang ada, penulis berhajat menitipkan sedikit coretan mengenai sebuah lagu yang pernah ditujukan khas untuk Encik Bush dari Cik(ketika itu) Avril Lavigne.



Adapun benarnya lagu ini sudah lama berada di pasaran malam dan internet semenjak 2003, namun tidak dapat dipastikan kewujudannya secara nyata di corong-corong radio apatah lagi di corong turas yang ada di makmal sains.



Lagu tersbut merupakan terjemahan secara peribadi penulis dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak sama ada berbentuk nyata ataupun tidak. Terjemahan pihak lain mungkin berbeza dan pihak penulis tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang kekeliruan diatas segala kemungkinan yang boleh berlaku.



Lagu asal berjudul Get Over It, dipersembahkan oleh Avril Lavigne.



********************************



Menelusuri turun ke bawah
Aku suka akan pemanduan
Tak tahu apa nak diputuskan
Kau telah menipuku
Kau memandang ke dalam mataku
Menyebabkan kejutan bagiku
Sekarang kau dah puas ati
Kau jerit padaku

La, la, la, la, la



Jangan berpaling
Ku letih dan bosan dengan rupamu
Jangan keruhkan lagi keadaan
Kau dah pun blah dan membuatkan ku tak keruan
Terlalu teruk, aku tak sedih
Ia dah membatu
Salah satu dari kesemua menda
Yang kau kena hadapi

Pabila ku rasa tertekan
Kau mula la nak mengada-ngada
Dan pastu ku dapati tanganmu meliputiku
Ni dah lebih ni
Kau memang tak senonoh
Tapi ia lebih baik dari yang kedengaran, percayalah aku


La, la, la, la, la



Jangan berpaling
Ku letih dan bosan dengan rupamu
Jangan keruhkan lagi keadaan
Kau dah pun blah dan membuatkan ku tak keruan
Terlalu teruk, aku tak sedih
Ia dah membatu
Salah satu dari kesemua menda
Yang kau kena hadapi



Hey, kau kena hadapi
Hey, kau kena hadapi

Terlalu teruk, aku tak sedih
Ia dah membatu
Salah satu dari kesemua menda
Yang kau kena hadapi



Jangan berpaling
Ku letih dan bosan dengan rupamu
Jangan keruhkan lagi keadaan
Kau dah pun blah dan membuatkan ku tak keruan

Jangan berpaling
Ku letih dan bosan dengan rupamu
Jangan keruhkan lagi keadaan
Kau dah pun blah dan membuatkan ku tak keruan
Terlalu teruk, aku tak sedih
Ia dah membatu
Salah satu dari kesemua menda
Yang kau kena hadapi

Kau kena hadapi



***********************



Walaupun agak menghairankan, maksud mesej yang cuba untuk disampaikan kepada pihak yang terlibat masih tidak keruan. Penulis juga ingin memohon maaf diatas ketidaksengajaan kekeliruan yang disengajakan...



Credits



http://lyrics.astraweb.com/display/495/avril_lavinge..unknown..get_overit.html



Wednesday, 30 May 2007

My Life at Jalan Pekeliling

There's a lot of story that I left to tell. I was too busy, even for myself. Since I'm coming back from Hinex '07, I stayed at Harapan, alone, and with 3 other unknown Arabian. In an empty block, that's the place where my life as post-student begin. I got a (temporary)job at a palce so called the biggest cum the longest mall in the northern region. Job that require me to deal with the people, and the money as well.



But I gotta quit. I have something that's more important to deal. It need more intention from me. Then I just choose a part time job that will begin on early of June. Job that only deal with the school kids.



It was 27 May 2007. The day which My Life at Jalan Pekeliling begin. I have a better life now. With some other housemates, loneliness now is no longer a matter.

Friday, 18 May 2007

Review on HINEX '07

Sudah melebihi satu purnama penulis tidah menjengah ruangan blog. Apatah lagi untuk membuat sebarang penambahan, kesuntukan masa membataskan segalanya.



Bagi memudahkan penceritaan, penulis ingin membiarkan ilustrasi yang berkata-kata. "A picture worth than a thousand words".



Let's begin...



Img_3567 Susunan adalah berterabur. Mari kita meneka, gambar manakah ia



1-sebermula untuk bertolak













































2-Img_3576 detik-detik bersejarah penulis berjaya jejakkan kaki di negeri Cik Siti Wan Kembang setelah sekian lamanya melepasi ujian pertuturan.













3-Img_3603 geng sahabat masa baru tiba







































4-Img_3610 kanak-kanak riang ditepi laguna









































5-Img_3650pose seorang kanak2 riang yang baru lepas flying fox



































































6-Img_3673makhluk ghaib malam gala















































8-Img_3678aksi 3suku yang agak mencuri tumpuan



























9-persekitaran campsite(dapat diperhatikan hammock penulis setia menanti untuk proses landing)



Img_3697













Img_3700_1









10-pose yang sukar dijelaskan, oleh irene dan vie.































Img_3783















11-pintu gerbang yang bermandikan buih-buih



















Img_3764



12-nasi ayam yang best











Img_3852







13-saat2 terakhir sebelum bertolak balik

























OK cukupla rasanya untuk tatapan teman-teman sekalian. Enjoy, walaupu berterabur abis.

Tuesday, 17 April 2007

5W Handy

Juz buy diz stuff for my new hobby...
Contact..contact..
Nine whiskey two x-ray, x-ray, x-ray
calling, calling...
Img_3373_1

Monday, 2 April 2007

Moment That I Miss the Most: Introduction.

    Saat berganti saat, minit berganti minit, hari berganti hari, bulan berganti bulan, semester bergati semester dan tahun berganti tahun. Kini, perjalanan penulis kian menghampiri garisan penamat. Garisan penamat yang bertulis "PERMULAAN". Permulaan kepada sebuah kisah baru. Sebuah perjuangan yang baru. Mungkin sebuah kehidupan yang penuh dengan liku-liku, dan dimulakan dengan keadaan ketakpastian (uncertainty state). Semestinya ketakpastian yang tidak mematuhi prinsip ketakpsatian Heisenberg (Heisenberg uncertainty principle).
    Sebelum tersasar jauh dari tujuan asal, penulis ingin menegaskan bahawa tujuan ruangan "Moment That I Miss the Most" ini disediakan adalah untuk menceritakan beberapa perkara yang penulis rasakan telah meninggalkan kenangan yang mendalam pada diri penulis sepanjang bergelar mahasiswa di Universiti Sains Malaysia ini.
Img_0269









































































(Gambar: Pemandangan dari Desasiswa Tekun)
   

'

  ©Kehidupan: Catatan Kembara. Template by Dicas Blogger.

TOPO