Thursday, 17 April 2008

Yang Paling Setia

 



Kesetiaan, tiada bandingan...Sebuah kisah kehidupan.



Aku masih ingat. Di Kulim, Kedah. Lebih kurang enam tahun dahulu. Lorong
suram itu jadi saksi, pertemuan pertama. Ia tinggal bersendiri, bersama
teman-teman seangkatan, usai pertempuran, perperiksaan.



Aku ambil ia dan bawa pulang, lalu aku
bersihkan, gilap rapi sebelum diguna buat pertama kali. Maka sebermula detik
itu, episod kesetiaan yang panjang bermula.



Tika di awal dulu, ia berfungsi sebagai pengisi
keperluan yang pelbagai. Mengisi nescafe, teh, milo dan bermacam-macam lagi.
Pernah satu ketika, seorang teman yang terdesak dan kegersangan mencilok ia
lalu mengisikan megi segera. Dek kerana ketakboleh terimaan terhadap perbuatan
terdesak teman itu, aku sediakan bekas khas.



"Jikalau hendak melantak megi dilain kali,
gunakanla bekas ini. Lebih cocok"



Teman itu mengangguk penuh pengertian.



Ia sangat setia. Bersama temani aku sekitar 4-5
pagi. Temani aku study. Biarpun sekadar memerhati bisu. Tapi, 575milimeter
padu  nescafe yang dikandungnya itu sgt penting. Untukku terus mencelik
mata, menelaah.



Aku bawa pulang ke kampung setelah tamat
pengajian disana. Dapat tawaran masuk USM, aku bawa ia bersama ke Pulau Pinang.
Jadi teman yang setia macam biasa. Ia menurut tanpa sepatah kata. Semester dua,
aku tercampak ke desa Tekun. Di sana, bisa juga ia mengisi Nestum buat bekalan
ku sepanjang hari berpuasa. Walaupun Upi, roommateku ketika itu bukan jenis
pencilok yg kejam, aku berikan dia mug Nestum yang ku peroleh percuma dengan
pembelian Bijirin Nestum segera 30paket. 1 untuk dia, 1 untuk aku.





Setia2





.



.



.



.



.



.



.



.



.








 



Semester bersilih ganti. Ketika cuti semester,
aku akan tinggal ia sendiri di dalam kotak berbulan lamanya. Ia setia. Buka
semester baru, aku bersih, gilap dan isikan dengan Nescafe macam biasa. Aku
perlakukan sebegitu hingga tamat pengajian di USM.



Aku menyertai rumah jejaka bujang di Jalan
Pekeliling setelah itu. Ia ku bawa bersama. Kini, ia ada ramai lagi teman. Yang
sama-sama tergantung di rak dapur. Tapi Amir itu tiadalah mengerti. Dia
mengasari ia dengan menonyoh kasar tiap kali mencuci. Beberapa stiker yg
kulekat tertanggal lalu hilang. Lalu aku jadi lebih berhati-hati. Aku letakkan
di tempat khas.



Angin perubahan bertiup kencang. Kuatnya hingga menerbangkan
aku jauh ke bumi Dundee. Dek kesetiaan yang tiada keraguan, aku bawa bersama
ia. Temani aku di dunia asing ini. Bersama saat susah dan senang, tawa riang.
Setia: Redefined.


Gambar1: Lokasi-Rak di Desa Tekun



Gambar2: Penulis Bersama Bekas Roomate Bernama Nasran



Gambar3: Lokasi-Dalam Bilik Kecil di Dundee



Gambar4: Lokasi- Bersama Teman yang Juga Setia



Setia3

Setia4
Setia1

Thursday, 10 April 2008

Ke Newcastle

Jam di komputer riba menunjukkan tepat pukul 5 pagi. Aku telah siapkan barang-barang yang akan ku bawa bersama ke dalam beg. Tak banyak. Cukup sekadar bekalan untuk 2 hari. Aku mengelamun seketika. Kalau dulu, ketika bersiap untuk menyertai perkhemahan pengakap Cikgu Sabhi yang juga 2 hari, banyak juga yang kena bawa.  Ini termasukla uniform, sleeping bag dan hammock. Aku juga ingat, biasanya, aku, Bob, Jai, Pian dan kadang-kadang Daus akan bertolak sama dari USM. Kalau Jai lambat, biasa juga ku dan Bob gerak dulu. Seronok bila sampai kem awal, melihat telatah anak-anak kecil yang bermacam ragam itu....



Lamunanku terhenti tiba-tiba. Ada beberapa lagi yang aku belum siapkan. Ah, Dundee. Aku terpaksa tinggalkan lagi. Tetapi tidak apa. Newcastle itu tidak jauh mana jika dibandingkan dengan London. Walaupun sebenarnya aku akan ke Durham, pekan kecil tidak jauh dari Newcastle. Dan bila berbicara tentang pekan-pekan sekitar Newcastle ini, aku teringatkan Richmond. Dan kisah hidup Imrah dan Lawrence. Serta pengertian yang luas tentang kehidupan.



Richmond
.



.



.



.



.



.



Di Durham. Bagaimanakah Upi agaknya ketika ini. Sudah bangunkah dia? Di bawah pengaruh jetlag lagikah dia? Adakah memorinya dipenuhi kenangan bersama budak-budak debat USM. Atau bingkisan-bingkisan kenangan tika bersama budak-budak Pumpkin Race tempoh hari. Mungkin juga tumpuan pada urusan PhD nya lebih menguasai tika ini.



Dan aku pun mula melangkah kaki, longlai meninggalkan bilik ini, sepi lagi.

Saturday, 5 April 2008

Turun London: Episod 3- Finale

Pagi ini pagi yang indah dan nyaman. Walaupun dirujuk malam tadi, cuaca sepatutnya
hujan. Em, alhamdulIllah, boleh berjalan-jalan dengan senang nanti. Dan Khairi
pun memulakan tugasnya sebagai jurufoto dengan rasminya. Dia ambil gambarku
sekitar universiti. Selepas itu, kami naik bas kemudian naik train menuju kota
London.



Essex






















Mula-mula, dia bawa aku ke bangunan parlimen British, juga tempat letaknya
Big Ben, menara jam. Agak teruja pertama kali melihatnya di depan mata.
Walaupun 6 bulan lalu, aku sekadar melihatnya pada jarak beberapa ratus kaki di
udara ketika sebelum flight mendarat.



Seterusnya, dia bawa aku melihat-lihat sekitar London Eye, London Bridge,
Tower Bridge, dan beberapa lagi landmark kota penjajah terbilang ini. Kami guna
tube underground (seakan Putra LRT di KL) untuk kesana-sini memandangkan tiket
yang sama digunakan sejak menaiki train. Pengangkutan awam yang cukup
sistematik.



Big_ben_london_eye






















Banyak kali juga kami terserempak dengan orang-orang Malaysia. Namun tidak
ditegur seorang pun memandangkan masing-masing nampaknya seakan lebih selesa
buat hal sendiri. Termasuk beberapa wajah student yang kami temui sekitar
Istana Buckingham. Ingatkan dapat ambil foto abang pengawal yang terkenal
dengan uniform merah bertopi tinggi itu. Tapi, kali ini, mereka pakai uniform
lain. Kami datang salah time.



Bunga2








.



.



.



.



.



.



.



.



.





Kami tercari-cari arah untuk ke Stadium Emirates. Agak
lucu juga kerana pada mulanya, kami agak terkeliru dengan nama kelab bolasepak
berkenaan. Chelsea? Liverpool? Sehinggalah akhir sekali diperbetulkan oleh
abang penjaja di luar stesyen underground. Ah, sangat ketara kurangnya pengetahuan
am kami tentang Liga Perdana Inggeris yang terkenal ini.

Arsenal5





















Aku turut dibawa ke Malaysian Hall dekat Queensway. Disana ada ramai lagi
orang Malaysia. Ada kafe yang menyediakan masakan Malaysia. Aku habiskan
beberapa pound atas nama ingin mencuba dan merasa. Rasa masakannya biasa,
seperti gerai-gerai nasi campur tepi jalan Malaysia serta cafe-cafe di USM.
Yang berbeza nyata pada harga. Aku beria-ia ingin berjumpa Ustaz Erfino,
seorang pegawai disitu, tetepi masa itu agak lewat. Dia mungkin sudah pulang.



.............



Setelah berlegar-legar sekitar China Town, kami pulang ketika senja mula
melabuhkan tirainya di hujung kaki langit. Sememangnya meletihkan setelah
seharian berlegaran.



Di paparan web Megabus.com, aku tempah tiket pulang ke Dundee. Niat asal
untuk singgah Manchester dan Leeds aku batalkan. Mungkin lain kali. Masa itu
mungkin ada.



..................



Shortbread



































.



.



.



.



.



.



.




Limun-limun pagi lagi aku bersiap. Aku terpaksa tinggalkan Khairi
sendirian. Bersama buku-buku dan nota setimbun, tanda peperiksaannya sudah
dekat. Dan kenangan yang sebentar cuma. Aku tinggalkan juga sebungkus biskut
Butter Scotland tanda penghargaan. Ada masa, berjumpa lagi.



Hujan pagi merintis-rintis bersama angin lalu menemani daku, sepanjang
jalan, dalam seharian perjalanan pulang yang panjang.

Thursday, 3 April 2008

Turun London: Episod 2- Ada Sambungan Ketiga..

Malam menyambut ketibaanku di Victoria Coach Station,
London. Aku tergesa-gesa berkejar ke kaunter tiket National Express. Destinasi
yang akan kutuju adalah Colchester, tempat letaknya University of Essex. Sempat lagi aku dapatkan
tiket perjalanan terakhir tatkala tidak sampai 10 minit bas akan bertolak. Sebaik aku menghempaskan diri di kusyen
keras bas, Khairi menelefonku.



<“Ha, macam mana?”



>“Aku dah kat dalam bas, dah nak bertolak.”



<“Ok, aku nak pi masak untuk hang ni. Hang tu penat, satgi
dah sampai, makan-makan, pastu trus berehat.”



>“Ok-ok.”



Perjalanan menggunakan bas agak lama. Lebih
kurang dua jam. Kalau menggunakan train lebih cepat. 45 minit sudah sampai.
Tapi, nak ke train station satu hal, dari train station ke universiti lagi satu
hal. Jadi aku bertekad dan berazam bersungguh-sungguh untuk naik bas sahaja.



................


































Victoria




























































.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



 



Khairi masak special untuk aku. Aku amati satu-persatu. Ayam
masak merah, sayur udang besar dan telur goreng. Sedikit spageti yang dimasak ala
mi goreng turut disertakan.



<“Hang nak aku bawak pi jalan mana?”



>“Area dekat-dekat sini dahla, lagipun hang nak kena
study.”



<“Sini takdak apa sangat. Pi London ok la.”



(‘London? Ok gak tu’)



<“Tapi tula, aku baru pi ja mingu lepas. Tapi takpala,
bukan senang hang nak mai London ni.”



<“Tambah nasik tu, makan banyak sikit, aku masak ni nak
bagi hang makan. Hang tu kena makan lebih”.



Khairi paksa aku tambah. Dalam keletihan, aku
makan agak banyak dan tidur dalam kekenyangan.





Img_6292

'

  ©Kehidupan: Catatan Kembara. Template by Dicas Blogger.

TOPO