Saturday, 5 April 2008

Turun London: Episod 3- Finale

Pagi ini pagi yang indah dan nyaman. Walaupun dirujuk malam tadi, cuaca sepatutnya
hujan. Em, alhamdulIllah, boleh berjalan-jalan dengan senang nanti. Dan Khairi
pun memulakan tugasnya sebagai jurufoto dengan rasminya. Dia ambil gambarku
sekitar universiti. Selepas itu, kami naik bas kemudian naik train menuju kota
London.



Essex






















Mula-mula, dia bawa aku ke bangunan parlimen British, juga tempat letaknya
Big Ben, menara jam. Agak teruja pertama kali melihatnya di depan mata.
Walaupun 6 bulan lalu, aku sekadar melihatnya pada jarak beberapa ratus kaki di
udara ketika sebelum flight mendarat.



Seterusnya, dia bawa aku melihat-lihat sekitar London Eye, London Bridge,
Tower Bridge, dan beberapa lagi landmark kota penjajah terbilang ini. Kami guna
tube underground (seakan Putra LRT di KL) untuk kesana-sini memandangkan tiket
yang sama digunakan sejak menaiki train. Pengangkutan awam yang cukup
sistematik.



Big_ben_london_eye






















Banyak kali juga kami terserempak dengan orang-orang Malaysia. Namun tidak
ditegur seorang pun memandangkan masing-masing nampaknya seakan lebih selesa
buat hal sendiri. Termasuk beberapa wajah student yang kami temui sekitar
Istana Buckingham. Ingatkan dapat ambil foto abang pengawal yang terkenal
dengan uniform merah bertopi tinggi itu. Tapi, kali ini, mereka pakai uniform
lain. Kami datang salah time.



Bunga2








.



.



.



.



.



.



.



.



.





Kami tercari-cari arah untuk ke Stadium Emirates. Agak
lucu juga kerana pada mulanya, kami agak terkeliru dengan nama kelab bolasepak
berkenaan. Chelsea? Liverpool? Sehinggalah akhir sekali diperbetulkan oleh
abang penjaja di luar stesyen underground. Ah, sangat ketara kurangnya pengetahuan
am kami tentang Liga Perdana Inggeris yang terkenal ini.

Arsenal5





















Aku turut dibawa ke Malaysian Hall dekat Queensway. Disana ada ramai lagi
orang Malaysia. Ada kafe yang menyediakan masakan Malaysia. Aku habiskan
beberapa pound atas nama ingin mencuba dan merasa. Rasa masakannya biasa,
seperti gerai-gerai nasi campur tepi jalan Malaysia serta cafe-cafe di USM.
Yang berbeza nyata pada harga. Aku beria-ia ingin berjumpa Ustaz Erfino,
seorang pegawai disitu, tetepi masa itu agak lewat. Dia mungkin sudah pulang.



.............



Setelah berlegar-legar sekitar China Town, kami pulang ketika senja mula
melabuhkan tirainya di hujung kaki langit. Sememangnya meletihkan setelah
seharian berlegaran.



Di paparan web Megabus.com, aku tempah tiket pulang ke Dundee. Niat asal
untuk singgah Manchester dan Leeds aku batalkan. Mungkin lain kali. Masa itu
mungkin ada.



..................



Shortbread



































.



.



.



.



.



.



.




Limun-limun pagi lagi aku bersiap. Aku terpaksa tinggalkan Khairi
sendirian. Bersama buku-buku dan nota setimbun, tanda peperiksaannya sudah
dekat. Dan kenangan yang sebentar cuma. Aku tinggalkan juga sebungkus biskut
Butter Scotland tanda penghargaan. Ada masa, berjumpa lagi.



Hujan pagi merintis-rintis bersama angin lalu menemani daku, sepanjang
jalan, dalam seharian perjalanan pulang yang panjang.

2 Comentários:

Anonymous said...

ermm..menarik citer nih..hehe
tq bg biskut Butter Scotland (dah abes makan daa) n belanja makan kat Malaysia hall..keep updating ur blog,k..!!

Anonymous said...

Khairi surely did a good job bringing you around London.

- A former Londonian

Post a Comment

Titipan Kata

'

  ©Kehidupan: Catatan Kembara. Template by Dicas Blogger.

TOPO