Tuesday, 6 May 2008

Ujian

Aku keluar dari rumah suci, jumpa Bro Arab yg juga sama-sama  ingin berjalan pulang.







Aku:  Bagaimana hari ini?



Bro Arab: Baik, kamu bagaimana?



Aku: Juga baik. Cumanya agak celaru dengan projek.



Bro Arab: Ya, sahaya kini agak gementar dengan ujian akhir minggu hadapan. Kamu do'akan untuk sahaya ya.



Aku: Ya, Insya'Allah. Berusaha pastinya kan berjaya.



Bro Arab: Tapi ada satu ujian yang lebih penting dan lebih besar. Semua umat manusia akan hadapinya. Disana nanti.



Aku: Ya, ya.







Simpang Brown Street dan Guthrie Street memisahkan aku dan Bro Arab. Kami lalu membawa haluan masing-masing.




1 Comentário:

fakhzan marwan said...

Ya! Bukan kah setiap saat itu ujian dari Nya? :D

Post a Comment

Titipan Kata

'

  ©Kehidupan: Catatan Kembara. Template by Dicas Blogger.

TOPO