Pengawal-pengawal Persempadanan Terlarang
Aku kembara ke lembah itu seperti selalu. Di atas batas sebelah sana terlihat tuan itu sedang melayan beberapa tamu yang belum pernah terlihat. Lalu aku duduk dahulu di atas bangku di pinggir deretan pohon pagar hiasan. Menunggu tuan selesai tugas melayan para tamunya.
Sekali sekala aku memerhati kelibat tamu-tamu itu. Perwatakan mereka agak serius. Barangkali seirama dengan perkara yang diperbincangkan dengan tuan itu. Aku juga dapat perhatikan wajah mereka yang sedikit terkilan. "Agaknya, apalah permasalahan mereka", getus hati kecilku.
"Assalamualaikum. Apa perkhabaranmu tuan?" Aku menyapa sang tuan tika tamu-tamu tadi usai melangkah pergi. Dan aku bingkas bangun dari bangku lalu menghulurkan salam.
"Wa'alaikumsalam. Semua baik-baik sahaja. Kamu pula bagaimana? Sudah lama tiada kedengaran berita" tuan itu membalas dan menyambut salamku.
"Hamba juga baik-baik saja. Rindu pada kedamaian pinggiran lembah ini. Sebab itu hamba datang." Kataku sambil perlahan-lahan duduk kembali ke bangku panjang.
"Taman ini amat istimewa bagi hamba. Tiada pernah berubah tika diakhir masa hamba tinggalkan kali terakhir dulu." Aku memulakan bicara.
"Keindahan itu datangnya dari Tuhan Yang Maha Agung. Dia bisa menciptakan, Dia juga bisa melenyapkan. Kita juga ini datang daripadaNya, juga akan kembali kepadaNya." Balas tuan.
"Ya, itu benar sekali." Aku mengiyakan katanya.
"Jika tidak keberatan, bolehkah hamba bertanya barang satu dua soalan?" Tanyaku yang kepingin tahu.
"Barang apa soalan bisa ditanya. Tapi barang jawapan itu tidak selalu pasti akan dijawab. Maka dengan itu, ayuh, tanya saja apa-apa soalan yang berlegar di minda tuan hamba." Balasnya dengan bersahaja.
"Tetamu yang beramai tadi siapakah gerangan? Wajah mereka langsung tiada senyuman. Seakan pejuang dalam perjalanan berperang. Apakah agaknya barang perkhabaran yang mereka bawakan pada Tuan?" Aku lantas melontarkan soalan-soalan yang sekian kali bermain difikiran.
"Soalan itu sudah hamba duga. Sukar bagi hamba mengungkapkan siapa gerangan mereka. Sukar jua merungkaikan permasalahan yang mereka hadapi." Katanya sambil memandang jauh kearah lintasan tamu-tamu tadi menghilang.
"Tetapi ya, memang benar. Mereka itu pejuang. Mereka itu pengawal-pengawal persempadanan terlarang." Tambahnya lagi.
"Pengawal persempadanan terlarang?" Lantas aku tertanya.
"Ya. Mereka bertugas sepanjang masa. Menjaga persempadanan agar tak terlewatkan" Balasnya ringkas.
"Tapinya, mereka bekerja untuk siapa? Menerima arahan dari siapa?" Tanyaku yang masih kurang jelas.
"Mereka menghadapi beberapa permasalahan. Sebelum menjadi pejuang, mereka itu adalah pemerhati arus masa yang beredar. Tika permasalahan kian mendatang, mereka datang dan adukan pada hamba. Dan supaya permasalahan dielakkan dari meruncing, hamba hantarkan mereka berkawal di persempadanan sana. Kerna, itu yang hamba pikirkan terbaik bagi lembah penghidupan ini." Terangnya dengan bersungguh-sungguh.
"Begitu sekali rupanya. Tidak hairanlah mereka itu tegas semacam." Kataku yang kini turut melemparkan pandangan ke kedudukan pejuang-pejuang tadi menghilang.
Aku alihkan pandangan ke hadapan, jauh ke ufuk barat. Jawapan tuan tadi terus bermain-main di segenap ruang fikiran.
Dan sinar mentari dibalik awan kian redup pancarannya. Petanda hari kian menganjak hampiri senja. Petanda malam juga bakal tiba.
4 Comentários:
After reading this, i'm into a-pin-drop silent.
kting...
:)
Tuan, apa nama tuan?
Gaji bulan berapa?
tak terkata. mahadi~
ko tulis ape tu pali, aku langsung tak paham da...
Post a Comment
Titipan Kata