Thursday, 5 March 2009

Soal Jawab




E-mel yang agak lucu dibawah diterima penulis semalam dari mailing list Melayu Dundee. Ya, agak menghiburkan juga memikirkan soalan-soalan yang dikemukakan dan apakah jawapannya.

10 soalan yg sukar untuk dijawab.....


1. Kenapa Tarzan tidak mempunyai jambang?

2. Kenapa juruterbang Kamikaze memakai topi keledar?

3. Kita tahu kelajuan cahaya, apakah kelajuan kegelapan?

4. Kenapa ada istilah ‘tidur seperti bayi’ sedangkan bayi akan terjaga setiap 2 jam?

5. Kenapa pembakar roti di’rumah kita mempunyai setting untuk suhu yang tinggi sehingga mampu menghanguskan roti?

6. Kenapa lampu peti ais hanya ada dalam ruang sejuk, bukan ruang sejuk beku?

7. Kenapa irama lagu A,B,C,D,E,F, G… dan Twinkle, Twinkle Little Star sama?

8. Kenapa kita sering menekan butang lif lebih dari sekali?

9. Kenapa kita tekan butang remote lebih kuat walaupun kita tahu bateri hampir habis?

10. Kenapa anda mula berfikir untuk 9 soalan di’atas yang tidak sesekali membawa apa-apa perubahan?


Di masa terluang ini, penulis terpikir untuk memberikan jawapan yang terlintas untuk soalan-soalan terbabit.

1. Kenapa Tarzan tidak mempunyai jambang?
Director tak bagi simpan jambang. Nanti rating penonton jatuh. Sudahla jadi makhluk yang tinggal dalam hutan, berkawan dengan gorilla, pakai cawat, kalau ada jambang jadi bertambah huduh pula.

2. Kenapa juruterbang Kamikaze memakai topi keledar?
Untuk keselamatan la. Safety first. Kalau hantu yang dalam iklan raya pun bila tak pakai tali pinggang keledar pun tercampak keluar. Apatah lagi mamat kamikaze yang hanya insan biasa. Kalau hantu iklan raya nak tumpang naik motor pun kena pakai topi keledar. Kalau tak ada extra, jangan bagi naik. Lainla dia sendiri dah ada.

3. Kita tahu kelajuan cahaya, apakah kelajuan kegelapan?
Tengok cuaca hari tu la. Kalau hari tu mendung, cepat(laju) la kegelapannya. Kalau hari tu cerah, tiada awan berarak. Lambatlah kegelapan hari tersebut.

4. Kenapa ada istilah ‘tidur seperti bayi’ sedangkan bayi akan terjaga setiap 2 jam?
Sebab bayi tak ada istilah 'selagi tak tutup mata, keje, keje, keje'.

5. Kenapa pembakar roti di’rumah kita mempunyai setting untuk suhu yang tinggi sehingga mampu menghanguskan roti?
Supaya harapnya, pembakar roti tu lekas jahanam(rosak). Jadi, customer akan beli baru lagi. Strategi pemasaran la ni.

6. Kenapa lampu peti ais hanya ada dalam ruang sejuk, bukan ruang sejuk beku?
Barang-barang dalam ruang sejuk beku sedang berhirbenasi. Sangat tidak suka pada cahaya walaupun cahaya dari luar. Kalau nak buat masak-makan, sila keluarkan dan defrost. Jangan cari pasal nak letak lampu pulak dalam ruang tu time hirbenasi.

7. Kenapa irama lagu A,B,C,D,E,F, G… dan Twinkle, Twinkle Little Star sama?
Cuba nyanyi sampai habis. Mana ada sama. Lagu A,B,C, tu nak bagi budak nursery hapal ABC cepat dan mudah. Ala, macam lagu-lagu Raihan. Senang nak hapal nama Nabi-nabi, Malaikat dan sebagainya.

8. Kenapa kita sering menekan butang lif lebih dari sekali?
Tengok juga butang apa. Kalau butang tingkat berapa, nak pastikan lif betul-betul akan pergi tingkat tu. Ala, macam minyak masak Seri Murni yang pakai dua kali pemeringkatan tu. Kalau tekan butang tutup pintu lif banyak-banyak kali tu sebab dengan harapan lif tutup cepat-cepat dan taknak bagi orang lain (terutama stranger) masuk lagi.

9. Kenapa kita tekan butang remote lebih kuat walaupun kita tahu bateri hampir habis?
Biasala, release tension kat remote walaupun marah kat benda lain.

10. Kenapa anda mula berfikir untuk 9 soalan di’atas yang tidak sesekali membawa apa-apa perubahan?
Berfikir, maksudnya otak kita masih normal. Benda-benda diatas adalah biasa dan natural. Tidak membawa kepada perpecahan dalam masyarakat dan tidak perlu perubahan ketara.


Jawapan-jawapan yang diberikan adalah muktamad, tidak memberikan pandangan sebenar penulis terhadap isu yang dibangkitkan dan sekadar suka-suka sahaja.
Sekian.

8 Comentários:

Anonymous said...

hehhehehe...cumel lar!!!kihkihkih...leh menyejukkan atiey bila membacanya...:)

-yla-

Am said...

Setuju dengan jawapan nombor 8.
Bukan kat Tekun dulu kita selalu tekan butang tutup banyak kali supaya budak yang tengah duk jalan dengan lembabnya takleh masuk ka?

No 1, aku rasa sebab genetik gak kot (jawapan yg aku bg kat Kak Ina). Mat saleh kan rata-ratanya takde genetik berjambang. Try tarzan tuh keturunan Paki ke, Arab ke, conform berjambang.

Mahadi said...

-yla-
Kenapa tak guna ID?
hih..hih.. sejuk ati? igtkan geli ati...

Mahadi said...

Am-
Isk2... duk crita rahsia zaman kat tekun pulak dah

Ada ja yang berjambang. Kak Ina mana nih?

FaDhLi aTaRi said...

tahniah, anda berjaya menjawab persoalan tersebut dengan jayanya.

tepu-tepuk~ (sambil semua hadirin berdiri)

Mahadi said...

=D

Am said...

[turut berdiri]
ish, Kak Ina Zahiruddin la..
Hang nih....

Er... ada Kak Ina mana-mana lagi yang aku lupa ka?? [confused sekejap]

Mahadi said...

Owh... tiba2 aku teringt yang aku kenai ramai Kak Ina di muka bumi ini

Post a Comment

Titipan Kata

'

  ©Kehidupan: Catatan Kembara. Template by Dicas Blogger.

TOPO